Kita secara perlahan-lahan meningggalkan amalan dan kegemaran tradisi nenek moyang kita. Buktinya banyak sekali. Antaranya, makanan, bahasa, pakaian, permainan, gaya hidup dan sebagainya.
Dalam bentuk pemakanan, ramai yang sudah tidak kenal apalagi gemar memakan wajik, dodol, kesighat dan sebagainya sebaliknnya gemarkan burger, pizza, almond london, donut. Begitu juga cara kita makan pun sudah berubah. Sudah ramai yang lebih selesa makan atas kerusi dan meja dengan memakai sudu dan garfu daripada makan pakai tangan sambil bersila atas tikar.
Bahasa pun begitu juga. Tidak kedengaran lagi perkataan shahdan, kata sahibul hikayat, sebermula" dan sebagainya dan diganti dengan bahasa ringkas atau sms. Contoh 'lu kt ne skang ?'. Dalam berpakain, lagi jauh kita meninggalkan pakaian tradisi kita. Tidak jumpa lagi orang berjalan memakai tanjak di tengah pekan sambil keris tersisip di pinggang.
Di samping itu, saya difahamkan, ramai juga orang2 yang sudah moden yang berkasut di dalam rumah pada masa ini.
Begitu juga dengan panggilan tuan hamba dan hamba sudah jarang atau tidak digunakan lagi kecuali dalam filem purba atau pementasan bangsawann di Istana Budaya. Orang lebih selesa dengan I you atau lu gua sahaja.
Tapi ironinya dalam hal pemberian gelaran dari Raja-Raja Melayu seperti yang diamalkan dalam tradisi lama, semakin hari semakin berkembang atau menjadi-jadi pulak. Tajuk gelaran juga sudah dipelbagaikan. Misalanya pada tahun 50 dan 60 dahulu cuma gelaran Dato' sahaja yang biasa kita dengar. Kini ia bekembang menjadi Dato' Seri, lepas itu Dato' Seri Utama. Mungkin akan datang akan ditambah dengan gelaran Dato' Seri Utama Yang Mulia, kemudiannya mungkin Dato' Seri Utama Yang Teramat Mulia dan seterusnya Dato Seri Utama Yang Teramat Mulai Lela Perkasa dan disusuli dengan gelaran Dato' Seri Utama Yang Teramat Mulia Lela Perkasa Yang Bijaksana Gagah Berani !
Dan kalau ada sesiapa yang berhajat hendak membeli gelaran dari UK silalah klik di sini.
.
Kalau dulu gelaran Dato' hanya biasa didengar untuk lelaki, sekarang sudah bersepah-sepah wanita bergelar Dato'. Jual 'racun' pun boleh guna gelaran Datuk...
ReplyDeleteSaya pos komen ini guna henfoH, maaf sekiranya ada salah ejaan. :)
DeleteJual gelang pun dapat dato juga kakcik ... hehehe
DeleteKakcik.
Deleteracun apa dan siapa yang menjulanya Kakcik .. silalah beritahu supaya saya tidak terbeli.
Yunus Badawi.
abang tak mahu dato .. abang mahu datin. hehe
"kesighat" lamo sungguh sya tak jumpo kue tu
ReplyDeletekat Giant Ampangan bawah tangga tu selalu ada jual .. tapi rasanya tak sama macam yg ori mak kita buat.
DeleteKalau ada org jalan bertanjak dan berkeris di pinggang mahu org ramai ingat org tu 3/4 bang .... huhuhu
ReplyDeletetapi kalau pakai kot dan tie tengah panas buta, tak ada pulak orang ingat 3/4 kan !
DeleteKAMILAH DI PIHAK MUZIUM YANG MENJAGA WARISAN-WARISAN INI SUPAYA TERUS TIDAK DILUPAKAN. SETIAP TAHUN ADA SAJA PROGRAM SEPERTI PESTA MASAKAN WARISAN DAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL DIJALANKAN..
ReplyDelete"AKULAH PENYAMBUNG WARISAN"
syabas .. teruskan tugas yang mulia itu. kami sangat menghargainya.
DeleteEntah mengapa kakak boleh gelak bila gelaran yg tuan panjang-panjangkan itu:)
ReplyDeleteLagi satu kakak bayangkan kalau ada yg berjalan memakai tanjak dan keris tersisip mesti ada yg bersiap-sedia takut sipemakai itu ada ilmu sesat.
Ironinya dulu dan kini jauh bezanya. Cuma makan atas lantai keluarga kakak masih amalkan sebab anak/cucu/cicit ramai tak muat meja. Makan atas lantai ramai-ramai macam kenduri tahlil - best..
kalau kami balik kampung atau tahlil di taman ini pun, kita duduk atas lantai. tapi di KL, saya pernah hadir bertahlil sambil duduk atas kerusi.
Deletesaya panggil bos dengan giliran 'sir'..Sir tu sepatutnya ditujukan untuk seseorang yang respectable..macam cikgu, bos tu layak lah dipanggil sir.
ReplyDeletepelik la kan kalau sekarang ni nak guna istilah tuan hamba, hamba..bagai..hehe....
itulah yang peliknya kalau kalau kita guna istilah kita terasa pelik .. pelik kan ?
Deletesemakin jauh ditinggalkan. Keluarga saya masih amalkan berhidang atas lantai. Perut sangkut tak boleh isi banyak banyak. Kih kih kih
ReplyDeleteselain perut sangkut, kaki uncle pun selalu kebas (semut2) kalau duduk bersila lama-lama.
DeleteTak dapat saya nak bayangkan seorang kawan kat opis mai kerja bertanjak, bersamping dan berkeris dipinggang umpama pengantin...ehehehee....
ReplyDeletenampaknya pakaian seumpamanya itu, hanya untuk raja sehari sahaja.
Deletezaman dah berubah, tp msih ada lg yg kekalkannya cuma dah x ramai.. tp klau bab gelaran tu mmg rmai yg nak tu
ReplyDeleteitulah yang peliknya .. tang gelaran itu ada yang sampai sanggup beli beratus2 ribu.
DeleteSemua nak dijual beli skrg...
ReplyDeleteStatus.. Scroll pun boleh dibeli..kan
Nway... Sy lagi suke menu dulu2...
yg lebih dahsyat .. isteri pun boleh dibeli.
Deletesaya suka kueh tradisional daripada biskut raya moden ni semua.
ReplyDeletebila buat kueh raya, mesti ada yang moden n yang tradisi
dan.. saya banyak belajar buat makanan / kueh tradisional.. sayang, kalo hilang ditelan zaman... rugi generasi baru kita nanti.
kalau begitu elok didokumentarikan sebelum ia pupus .. yang saya kagum, kuih dulu2 tahan lama. misalnya wajik boleh tahan berbulan2.
Deletejangan ada gelaran Dato' Seri Intan Payung sudah...
ReplyDeletesaya mahu Dato' Seri Dayangku Intan .. hehe
DeleteSemua makin ringkas skarang ni... nak cepat juga. Ada yg kata mkn atas meja cepat nasi masuk ke mulut banding duduk atas lantai
ReplyDeleteada juga betulnya .. ada juga orang kata, budak2 sekarang tinggi-tinggi sebab makan kat meja, kaki terjuntai. orang dulu bersila, kaki bersimpul.
Deleteseka yang tradisional.skang menu pelik2 tak masuk tekak..nak modern sangat sampai jadi pelik mcm pakaian,tudung semua..pelik sampai tersasar dr tuntutan agama kita..
ReplyDeletekalau saya jalan raya rumah orang, jarang sangat saya makan kueh moden .. tekak reject.
Delete