Besok pagi-pagi, saya sekeluarga akan memulakan perjalanan jauh balik ke kampung isteri saya di Perlis untuk menyambut hari raya puasa. Mohon didoakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan juga selamat rumah dan harta benda kami dari sebarang musibah.
Saya tidak pasti samada saya akan dapat on line atau tidak dari sana. Oleh itu pada kesempatan ini, saya ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf dari anda semua, sekiranya sejak setahun yang lalu, kedapatan tulisan saya dalam entri atau ruangan komen yang terkasar bahasa atau keterlaluan cara.
Shaheizy dah kaya,
Zizie jadi datin;
Selamat hari raya,
Maaf zahir batin.
Selanjutnya Nor Iris Qisitna, cucu saya ingin menyatakan sesuatu ..
(saya sendiri tak faham satu apa pun)
(saya sendiri tak faham satu apa pun)
p/s. Terima kasih banyak-banyak kepada tuan/puan semua yang telah memberi ucapan tahniah dan juga mendoakan kebahagiaan perkahwinan saya suami-isteri sempena ulangtahun ke 32 perkahwinan kami dalam entri sebelum ini.
salam pakcik..jauh perjalanan tu..penat memandu silalah berehat..salam aidilfitri
ReplyDeletememandu tak penat tapi duduk yang penat .. sebab anak saya yg banyak memandu.
DeleteSemoga selamat semuanya. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.
ReplyDeletealhamdulillah tapi sekarang kena batuk, sakit tekatk, hidung tersumbat, demam .. doktor kata sebab penat dan perubahan cuaca.
DeleteSelamat hari raya, maaf zahir dan batin.
ReplyDeletesama2lah kita bermaaf2an .. terima kasih kerana sudi singgah.
Deleteselamat hari raya maaf zahir batin.
ReplyDeletesemoga selamat perjalanan pergi dan pulang :)
terima kasih atas doa anda .. selamat hari raya maaf zahir batin juga dari saya.
Deleteالسلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSelamat hari raya maaf zahir batin
Moga Allah permudahkan perjalanan Tuan Haji sekeluarga...aamiin
alaikumsalam.
Deleteterima kasih atas doa ust. itu .. selamat hari raya dan maaf zahir batin juga dari saya.
Semoga semua berjalan dan baik. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.
ReplyDeletealhamdulillah .. semua berjalan baik kecuali saya diserang demam dan batuk.
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri jugak buat Tuan haji dan keluarga. Balik Perlis singgah la rumah mak saya. Saya pun raya kat Perlis jugak...:)
ReplyDeleteMak Ngahnya Perlis kat mana?
Tak berani nak janji kerana bila balik kg isteri, dia yang mengatur program .. lain kali.
Deleteapa-apa pun terima kasih banyak2 atas undangan itu.
amboi pantun~
ReplyDeletesy raya kat kulim, insyaallah...agk2 terselisih kat plus tu tegur2 la ye pakcik? hahahahaha
sama2lah kita .. kalau berselisih tegur2lah pakngah sebab pakngah ni senang sikit nak kenal sebab rambut semua putih.
DeleteSELAMAT PERGI DAN SELAMAT PULANG PAK..
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
IKHLAS DARI HATI DAN SANUBARI
--> FAIRUS MAMAT
--> NORHATI ABU TALIB
--> MUHAMMAD FAHIM FAIRUS
--> AINNUR AFIAH FAIRUS
terima kasih. selamat hari raya maaf zahir batin juga untuk awak sekeluarga.
DeleteSaya pun balik perlis jugak ni. Tapi raya ke3 dah balik ganu rumah mertua pulak. Nak ajak datang rumah pun segan...hehehe...yelah tak biasa nanti tak tahu apa yang nak jadi topik menyembang..sebagai orang melayu adat dan tatasusila melayu tetap jadi ikutan. So saya jemput jugalah datang rumah..(alamat boleh emel)..apapun rumah mak saya tu raya2 memang terbuka utk sentiasa orang datang beraya dan juga masa tak raya sekalipun..selamat hari raya aidilfitri..hati2 dalam perjalanan..
ReplyDeleteterima kasih banyak2 atas kesudian menjemput saya ke rumah. mungkin tidak pada kali ini kerana pelbagai program telah di atur oleh isteri saya.
Deletebegitu juga dari kami di sini ..
ReplyDelete