Friday, August 17, 2012

SUDAH SELAMAT SAMPAI DI PERLIS.

Semalam rancangan asalnya nak bertolak balik ke Perlis sebaik selepas Subuh, tapi akhirnya mula bergerak dah hampir pukul 10 pagi. Selalu macam tu.

Saya dan anak bujang saya bersetuju memandu separuh-separuh jalan.  Saya memandu dari Seremban hingga ke Rawang dan dia pula memandu dari Rawang hingga ke Perlis.


Gambar 1: Sepanjang perjalanan jalan sangat lengang dan lancar. Macam tak nak raya je. Cuma ada berjumpa satu kemalangan kecil. Gambar atas kat plaza tol lepas Seberang Perai. Kelihatan kereta dari arah utara pulak yang banyak.



Gambar 2:  Melintasi pintu gerbang sempadan Kedah dan Perlis. Rasa bersyukur kerana perjalanan yang lancar dan selamat. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan keselamatan perjalanan kami.


Gambar 3: Rumah keluarga isteri saya iala di Jalan Alor Sena. Lebih kurang 7-8 km dari pekan Kangar arah ke Padang Besar.


Gambar 4: Selesai sembahyang Jumaat. Malam tadi sembahyang terawih juga di sini. Ada 3 orang imam yang muda bertugas, seorang mengimamkan sembahyang Isyak, seorang lagi sembahyang Tarawih dan seorang lagi sembahyang Witir. Sedap bacaan mereka macam bacaan orang Arab.



Gambar 5: Inilah rumah keluarga isteri saya tempat beliau dibesarkan. Rumah ini sudah tidak berpenghuni sejak bapa mertua saya tinggal dengan saya di Seremban. Ibu mertua pula sudah lama meninggal.

Saya gembira dapat bersiaran dari Perlis dengan menumpang talian internet jiran sebelah rumah. Selamat meneruskan puasa hingga ke penamat dan bertarawih sekali lagi pada malam ini.



23 comments:

  1. Alhamdulillah.. Tuan sekeluarga telah selamat sampai ke destinasi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur .. walaupun penatnya tak dapat nak kata.

      Delete
  2. Alhamdulillah pakcik dah selamat sampai..insyaAllah saya pula akan bergerak pulang ke kg(di pahang) pada malam ini..doakan kami selamat sampai ye..
    Tengok gambar rumah makngah teringat rumah kat kampung..juga tak berpenghuni..

    'Selamat hari raya buat pakcik sekeluarga'

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah nasib rumah kita kat kampung .. tentu mereka gembira menerima kepulangan kita.

      selamat hari raya dari pakcik juga.

      Delete
  3. Selamat hari raya tuan. tengok rumah tu teringat rumah keluarga di kuching.

    ReplyDelete
  4. baru saya tahu sbb kenapa kangar sesak .orang jauh dah sampai.selamat hari raya.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...selamat sampai. pagi tadi dari tapah ke arah utara dah sesak. risau jugak bila ikut tweet info trafik plus..banyak kemalangan kecil.

    seronoknya masih ada rumah kampung macam tu. saya ni tak merasa lah.

    apa pun..selamat hari raya, pakngah, makngah sekeluarga...maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak merasa, carilah mentua orang kg .. hehe

      Delete
  6. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat Pak Ngah sekeluarga..

    Nurazzah8 & kaluarga
    Shah Alam(belum balik kpg lagi..)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.

    Banyak salah eja tu sebab tergesa2 ke? Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun tergesa2 .. dah diperbetulkan. terima kasih kerana memberi teguran.

      Delete
  8. "Saya gembira dapat bersiaran dari Perlis dengan menumpang talian internet jiran sebelah rumah."

    Ooo... curi internet rumah sebelah... tak baik... hehehe...

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, tuan.
    Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini curi yg tidak memberi sebarang kesan kepada tuan punya .. serupa macam curi bau juga.

      Delete
  9. tau ke password dia?musykil betul saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. password pun diberi juga .. siap tulis dan hantar sms lagi.

      Delete
  10. Laaa dah sampai Perlis dah? Lama sungguh saya tidak ke Perlis. Saya ada ramai kawan di sekitar Perlis. Padang Besar tu dah seluloi pi dah pun.

    jgn lupa pekena Nasi Ganja di merket Kangaq yer Bang Hamzah.
    Selamat beraya Bang, maaf zahir batin. Semoga Syawal kali ini lebih menggembirakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya akan cuba cari nasi ganja tu sebelum balik hari Khamis ni .. kalau buka, saya update dalam fesbuk saya.

      Delete
  11. uncle driving tak sampai separuh jalan pun tau, sebab Sban - Rawang tu saya rasa lebih kurang 20% aja jarak nak sampai ke Perlis! ahahahaha

    beruntung dapat menumpang WiFi jiran kan uncle..:)

    salam aidilfitri buat uncle sekeluarga...maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan tak ada orang perasan uncle mengelat .. hehe.

      jiran tu sebenarnya sepupu isteri saya .. bukan orang lain.

      Delete
  12. JAUH TU PERLIS.. SAYA BELU LAGI JEJAK KAKI KE SANA.. 31 OGOS NI ADIK BONGSU SAYA BERTUNANG DENGANG ORANG PERLIS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak pergi tak nanti ? orang Perlis tu kat mana ?

      Delete
  13. Eid Mubarak buat Uncle n family
    Bestnye dapat balik raya kat kg yek.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.