Monday, August 13, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 57: BERPUASA DI AMERIKA - JULAI 1982.

Dah nak penghujung puasa, baru saya teringat nak buat entri mengenai pengalaman berpuasa dan berbuka puasa semasa di Amerika dulu.

Kami berbuka secara 'pot luck' dengan bergilir-gilir  di kalangan warga kedutaan dan juga agensi kerajaan Malaysia yang lain di sekitar Washington D.C. Seronok juga kerana bilangan rakyat Malaysia yang bekerja di sana pada masa itu agak ramai. Saya juga tidak terlepas menjadi tuan rumah kepada satu majlis berbuka puasa.

Selanjutnya lihatlah gambar-gambar di bawah untuk melihat suasananya.



Gambar 1: Ada yang makan di ruang tamu tingkat atas. Ramai juga yang selesa bersila di ruang keluarga di tingkat bawah.


Gambar 2: Kebetulan puasa tahun ini (1982) sudah masuk musim panas, maka waktu berpuasanya agak panjang. Kalau tak silap dari jam 4 pagi hingga jam 8-9 malam. Ingatan saya sudah tidak berapa kuat lagi. Namun begitu kita tidak pula terasa lapar dan dahaga  sangat. Itulah dia tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Subhanallah.


Gambar 3: Ada yang berkopiah putih, ada yang berseluar dan ada juga yang memakai kain sarong. Hubungan kita sangat erat sekali.

 
Gambar 4: Kita makan pun secara berterabur sahaja tak ada saprah atau berdulang/berhidang seperti di tempat kita. Meja makan dan kerusi yang ada tidak mencukupi untuk menampung semua tetamu.


Gambar 5: Yang perempuan seorang duduk atas kerusi tu tengok saja .. uzur agaknya !

Oleh kerana saya asyik ambil gambar tetamu, sampai gambar saya sekeping pun tak ada. Gambar isteri saya pun tak ada. Nak buat macam mana - masa bukan boleh dipatah balik. Mungkin juga saya tidak terjumpa gambarnya dari ribuan keping gambar yang ada dalam simpanan saya. (Sebenarnya saya malas nak mencari). 

Nasib baik ada gambar anak sulung saya (budak perempuan yang pakai baju kurung sambil berdiri) dalam Gambar 5 tu sebagai wakil.

13 comments:

  1. Dapat berpuasa di luar negara tentunya akan menjadi kenangan yang takkan dilupakan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah hampir lupa sebenarnya .. bila tengok gambar, baru ingatan itu datang kembali.

      Delete
  2. Ulasan untuk gambar yang ketiga - tak cukup makanan ke sampai ada yang terpaksa memakan kain sarong? hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha .. kakcik tak print screen ke ? bila perut lapar, kain pun rasa nak makan. hehe

      terima kasih atas teguran itu .. dah diperbetulkan.

      Delete
  3. Kalau kat Malaysia sekarang puasa selama itu mungkin ada yang merangkak balik kerja...

    ReplyDelete
  4. Masa tu abg belum jadi blogger lagi. Itu sebab gambar takde. Kalau sekarang, mati2 mesti gambar sendiri kena ada. Paling tidak, enterframe pun jadilah .... hehehe

    ReplyDelete
  5. bila di perantauan, tiba time puasa/raya, terasa keakraban nya kan uncle...

    ps: yg perempuan duduk atas kerusi tu, saya rasa dia tgh sakit gigi kot( pegang pipi dia)..so nak makan pun tak lalu..~ahaha

    ReplyDelete
  6. hehehe. kecik hati mak ngah takde gamba....

    ReplyDelete
  7. seronok jugak merantau negeri orang kan, boleh merasa pengalaman kat tempat orang.

    ReplyDelete
  8. Nostalgianya gambar-gambar ni uncle...saya macam nak cari kelibat ayah saya sebab dia pun ada gambar-gambar nostalgia makan beramai-ramai masa dia belajar kat sana. Julai 1982 tu ayah saya masih kat sana lagi..

    ReplyDelete
  9. Seronoknya "cara kita" bila ramai-ramai di seberanglaut. Selalu buat jamuan cara potluck + bila ziarah bandar lain, boleh tumpang tidur + tumpang makan di rumah kawan yang kita kenali.

    Selamat menyambut hari raya. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  10. mmg meriah klau berkumpul rmai2..

    ReplyDelete
  11. 1982? MAKNANYA SAYA BARU SETAHUN JAGUNG..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.