Kenaboi adalah nama satu tempat di daerah Jelebu. Untuk sampai ke sana, mengambil masa lebih kurang satu jam dari Seremban dengan kereta. Ia terletak selepas bandar Kuala Klawang, Petaling, Titi dan kalau mahu boleh keluar ke Ulu Langat. Sebelum ada jalan pintas ke Ulu Langat, Kenaboi adalah satu kawasan yang sangat terpencil. Sekarang ini penduduk Kenaboi lebih cepat sampai ke Kajang untuk makan satay berbanding penduduk yang tinggal di pekan Kuala Klawang. Kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini adalah pada tahun 1964 atau 1965.
Kelmarin kira-kira jam 9 pagi, saya bersama 6 orang sahabat setaman telah masuk ke hutan Kenaboi untuk mencari tempat yang sesuai untuk aktiviti perkhemahan/perkhelahan yang sedang diaturkankan untuk penduduk yang tinggal di taman kami.
Gambar 1: Sekarang Kenaboi sudah terkenal di kalangan penggemar kegiatan sukan lasak. Buktinya seperti banner yang saya terjumpa di salah satu tapak perkhemahan.
Gambar 2: Inilah barisan "orang yang tak ado kojo cari kojo", tolak seorang yang tukang ambil gambar. Begambar dihadapan sebuah resort yang baru siap dibina. Cantik resortnya tapi jalan untuk sampai ke sini agak mendukacitakan. Badan saya masih lagi sengal-sengal sampai ke saat ini dilambung kenderaan 4WD yang digunakan untuk sampai ke sini.
Gambar 3: Dimaklumkan Lata Kijang yang menjadi tujuan asal kami ditutup serta merta. Apa asalannya, entah. Bedebah !
Gambar 4: Salah satu tapak perkhemahan yang terdapat di sini. Kami tak bercadang memilih tempat ini kerana terlalu terbuka. Paneh.
Gambar 5: Inilah salah satu air terjun yang kami temui. Pastinya ia bukan air terjun Lata Kijang, kerana kalau ini Lata Kijang, macamana kami boleh sampai kesini. Tempat ini walaupun mempersonakan, tapi tak sesuai untuk tapak perkhemahan kerana terlalu sempit kawasannya. Tiada tempat untuk kami bermain futsal.
Gambar 6: Tidak ada yang percuma di dalam dunia ini kecuali udara barangkali. Di tengah hutan rimba pun kena bayar RM5 untuk melihat keindahan alam ciptaan Ilahi.
Gambar 7: Buat masa ini kami mungkin memilih tempat ini untuk perkhemahan nanti, kerana ia agak redup dan kelihatannya dari darat berpotensi mempunyai ikan. Walaubagaimanapun keputusan belum muktamad. Saya pakai topi mesti senget.
Gambar 8: Dalam perjalanan balik, kami singgah di pekan Kuala Klawang membeli juadah berbuka puasa di PARAM bersebelahan Muzium Adat yang kelihatan di belakang sana.
Di atas adalah video air terjun yang membolehkan anda mendengar deruan air yang terjun mencurah dari atas. Ketinggian saya agak adalah kira-kira 10 tingkat bangunan. Bagi yang tak dapat melihat video ini, bayangkanlah sahaja bunyinya berpandukan gambar 5 di atas.
Tinggi betul air terjun tu!
ReplyDeletememang tinggi tapi tak besar airnya .. kurus je !
Deleteeh... bukan ke lata kijang berada di Perak? atau namanya sama...?
ReplyDeletePetaling pun ada di Negeri Sembilan...?
huh...
Rasanya pernah lalu di Kenaboi, sebab dulu pernah balik dari kenduri kahwin di Jelebu, ikut jalan pintas ke Hulu Langat...
memang banyak tempat yang namanya sama di Malaysia ni dan juga rasanya di mana2 pun di dunia ini.
Deletepetaling itu nama sejenis pokok.
Di Perak pun ada Lata Kijang, satu perkampungan Orang Asli. Cantik air terjunnya. Boleh dilihat dari lebuhraya utara-selatan. Perkhemahan tu nanti untuk keluargakah? Kawasan tinggi yang segar, sejuk dan bersih itu memang menyeronokkan.
ReplyDeleteSaya memang perasan air terjun itu tapi cuma melihat dari jauh sambil memandu ..
DeletePerkhemahan itu rasanya hanya untuk orang lelaki sahaja.
BAGUSNYA APABILA DAH PENCEN TETAPI DAPAT MELAKUKAN AKTIVITI SEBEGINI.. SIHATKAN BADAN DAN MINDA..
ReplyDeletememang bagus .. tapi badan pulak yang sakit-sakit.
DeleteHehee.. Betul tu uncle.. Tiada yg free...
ReplyDeleteAgak kalo udara kne cak..jenuh juge..
kalau udara kena caj .. hanya jutawan sahaja yg boleh hidup. syukur atas rahmatNya.
DeleteCamping ni mak ngah ikut tak?
ReplyDeleteorang perempuan tak boleh ikut .. tak sesuai kerana fasiliti ala kadar sahaja.
Deletebahagianya orang pencen yg masih byk kudrat utk jalan2 ke sana ke mari.. (",)
ReplyDeletekita masuk hari Ahad .. jadi dua orang dari kami tu yg masih muda dan bekerja dapat ikut.
DeleteBoleh berenang tak nanti? :)
ReplyDeletetak perlu berenang .. berjalan je sebab airnya cetek.
DeleteKalau nak mengdaki gunung kena bayar RM5. Kalau nak berkhemah kena bayar juga ke bang?
ReplyDeletetak perlu lagi .. kecuali kita pilih tapak swasta.
DeleteNama tempat macam Pekan Koboi .... ngeeee
ReplyDeleteye tak ye .. dah dekat2lah tu.
DeleteKalau kakcik berenang takut ramai yg skodeng .... hahaha
ReplyDeleteyg ini biar kakcik yang jawab ..
DeleteItulah tugas seorang pesara! hahaha..
ReplyDeleteSelamat berkhemah ya uncle...
kalau uncle ikut nanti, uncle akan buat satu entri khas.
DeleteTuan..kalau nak masuk hutan lipur/taman negara/taman negeri memang ada charge...ada dalam akta...Memang maklumbalas dari Jabatan Perhutanan Negeri foreigner biasanya kurang complain dengan bayaran masuk, yang complain biasanya anak tempatan....hehehe...jangan marah ye tuan...
ReplyDeleteyang ini saya nak komen sebab kenyataan adalah sebaliknya .. sebelum saya ada Mat Salleh patah balik tak jadi masuk sebab enggan bayar RM5 .. saya diberitahu oleh pegawai yang kutip bayaran itu.
Deletedari segi ekonomiknya saya rasa rugi Jabatan Hutan kutip sebab hasil kutipannya tak dapat nak tampung gaji dan elaun pegawai yang mengutipnya !
hahaha...tu mesti mat salleh yang jenis suka hidup tepi pantai..tak suka hutan...Saya rasa mana-mana tempat hutan lipur pun kena bayar..baru-baru ni ada jugak isu nak naikkan harga bayaran masuk ke taman negara/taman negeri, sebab bayaran sekarang ni bak kata orang utara zaman tok naduk punya harga...tak pasti sampai kemana usaha tu, ade tak kertas jemaah menteri..wallahualam..cuba bayangkan kalo harga naik sampai RM45 ringgit...maunya orang pikir dua tiga kali nak masuk hutan...
Deletesaya buat satu entri khas hari ini bagi membalas hujan pihak pembangkang .. hehe .. jgn marah, gurau je.
Deletesaya rasa warga emas kalau tak kene bayar pun takpe. sebab mereka sendiri pun dah emas dah..ngeeee....
ReplyDeleteuncle warga perak .. kalau berdasarkan warna rambut.
Deletedlu sy suka camping
ReplyDeletemmg seronok.. dgn kehijauan ni
suya juga suka lebih2 lagi kalau orang tolong buatkan khemah saya .. hehe
DeleteMasa makchaq kecik2 hutan, belukar, sungai tempat bermain, anak2 makchaq sempat main macam tu..free saja panjat pokok, panjat bukit, tangkap ikan dlm sungai dan parit.. walaupun berskala kecik tak macam masa makchaq kecik dulu tapi la ni dah kena bayaq pulak untuk pi program meredah hutan dan mengharung sungai.... summer camp di negara kita yg sepanjang tahun summer..
ReplyDeletesetuju dan sila baca entri saya hari ini kerana ia sedikit sebanyak menjawab komen makcak itu.
Deleteseronoknya berkhemah dengan keluarga... selamat berkhemah la pak ngah, mak ngah ikut juga ke nanti?
ReplyDeletemakngah tak boleh ikut .. lagi pun dia takkan mahu ikut kalau diajak. dia gemar shopping lagi .. hehe
Deletetopi hijau
ReplyDeletebaju pun hijau
topi hijau dan baju hijau itu utk disesuaikan dengan warna hutan .. dan ianya tiada kena mengena dengan parti politik tertentu. hehe
Delete