Monday, August 27, 2012

BERAYA DI NEGERI SEMBILAN PULAK.

Ustaz saya kata Hari Raya Aidilfitri hanya sehari sahaja. Itu sebab kita digalakkan mula Puasa Enam secara berturut-turut di bulan Syawal  mulai pada dua Syawal lagi. Kalau begitu halnya, apa yang selalu disebut di tv,  drama berikut akan ditayangkan pada pada hari raya ke 8, dan sebagainya tak begitu tepatlah rasanya kalau dibincangkan dari sudut ugama. Namun begitu saya merasakan bahawa sambutan hari raya selepas 1 Syawal adalah budaya kita yang baik dan berfaedah dari segi merapatkan silatulrahim sesama keluarga dan handai taulan.

Dalam entri sebelum ini saya hanya muatkan cerita dan gambar-gambar saya berhari raya di Perlis sahaja. Namun begitu berhari raya di Negeri Sembilan pun tak kurang juga hebatnya. Di bawah saya kongsikan beberapa keping gambar sambutan hari raya di NS pula. Ada yang datang sorang dua atau sekeluarga dan ada juga yang datang bergerombolan.

 

Gambar 1: Gerombolan yang pertama seramai 23 orang berkunjung pada hari Jumaat, 6 Syawal. Mereka sampai semasa saya dalam perjalanan balik dari rumah terbuka di Tampin.


Gambar 2: Gerombolan kedua seramai 13 orang ini pula tiba pada 7 Syawal, 5 minit lagi sebelum masuk waktu Maghrib.


Gambar 3: Di majlis akad nikah anak kawan yang tinggal setaman pada 7 Syawal sebelah pagi. Nampak tak pengantin perempuan di sebelah kiri gambar tu.
 

Gambar 4: Rumah terbuka sahabat lama saya tak jauh dari Tampin. Yang kat pintu masuk tu sedang asyik berkaraoke lagu raya.


Gambar 5: Menunggu jenazah seorang sahabat dari hospital di Kuala Lumpur yang meninggal kira-kira pukul 4 petang kelmarin. Rumah arwah hanya selang 4-5 buah rumah dari rumah saya. Gambar malam tadi.

Secara keseluruhannya memang tak menang tangan dan tak cukup masa untuk melayan tetamu dan juga pergi ke rumah terbuka dan kenduri kahwin di tambah pula dengan menziarah dan menghadiri kenduri tahlil di rumah sahabat yang baru meninggal. Hari ini baru lega sikit. Tapi dah sibuk pula dengan urusan anak sekolah.

Itu sebabnya saya masih malas nak buat rumah terbuka atas sebab-sebab seperti yang pernah saya nyatakan dahulu dalam sebuah entri yang sangat menarik di sini.  Sudi-sudikanlah baca kalau sudi.


3 comments:

  1. Saya sudah baca. Alasan yg sangat munasabah :)

    ReplyDelete
  2. Saya hanya beraya sakan di kampung, balik Kajang belum sempat beraya lagipun berapa kerat sangatlah keluarga yang ada kat sini. Paling2 meraikan jiran2 dan kawan2 di rumah kecil kami.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah..semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat olehNYA.
    Harap2 Uncle makin kurus dan sihat akibat dr kesibukkan sepanjang syawal ni..
    hehehe :P

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.