Pada entri ini saya ingin kongsikan sedikit petikan dari buku yang dihadiahkan oleh Tuan Temuk tempoh hari berkaitan dengan hutang. Semoga ada manfaatnya.
...............................................................................
"Roh orang yang mati itu terhalang masuk syurga kalau hutang-hutangnya belum dibayar. Menurut keterangan sebuah hadis, daripada Muhammad bin Abdullah bin Jahsy (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) duduk manakala jenazah sudah diletakkan. Beliau memandang ke langit, lalu memejamkan matanya. Kemudian beliau meletakkan tangannya di dahi beliau sambil membacakan: Subhanallah, Allah menurunkan al-Tasydid".
Syaikh Abdul Lartif Musytaharty: Persediaan Menghadapi MATI" - . m/s. 9
..........................................................................
Begitulah .. Islam sangat menitikberatkan tentang tanggungjawab membayar hutang sehingga pahala mati syahid berkali-kali pun pun tidak akan dapat menebus hutang kita dan yang lebih malang ialah kita tidak akan masuk syurga selama hutang-hutang itu belum djelaskan. Oleh itu janganlah memandang remeh kepada hutang. Segala amal ibadah kita, sembahyang kita, puasa kita, haji kita, zakat kita, hanya sia-sia sahaja kerana tidak diterima oleh Allah sekiranya hutang-hutang itu belum dijelaskan.
Berkaitan dengan itu, di sinilah pentingnya para waris si mati, segera menunaikan hutang si mati, jika ada, sebelum berebut-rebut membahagi harta peninggalannya jika kasihankan kepada nasib arwah di sana.
Saya masih lagi berhutang iaitu hutang beli kereta. Saya kira ia tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan kerana kereta itu dicagarkan kepada bank tempat saya meminjam. Seandainya saya mati, bank boleh mengambil balik kereta tersebut kerana ia belum menjadi milik saya. Wallahua'lam.
Akan tetapi kalaulah ada saya berhutang dengan mana-mana pembaca semua selain dari hutang kereta tersebut, silalah tuntut dari saya sekarang.
Tambahan: Entri ini sangat berkaitan.
betul2..hutang paling takut bagi sy..hehehhe
ReplyDeletesaya pun sama .. kalau ada duit mahu rasanya dilangsaikan segera.
Deletedulu masih belajar, belum kerja lagi dah berhutang... zaman sekarang hutang ni dah jadi keperluan.
ReplyDeletebetul .. lebih2 lagi orang berniaga .. kalau tak meminjam, tak dapat nak mula dan bekembang.
Deletemanusia sekarang ni, diherdik nya orang yg tuntut hutang dia...
ReplyDeletepenuntut hutang juga kadang2 guna samseng tuntut hutang ..
Deleteuncle pernah buat entri tentang hutang ini di link ini ..
http://al-lavendari.blogspot.com/2011/10/dulu-lembut-gigi-dari-lidah-sekarang.html
Hutang saya sekeliling pinggang! :(
ReplyDeletehutang bercagar tu biasalah .. ada orang tu keliling leher pulak. hehe
DeleteSy masih muda. Tapi dah banyak hutang. Harapnya dapat la lunaskan semuanya sebelum menutup mata.
ReplyDeletehutang tak dapat dielakkan untuk beli rumah, tanah, kenderaan dsb. kalau saya ada duit pun saya akan beli hutang dan duit buat pelaburan tempat lain.
Deleteyg kena cepat bayar cepat itu ialah hutang dengan orang yg tak ada cagaran.
saya pun banyak hutang..dgn bank. kalau hutang sesama kawan / sedara ni kalau boleh memang nak elakkan....takut tak terbayar. ada jugak dua tiga hutang saya kat kawan2 yang masih tak terbayar...hmm...nampaknya pakai lesap macam tu saja la
ReplyDeletepakngah pun hutang beli kereta dengan bank masih lagi hampir RM200K .. tapi pakngah tak risau sebab kereta2 tu masih bukan milik Pakngah. hutang dgan sedara mara rasanya tak ada tapi sebaliknya banyak.
Deleteape nak buat pakcik. nk blajar kena bhutang...nk bli kete pun bhutang (mane nk cekau duit sekelepuk bli kete cash lak kan)..bli umah pun sama...rasanya standard dh kat malaysia ni..muda2 dh ada hutang keliling pinggang..segalanya serba serbi maheiiii lak tu..
ReplyDeletejawapan pakcik sama dengan jawapan kepada Amin A.R dan Murni di atas. nasib baik awak perempuan, kalau lelaki kena hutang lagi nak mengahwini anak dara orang.
DeleteSalam PakNgah,
ReplyDeleteHutang bukan saja sekadar wang ringgit, perjanjian yang tak dilunaskan juga di anggap berhutang yakni hutang janji. Wallahualam
salam kembali.
Deletesetuju .. jadi jangan suka berjanji kalau tak ditepati.
Salam uncle. Saya selalu singgah tanpa salam pd tuan rumah. Sy ada byk hutang tp bukan credit card. Rumah, kereta & hutang budi, hehehe tu yg bwk mati tu.
ReplyDeleteeloklah pandai kenang hutang budi tu .. sebab ramai orang terlupakannya.
Deletehutang membawa beban sebab tu sya tak ada pinjaman peribadi selain dari kereta dan rumah
ReplyDeleteyg dimaksudkan suruh bayar cepat itu ialah pinjaman peribadi ..
Delete