Hari ini adalah hari ulangtahun ke-32 perkahwinan kami. Tak banyak lagi nak cerita tentang sejarah perkenalan dan kehidupan saya suami isteri khususnya di peringkat awal perkahwinan kerana telah saya ceritakan dengan panjang lebar sebelum ini. Di sini saya cuma nak update peristiwa penting dalam kehidupan kami sejak entri yang ini tahun lalu.
Pada 11 Mei 2012, kami telah mendapat tambahan seorang cucu lagi hasil perkahwinan anak perempuan saya yang ke dua. Kali ini dapat cucu perempuan. Jadinya sekarang kami sudah mempunyai sepasang cucu kerana cucu pertama adalah lelaki. Untuk itu kami amat bersyukur kepada Allah di atas anugerahNya yang tidak ternilai itu.
Gambar 1: Muhammad Khairul Amirin, cucu pertama dengan Nor Iris Qistina, cucu kedua.
Berikut adalah dua keping gambar saya dengan Makngahnya bersama arwah ibu mertua dan bapa mertua dalam perjalanan dari Perlis ke kampung saya selepas akad nikah, yang belum pernah tersiar dalam blog ini.
Gambar 2: Bersama Kak Luna isteri kepada sepupu makngahnya di Sungai Petani.
Gambar 3: Singgah rumah Kak Nah dengan anak lelakinya di apartmen beliau di Bricksfield. Kami pernah duduk berjiran semasa menyewa di Bangsar sebelum ini.
Gambar 4: Semasa saya bekerja di USA, Kak Nah pernah juga melancong dan singgah bermalam di rumah saya. Kelihatan anak lelakinya di tengah-tengah.
Semoga perkongsian hidup kami kekal aman bahagia, sehingga ajal datang menjemput kami. Insya-Allah.
32 tahun tu cukup lama.. Tahniah :D
ReplyDeletebila lihat kebelakang .. rasa sekejap sahaja. tau tau dah ada cucu.
DeleteTahniah pakngah dan makngah...selamat ulangtahun ke32 semoga kekal bahagia di rahmat di redhai di dunia dan di akhirat juga
ReplyDeleteselamat menyambut lebaran yang akan tiba dan semoga selamat dalam perjalanan balik ke utara
amin .. semoga doa awak diberkatiNya.
DeleteTahniah
ReplyDeleteterima kasih.
DeleteSalam Pak Ngah,
ReplyDeleteSaya ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan, semoga bahagia.
Alhamdulillah..pertahan hingga 32 tahun. Alhamdulillah, dah ada sepasang cucu, anugerah Allah yang tak nilai..
salam kembali.
DeleteMemang bersyukur sangat .. lebih2 lagi selepas dapat sepasang cucu. cuma belum ada menantu perempuan lagi.
Saya mengucapkan tahniah di atas ulang tahun yang ke 32 Pak Ngah dan Mak Ngah.Lama.Dan bahagia.Semoga saya nanti begini juga,sampai ke akhir hayat.
ReplyDeleteEka selalu tengok mak dan abah eka,mereka sangat romantik sampai sekarang.hehehehe
tapi pakngah dan makngahnya tak romantik sangat .. segan. hehe
Deletealhamdulillah..harap uncle dan mak ngah kekal bahagia selamanya..
ReplyDeleteharap2 jika sy kawen satu hari nanti, kekal juga macam uncle dan isteri..byk kena blajar ni dr uncle :-)
salam kembali.
DeleteMemang bersyukur sangat .. lebih2 lagi selepas dapat sepasang cucu. cuma belum ada menantu perempuan lagi.
Alhamdulillah..selamat ulangtahun yang ke 32..semoga berkekalan selamanya..tahniah juga dah ada sepasang cucu.
ReplyDeletebukanmudah nak mengharungi hidup 32 tahun bersamakan..
ReplyDeletePatutlah berseri2 dalam gambar tu aura pengantin baru...
ReplyDeleteTahniah Tuan Haji dan mak ngah. Boleh le tuan haji adakan segmen khas petua untuk kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga untuk dikongsi bersama anak2 muda zaman sekarang yang terlalu rapuh kasih sayangnya.
Iman tak kuat mungkin juga atau ilmu tak cukup.
Salam Pak Ngah..
ReplyDeleteTahniah!!dah 32 tahun Pak Ngah bersama dengan Mak Ngah. Semoga berkekalan hingga hujung nyawa dan bahagia selalu hendaknya.
Selamat hari Raya Aidil Fitri buat Pak Ngah sekeluarga ..:)
Alhamdulillah. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Mak ngah memang cantik dan photogenic :D. Gambar tuan haji macam ala Alley Cats gitu.
ReplyDeleteGambar last tu, comel je baby duk dalam beg. Heheheheh~
Alhamdulillah.. semoga ikatan perkahwinan kekal hingga ke syurga. Ameen
ReplyDeletesemoga kekal bahagia
ReplyDeletenurul nak ucap selamat hari raya n maaf sepanjang kenal ada tersalah bahasa kay..
arinie last day kerja esok alik kelantan,kpung hubby.makan jemlah jawabnya..
k ,salam lebaran dan maaf zahir batin drp nurul sekeluarga
tahniah pakcik...selamat ulangtahun... bagi tips ckit...hihi
ReplyDeleteBuka dada pulak Pak Ngah.... Tahniah. Selamat sehingga Akhirat
ReplyDeleteselamat ulang tahun perkahwinan.. moga kekal hingga ke syurga..:)
ReplyDeleteselamat ulangtahun ke 32.......... :)
ReplyDeleteHappy Anniversary. Semoga percintaan tuan dan puan akan berkekalan hingga ke akhirnya. Amiin.
ReplyDeleteSemoga berkekalan dengan makngahnya hingga akhir hayat.
ReplyDeleteSelamat ulangtahun perkahwinan buat Uncle n Makngah
ReplyDeleteSemoga bahagia & berkekalan hingga ke syurga.Amin.