Saya merasa bertuah kerana terpilih untuk menjadi tuan rumah pertemuan blogger pada kali ini seperti butir-butir berikut:
Tarikh: 18 November 2012.
Hari: Ahad
Masa: 2.00 - 5.00 petang.
Tempat: Di rumah saya di Lavender Heights, Senawang.
Maklumat selanjutnya boleh diperolehi dari blog Kakcik di sini kerana saya telah menyerahkan kepada beliau dan kawan-kawanya untuk mengurusetiakannya.
Dengan itu saya dengan segala hormat dan sukacitanya ingin menjemput para blogger ke pertemuan tersebut pada tarikh, hari dan masa seperti dinyatakan di atas. Sekiranya anda tidak dapat berada sepenuh masa sepanjang pertemuan tersebut, sekurang-kurangnya dapatlah berada dari jam 3-4 petang kerana acara kemuncak akan diadakan pada waktu itu.
Saya bercadang untuk mengadakan kuiz yang mana soalannya berkisar kepada blog, diri dan keluarga saya serta yang berkaitan dengan geografi dan adat resam Negeri Sembilan. Terima kasih kerana tiada bantahan. Hadiahnya tidaklah mahal, tapi yang pastinya ia tidak ada dijual di Giant atau Tesco ataupun MyDin. Sampel hadiahnya adalah seperti gambar di bawah.
Sesiapa yang berhajat untuk hadir tetapi tidak tahu alamat rumah saya, sila emailkan alamat penuh anda kepada saya supaya dapat saya kirimkan pelan untuk ke rumah saya. E-mail saya: hamzah761@yahoo.com
Nampaknya, kita tak ada jodoh nak bertemu lagi Pakcik...
ReplyDelete=(
Alangkah baiknya kalau dapat hadir...mesti best ni!
ReplyDeletemesti meriah ni. Rasanya tak dapat hadirlah pakngah..semoga semua happy nanti.
ReplyDeleteRuginya tak dapat hadir.....=(
ReplyDeleteSaya teringin sangat untuk hadir, tapi selalunya weekend saya amat padat. Namun saya akan cuba juga meloloskan diri.
ReplyDeleteSalam Sejahtera untuk tuan rumah, moga majlis berjalan lancar dan cuaca baik. Aamiin
ReplyDeletePssttt..petua orang tua2 kena lempar baju tuan rumah atas bumbung utk cuaca baik, ada pula yang kata cucuk cili merah dan pacak dihalaman mengadap langit..
betul ker? Saya pun dah tua tapi tak pasti akan petua2 macam tu..hik3x
Di saat ini, saya berharap saya adalah jiran uncle.........tapi apakan daya....iskk!
ReplyDelete~semoga majlis itu berjalan dengan lancar~
Yeayyyy..ada kuiz
ReplyDeleteSalam Pakcik, saya warga Bandar Warisan Puteri, weekend memang balik Seremban, insyaallah kalau xde aral melintang saya nak join, cuma x boleh confirm..insyaallah
ReplyDeletePasti meriah bila ada kuiz sebab ramai yg angkat tangan mahu menjawab.
ReplyDeleteSalam Pak Ngah...
ReplyDeleteSaya dengan rendah hatinya memohon ampun dan maaf kerana tak dapat hadir. Owhhhh...sedih...sedih...
RASA MACAM NAK JE SESEKALI JUMPA BEGINI.. KALAU ADA KELAPANGAN, NAK CUBA DATANG..
ReplyDeletebest best best.. Insya Allah...kalau tiada aral melintang pukang terlentang XD
ReplyDeleteAla..tak dapat join sbb kat jakarta pd waktu tersebut
ReplyDeleteada joget lambak, tak...?
ReplyDeletetrimo kasih PakNgah... raso2 nak datang tu, arap ado yg sudi noman samo
ReplyDeleteJom jommmm... :)
ReplyDeleteTak perlu pelan. Bagi alamat penuh saja ;)
ReplyDeletesaya belum pernah lagi dan tidak akan memberi alamat rumah saya secara terbuka .. saya harap awak faham.
DeleteBaik tok... Jika lagu tuh, apa kata just scan pelan tuh & email ke nikah.siam@gmail.com leh gak jimat masa for ke pos ofis ;)
Deletekalo dekat nak jugak join.. kisah sedih disini hari ahad adalah hari keje... apa pon moga semuanya lancar & gumbira..
ReplyDelete