Malam kelmarin saya melihat berita mengenai salji yang sudah mula turun dengan lebatnya di utara negeri China. Ini menyebabkan saya terkenangkan kisah-kisah dulu - langsung saya berusaha mencari gambar-gambar lama saya dan keluarga bermain salji bagi menyambung entri ini.
Gambar 11 hingga 23 adalah gambar-gambar semasa saya bekerja di USA dari tahun 1981 hingga 1984.
Gambar 11. Macam orang tidak berumah (homeless)
Gambar 12. Membawa anak sulung yang teringin nak bermain salji.
Gambar 13: Cantik tak tudung Makngahnya ?
Gambar 14. Masih di zaman seluar "bell bottom"
Gambar 15: Tempat yang sama dengan gambar di atas, musim yang berlainan.
Gambar 16: Sila fokus kepada salji kat luar tingkap. Sekali pandang macam gambar yang tergantung kat dinding.
Gambar 17. Gambar tipu .. saya lipatkan lulut saya. hehe !
Gambar 18. Rasanya dah pernah tunjuk sebelum ini ..
Gambar 19. Di Western Michigan Universitu, Kalamazoo. Ramai pelajar Malaysia di sini.
Gambar 20. Pergi menghantar plastik berisi sampah ke tepi jalan seperti diarahkan..
Gambar 21: Bergotong royong menolak kereta kawan yang terlekat. Di musim sejuk biasanya mereka yang ada lebih dari satu kereta, akan bawa kereta paling buruk ke pejabat.
Gambar 22: Jalan 24, Washington D.C, jalan tempat saya cari makan.
Gambar 23: Ini kali saya terakhir saya bermain salji di puncak Gunung Titlis setinggi 10 ribu kaki - tahun 2007.
Gambar 23: Ini kali saya terakhir saya bermain salji di puncak Gunung Titlis setinggi 10 ribu kaki - tahun 2007.
Walaupun nampaknya indah dalam gambar, tapi bagi yang biasa tinggal lama
di sana, Tuhan sahaja yang tahu betapa sejuknya dan sulitnya untuk ke sana ke mari dan kalau boleh segeralah berakhir musim sejuk.
wow bestnya..
ReplyDeletemacam yang pakngah cakap,sejuk sangat kan..
tak pernah lagi pegang salji,tapi 'salji' dekat dalam peti ais penah.Cukup suka kumpul 'salji' tu lepastu main baling-baling dengan adik.
p/s: comel gambar makngahnya.. hehehehe
bayangkanlah kalau minus 20 darjah di bawah paras beku ! Pakngah pernah rasa .. habis kebas hidung !
DeleteSalji kat rumah 4 musim di Bukit Cherakah (ada ke lagi, ya?) pun saya tak pernah nampak! :(
ReplyDeletesaya pernah masuk sekali tahun 80an .. sekarang tak tahu apa nasibnya. membazirnya kalau terbiar.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteMasa pakngah dok atas salji tu, awatnya tak bawa sirap & sudu? curah je atas tu, pastu kunyah2 guna sudu masuk mulut hu hu huhu eiiiiiiiii! SEjukkk!
tak boleh buat macam tu sebab melanggar peraturan pihak bekuasa tempatan .. hehe
Deletemasa budak2 dulu teringin nak pergi jepun nak main salji ..ngee
ReplyDeleteoh..ingatkan gambar no.16 tu..adalah frame..tertipu kejap..cantik!
tak menahan tengok gambar makngah..mengganggu ala lukisan2 tu..saya tahu makngah cantik!...takpelah makngah, pakcik buat untuk kebaikan makngah juga, kan pakcik?!
kalau dah cantik, buat macamana pun cantik .. uweks ! hehe
DeleteADA ORANG KATA SALJI NI TAK BEST..
ReplyDeleteCIKGU SAYA YANG KATA MASA DIA BELAJAR DI SCOTLAND..
bagi saya semua ciptaan Allah tidak ada yang sia-sia.
DeleteDok dalam econ 9 jam sehari pun sudah cukup meyiksakan terutama bila cuaca diluar hujan. Sejuk kadang2 sampai kena selimut!
ReplyDeletesalji memang cantik tapi part sejuk tu memang rasa sgt 'depressing'
ReplyDeleteCantik tudung mak ngah , musim2 salji kembang mekar ...bunga matahhari no....
ReplyDeletehuhuhu. sejuk pulak tgk gambar pak ngah. luar hujan lebat dalam aircond, dapat berangan suasana :)
ReplyDeleteAda juga kenangan musim salji.
ReplyDeleteassalammualaikum pak ngah....
ReplyDeleteGambar kenangan pak ngah di luar negara pada musim sejuk, mengingat saya kepada ayah saya....beliau pun ada gambar kenangan musim sejuk sewaktu belajar di Scotland tahun '81- '84...pada waktu itu,abang saya sempat merasa & bermain salji.....saya cuma merasa dalam perut mak saya je...hehehe.
Sama seperti pak ngah katakan,ayah kata memang nampak cam best bila tengok kat gambar...tapi nak melalui musim sejuk,tak tahan rasa sejuk- nya itu....
Pak ngah,mak ngah nampak comel!!!
kalau nak rasa, boleh pergi China sekarang ni .. tak mahal sangat sejak ada Air Asia ni.
Deletesejuk di penang musim hujan gini pun terasa malas nak ke bilik mandi...
ReplyDeleteSy tatau la Pakcik, merasa ke tak dgn cuaca salji tu. Teringin gak ni.
ReplyDeleteOh, ya. Tahniah Pakcik sbb berjaya edit gambar Makngah dgn baik. Comel lak tu. Hehehehehe!
sekarang tengah rajin mengedit ..
Deletekalo musim sejuk ni mcmne nk mandi ehh??? berapa hari baru mandi??? soryla byk tanya sbb tak pnh lalui musim sejuk..ehehehe
ReplyDeleteikutlah berapa kali nak mandi sebab ada alat pemanas air .. kecuali elektrik terputus.
Deletebestnya..tak penah lagi pegang salji ori..agak2 lebih kurang macam ais kisar tak hehehe
ReplyDeletecantik tudung makngah:)
Betul betul betul... hehehe cepat la habis winter harapnya.
ReplyDeletesome of the pictures here pakngah letak dalam "wow-tube" tu kan, tadi pagi saya dah tengok, menarik :D