Lepas seorang-seorang rakan blog yang saya ikut blog mereka atau mereka ikut blog saya berhenti berblog atau menghilangkan diri tanpa pamitan.
Saya ternanti-nanti juga komen dan entri mereka kerana selama ini kita sudah tertarik dan terbiasa dengan gaya penulisan dalam entri dan komen-komen mereka. Tambahan pula ada di antara mereka yang tidak pernah gagal berkunjung setiap kali kita pos entri baru dan juga memberikan komen mereka yang sering mengusik, nakal dan penuh pengertian.
Apabila mereka berhenti membuat entri baru atau berhenti mengomen, kita tetap terasa. Walaupun rakan baru datang silih berganti, namun rakan lama susah untuk dilupakan begitu sahaja. Saya percaya sahabat-sahabat blog yang baru tidak bekecil hati dengan entri saya ini.
Antara rakan blog yang telah telah lama menghilangkan diri ialah:
Mamamin.
Ku Tak Sempurna.
Sharamli.
Semoga anda semua beroleh kejayaan dan sentiasa berbahagia dalam apa juga lapangan yang diceburi pada masa ini.
TAMMAT.
Yang patah kan tumbuh.
ReplyDeleteYang hilang, mungkin kan berganti...
yang tumbuh dan berganti tak serupa dengan yang patah dan hilang.
Deletetak serupa mungkin tak mengapa sebab yang tumbuh dan berganti itu mungkin lebih baik berbanding yang patah dan yang hilang.
Deletesangat setuju. walau pun hanya di alam maya tapi jika kerap singgah di blog pun akan rasa kemesraan persahabatan itu.
ReplyDeleteitulah yang menyebabkan ada orang 'gila bayang' agaknya .. hehe
Deletesy pun sdg mengumpu;lkan follower yg baru ni sbb blog lama dah tutup atas kesilapan teknikal...huhuhuhuhu
ReplyDeletemacamana bole silap .. cer cerita supaya orang lain tidak mengulanginya.
DeleteDi mana mereka agaknya, ya?
ReplyDeleteSemoga mereka sedang berbahagia. :)
Mamamin dan Sharamli lama dulu ada juga berkunjung sekali .. tapi KTS ghaib terus.
DeleteYang sudah menghilang itu, mudah-mudahan hilang sementara saja. Mereka mungkin masih MENUNGGU ilham, "mood" baik, masa lapang sikit, hilang rasa tak gembira dengan kita (bersebab atau tidak bersebab), komputer baru, ziarah kita, baik dari sakit, habis tempoh menyelesaikan sesuatu projek, dan menunggu macam-macam lagi. Atau mereka memang sudah tak memblog kerana macam-macam sebab....
ReplyDeletemasalahnya kita dah ziarah dan tinggalkan komen tapi tak berjawab dan ada juga yang blognya sudah ditutup .. barangkali kita juga akan menyusul jejak mereka sedikit masa lagi.
Deletebegitu lah uncle...kita semua merasai perkara yg serupa sebagai blogger, kan? saya ternanti2 nak baca blog ' rakan2 blogger yg awal awal berkunjung ke blog saya masa baru di buat dulu'....Tapi mereka ramai dah pencen! :)
ReplyDeletekita hormati keputusan mereka walupun kita berharap mereka akan kembali ke gelanggang.
Deletemm... nak buat gane.. bizi manjang.. hihihi ;)
ReplyDeletemengikut pengalaman .. bizi boleh dikalahkan oleh minat. misalnya seorang pakwa yg minat kat seorang makwa, bizi macamana pun akan dicarinya masa.
DeleteMungkin mereka dah tak aktif berblog.
ReplyDeletebukan tak aktif tapi dah berhenti ..
DeleteTouching pulak sy baca entri Pakcik ni...ingat lagi kat org yg dah tak aktif ni. Mgkn satu hari t klu sy tak aktif, hrpnye Pakcik igt sy jugak ye? Heeeee~
ReplyDeleteingat semua tapi ada orang tertentu yang ingatannya lebih sikit .. hehe
Deletesama mcm pudgy, sy pun mencari rakan blog yg baru sbb blog lama ditutup atas sbb tertentu dan rakan2 blog yg lama semua mghilang dan senyap tanpa khabar berita..
ReplyDeletesaya dah jadi follower awak !
DeleteSalam.
ReplyDeleteMungkin masing-masing sibuk dengan komitmen yang semakin bertambah. Tiba-tiba saya teringatkan blog sendiri yang sudah bersawang...
p/s : Cantik kepala blog (header) hari ni..
salam kembali.
Deletesaya belum pernah tengok rupa blog yang bersawang .. hehe
owh .. header tu dah lama saya letak.
Berubah selera/sibuk/malas/bosan.. sekali sekala muncul jugak tu nanti...
ReplyDeleteharap2 begitulah .. muncul sesekali pun jadilah.
DeleteSalam Pak Ngah...
ReplyDeleteuwaaaaaaa... sedihnya entri ini. Walaupun nama saya tak tersenarai di situ tapi bak kata pepatah cubit peha kiri peha kanan turut terasa. Maaf kerana lama tak menjengah dan mengomen. Saya juga rindukan celoteh Pak Ngah.. namun apakan daya kalau nk di beri alasan 1001 macam alasan yg dibuat....
salam kembali
Deletepakngah minta maaf kerana tidak lagi serancak dulu ber bw .. macam2 komitmen. tapi atas sebab minat menulis, dicari juga masa membuat entri.
BARANG YANG LEPASLAH KENA PATUT DIKENANG.. SANGAT BERHARGA TU.. :)
ReplyDeletekata-kata dan nasihat dari seorang yang sedang bekerja di Muzium ..
Deletemoga ukhuwah di hati kekal abadi walopon diri menghilang sepi..
ReplyDeletesemoga ukhwah akan hangat semula seperti dulu-dulu ..
Deleteuncle memang seorang yang berjiwa halus, jiwa orang lama. mengenang sesuatu yang lepas kadangkala menggamit memori dan adakalanya menimbulkan resah. doa yang baik2 sahaja buat mereka yer uncle ^_^
ReplyDeletekita akur dengan pilihan mereka .. mungkin mereka sudah gembira lagi berblog.
Deletesemoga suatu hari nanti nama saya juga akan tersenarai. ngeeee~
ReplyDeletekalau cukup syaratnya .. insya-Allah akan tersenarai ! hehe
DeleteOrang yang baru ni ramai juga yang cantik-cantik Pakngahhh.. hehhee
ReplyDeleteentahlah saya pun tak pernah jumpa .. kita tidak boleh bergantung sangat dengan gambar profil .. hehe
DeleteSalam. Saya juga terasa.....sbb lama tak mengintai. Bila tiba musim durian teringat pulak. Tahniah kerana tak pernah lelah.
Deletememang minat saya menulis sejak dari dulu ..
Deletehehe..siap ngan lagu lagi...sahih kenangan lama meruntun hati ni hihihi...
ReplyDeletelagu tu kata lain, saya tulis lain. hehe
Deletesy juga tenggelam timbul skarang ni PakNgah... tp nak berenti berblog tu belum lagi rasanya.. masalah utama sy ialah intenet, kejap laju lamaaa slownya
ReplyDeletetenggelam timbul tak apa .. jangan timbul tenggelam terus ! hehe
DeleteBuat masa ni memang masih boleh bertahan.. Tak tahulah esok lusa bagaimana. Betul kata Pak Ngah jika minat kita cuba luangkan masa.. InsyaAllah akan update blog jika tiada halangan..
ReplyDeleteIni blog utama saya - http://cetusanrasa-nba.blogspot.com
Terima kasih atas kesudian Pak Ngah singgah ke blog..