orang yang banyak duitkah ?
orang yang tinggi pangkatkah ?
orang yang banyak peminatkah ?
orang yang banyak gelarankah ?atau
orang yang dapat buat apa yang dia nak buat dan tak payah buat apa yang dia tak mahu buatkah?
Mengikut Maslow manusia mempunyai lima peringkat keinginan atau 'hierchy of needs" seperti diringkaskan di bawah.
Lima keinginan itu adalah
Peringkat 1: keinginan asas (physiological)
Peringkat 2: keinginan keselamatan (safety),
Peringkat 3: keinginan sosial (love/belonging),
Peringkat 4: keinginan kepada mempertahankan harga diri (self-esteem).
Peringkat 5: keinginan untuk menjadi diri sendiri (self-actualization) atau mencapai sepenuhnya potensi diri.
Saya belajar perkara ini pada tahun 1975 dan sehubungan dengan itu kalau tak berapa tepat huraiannya harap maaf dan sila tepatkan !
Peringkat 1: keinginan asas (physiological)
Peringkat 2: keinginan keselamatan (safety),
Peringkat 3: keinginan sosial (love/belonging),
Peringkat 4: keinginan kepada mempertahankan harga diri (self-esteem).
Peringkat 5: keinginan untuk menjadi diri sendiri (self-actualization) atau mencapai sepenuhnya potensi diri.
Saya belajar perkara ini pada tahun 1975 dan sehubungan dengan itu kalau tak berapa tepat huraiannya harap maaf dan sila tepatkan !
Maksud Maslow, manusia akan berusaha memenuhi keinginan paling bawah terlebih dahulu sebelum berusaha memenuhi keinginan peringkat seterusnya. Misalnya mereka perlu memenuhi Keperluasan Asas (Peringkat 1) terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk memenuhi Keperluan Keselamatan (Peringkat 2). Itu sebab kadang-kadang kita dapati ada orang sanggup menggadai nyawa seperti mencuci tingkap di bangunan pencakar langit demi untuk mencari sesuap nasi.
Kemudiannya setelah merasa selamat, manusia akan berusaha pula untuk memenuhi keperluan sosialnya iaitu keinginan untuk bercampur gaul dan bermasyakat. Begitulah seterusnya sehingga manusia mencapai keinginan paling atas iaitu keinginan untuk menjadi diri sendiri.
Saya sendiri rasanya tak mungkin dapat mencapai sepenuhnya tingkatan 'self-actualization' kerana masih lagi terpaksa buat apa yang saya tak suka buat .. misalnya pergi ke pasar tani pada hari Selasa kat Ampangan, seperti yang diarahkan diminta oleh Makngahnya.
Saya sedang memenuhi keinginan Peringkat 3.
Anda pula berada di peringkat mana sekarang ?
.
Kakak tumpang belajar di sini. Mohon kakak jadikan sessi motivation di tempat kerja kakak sekarang. Terima kasih.
ReplyDeletekalau murid 'demotivate' jangan cari saya .. hehe
DeleteWah tererlah abg ni. Pelajaran tahun 1975 masih boleh ingat lagi. Kuat betul ingatan abang.
ReplyDeleteSaya sarankan abg pergilah ke pasar tani tu dengan perasaan kasih sayang kerana nak menyukakan isteri. Tentu makngah pun akan lebih menghormati dan cinta kepada abg. Afterall, apa yg dia beli tu utk sekeluarga.... bukan utk dia sorang.
fasal pergi pasar tu .. don't take it seriously .. bukannya awak tak faham cara abang bergurau. hehe
DeleteERRR...
ReplyDeletetengah garu2 kepala pikir sy duduk kat mana..
tapi sy bebas nak buat apa yg sy suka dan yg sy tak suka..sebab sy adalah tuan@dirumah...
syabas dan tahniah .. tapi tentu ada masanya awak malas pergi kerja tapi terpaksa pergi juga kan !
Deletesaya punya lompat-lompat dari hierarki tu..tak complete peringkat atas, terus lompat apa yg ada..hehe..
ReplyDeletememang biasa terdapat orang yang hiraki terus melompat ke atas tertinggi .. misalnya penyair.
Deletesaya harap , kalau umur panjang, dalam tempoh 10 tahun lagi, saya boleh capai level Self Actualization.. :)
ReplyDeletepasar tani ampangan byk jual daging fresh tak uncle?
insya-Allah .. mungkin lebih awal dari itu.
Deletememang banyak .. daging salai pun ada ..mari mari !
teringat teori maslow ni masa belajar dulu.. subject management kalau tak salah..
ReplyDeletesaya belajar bawah subjek saikologi masa kat U ..
DeleteRasa macam baca buku pula.
ReplyDeletepaling bebas kalo dapat keinginan nombor 4, masih dalam masa pencarian...
ReplyDelete
ReplyDeleteRasanya setiap individu akan berusaha untuk memenuhi keinginan mengikut peringkat. Juga tertakluk kepada ketepatan masa dan peluang.
Tuan Haji tak suka pasar yer! Hahah.. Keinginan Puan Hajjah tercapai.
tak adalah tak suka .. saya pernah buat satu n3 tentangnya di sini ..
Deletehttp://al-lavendari.blogspot.com/2011/10/kemaskini-aktiviti-orang-pencen.html
Bergetar usus nengok Uncle dan kwn2 sdg memenuhi
ReplyDeletekeinginan Peringkat 3.. tgh lapo nih...huhuh
Yun baru Peringkat 1 gamaknya..Jauh lg perjalanan...
pergi segera hilangkan getaran itu ..
Deletepakngah ni macam subjek pengantar pengurusan je..introduction of management kan?nak amik wat nota bleh?
ReplyDeletetak usahlah .. malu pakngah !
Delete