Sunday, November 2, 2014

BUKAN NIAT SAYA MEMPERSENDAKAN MAT YO.

Mula-mula saya sebagai orang Negeri Sembilan ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bolasepak Pahang dan Johor yang bertemu dalam perlawanan akhir malam tadi. Apabila mereka terpaksa bermain dalam masa tambahan dan akhirnya melalui tendangan penalti untuk mencari pemenang, bermakna mereka adalah sama-sama kuat. Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Pahang kerana dengan hanya 10 orang pemain sahaja telah berjaya menjadi juara.

Sebenarnya saya tak minat bola. Kalau tidak silap, malam tadi adalah kali ke dua saya menonton perlawanan bola sampai habis di tv. Saya menontonnya atas sebab yang mungkin berbeza dengan orang lain. Saya melihat perlawanan bola sebagai satu subjek yang menarik untuk dilihat dan dianalisis dari sudut sosiologi atau sains sosial.

Bila saya buat status di fesbuk bertajuk "Kesian Mat Yo" seperti cetakan skrin dibawah, apa yang bermain dalam kepala saya ialah tekanan jiwa yang terpaksa ditanggung oleh Mat Yo yang gagal menjaringkan gol semasa membuat tendangan penalti. Dia bukanlah gagal sepenuhnya kerana bola  tendangannya tidak tersasar tetapi nasib penjaga gol kali ini adalah baik dapat menyelamatkan bola tersebut.



Berbeza kalau pasukan Johor kalah dalam perlawanan biasa, tekanan perasaan barangkali ditanggung oleh semua pemain. Dalam kes malam tadi, harapan seluruh peminat tertumpu kepada  pemain yang dipilih untuk membuat tendangan penalti. Sudah tentulah setiap pemain yang terpilih itu akan menanggung tekanan perasan yang amat dahsyat kerana seluruh harapan peminat tertumpu kepada mereka. Kalau saya dalam situasi mereka, mungkin sudah lumpuh dan tidak berdaya untuk membuat tendangan.

Saya percaya pemain yang telah gagal membuat tendangan, akan terbeban dengan rasa bersalah walau pun orang lain tidak memikirkan begitu kerana dia telah menghampakan harapan jutaan peminat pasukan mereka.

Di bawah adalah gambar yang saya petik dari sebuah status kawan di fesbuk. Saya tersenyum memikirkan kreativiti orang yang mencipta dialog tersebut. Bola adalah sejenis sukan atau sport dalam Bahasa Inggerisnya. Sepatutnya semua peminat sukan haruslah 'sporting' dan tidak menjadi emosional tak tentu fasal, jika pasukan yang disokongnya kalah kerana ia akan merosak diri sendiri. Lebih-lebih lagi perlawanan antara Pahang dan Johor malam tadi, bolehlah dianggap perlawanan sesama keluarga kerana Tengku Mahkota Pahang yang bakal menjadi Sultan Pahang berkahwin dengan anakanda al-marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor sebelum ini. 


Dulu ada peminat yang sampai membakar stadium dan bas misalnya. Kalau tak silap saya, pernah ada dua buah negara di Afrika berperang berpunca dari bola. Takkanlah kita nak jadi macam negara itu pulak kan ?



Nota kaki: Pertama kali saya menonton bola sampai habis ialah semasa perlawanan pasukan Malaysia menentang pasukan Indonesia dalam sukan SEA tiga tahun dulu. Sebab saya menonton bola malam tadi adalah lebih kurang sama seperti yang pernah saya tuliskan dalam entri ini.


~





22 comments:

  1. Saya tengok di awal permaianan sahaja...dan saya sangat 'sakit telinga' dengan pengulas (yang dulunya pemain bolasepak) bernama Khalid Jamlus itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah gerangan yang menyebabkan kakcik sakit telinga tu ?

      Delete
  2. org malaysia ni mmg kreatif . jadi org2 besar tu x blh la sensitif sgt . saya mmg frust lah bila mat yo gagal mlm tadi . adat pertandingan ... just bola jer pak ngah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau semua tendangan masuk gol, apa kesudahannya ? Pak Ngah pun tak tahu. Baling duit ke ?

      Delete
    2. Kalau x salah sy, last resort, mmg baling syiling kot...

      Delete
    3. Saya agak je sbb tak pernah tengok lagi.

      Delete
  3. Kelakar la gambar tu, memang kreatif orang2 kita ni, kan bagus kalau diasah bakatnya hahahaa. Saya pun nampak sana sini orang bercakap pasal game semalam, curious jugak. Rupanya tak dapat cuti hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 ada orang tengok satu2 match kerana beberapa insiden sblm itu. Kadang2 insiden itu sengaja dicipta oleh penganjur sebagi gimik utk menarik lebih ramai orang menontonnya.

      Delete
  4. Saya selalu jadi macam lalang bila masuk bab bola ni. Sebab saya sokong yang mana menang jer! hahahaha

    ReplyDelete
  5. huhuhu...

    memang kesian mat yo...

    ReplyDelete
  6. Dua-dua pasukan memang hebat.. Tak boleh nak salahkan Mat Yo, kalau nak salahkan juga, salahkan satu pasukan JDT kerana tidak mengambil peluang sewajarnya semasa Pahang kekurangan seorang pemain..

    ReplyDelete
  7. Aina tengok separuh jalan ja...tak mau tengok lemah jantung dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok sampai habis sbb nak tahu siapa kalah ..

      Delete
  8. Hahahahah! Amboi Pakcik! Boleh tahan gak MEMBAHAN eh? Hahahahaha!

    ReplyDelete
  9. Nurul pegi Dataran Bandaraya Johor tengok screen besar.. dua bijik depan pentas tu.. urmm.. tak lah minat sebenarnya.. saje nak merasai suasana.. begitu gempitanya bila tiba saat2 cemas, kedengaran 'boooo" bila pasukan lawan gol.. meriah memang meriah.. Tak kisah pun sape menang atau kalah.. pasal bebanan perasaan, memang tidak dinafikan.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalau kita tengok bola ramai-ramai ni lebih seronok berbanding tengok berseorangan.

      Delete
  10. saya pun buat status tu di fb saya..kesian ke mat Yo..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehari dua ni nama Mat Yo menjadi buah mulut orang .. kasihan dia.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.