Gambar profil Ku Tak Sempurna di blognya.
Di bawah nanti saya kopipes satu komen yang agak panjang dari seorang blogger yang menggunanakan nama Ku Tak Sempurna. Kini beliau telah lama berhenti berblog. Saya tidak tahu kenapa dia secara tiba-tiba sahaja berhenti. Cuma saya berharap, saya bukanlah penyebabnya atau salah seorang dari penyebab dia berhenti berblog.
Saya langsung tidak mengenali latarbelakang dan identitinya. Tinggal di mana, kerja apa dsb. Kalau melihat dari komen-komennya dan juga jawapan saya, mungkin bagi orang yang tidak tahu menganggap kami sudah saling mengenali.
Begitulah kekdahnya dunia blogging ini. Kadang-kadang kita mesra hanya di alam maya sahaja. Mungkin lebih baik begitu.
Oklah. Teruskan membaca komen dia dan komen balas saya. Untuk mengetahui latarbelakang kepada komen beliau, saya rasa elok juga dibaca entri yang berkenaan di sini.
........................................................................
assalamualaikum tuan hamzah,
setelah membaca entri ini, terUJA lah sy utk mengetahui di mana letaknya kediaman tuan yg berhati mulia ini hingga sanggup bercakap pada diri sendiri "siapa nak ambil, ambil lah".
(ya.. sy faham. ambil di sini merujuk kepada ambil buah rambutan. bukan ambil tuan punya badan)
.
.
err.. tuan,
jika saya tahu di mana letaknya kediaman tuan, mungkin sy boleh singgah sebentar di hadapan kediaman tuan petang ini dan cuba mencapai barang setangkai dua buah rambutan itu. Kalau dapat capai lebih, lagi bagus, kan tuan. Tuan halalkan, kaaan?? Terima kasih banyak-banyak tuan
.
.
semoga pokok rambutan tuan akan mengeluarkan buah rambutan yang lebih lebat. Lebat selebatnya hingga boleh dipanggil tanjung rambutan.
Dan semoga pokok rambutan tuan bukan saja boleh mengeluarkan buah rambutan, malahan boleh juga mengeluarkan buah2 lain seperti strawberi, kiwi, avocado dan sebagainya dgn lebatnya.
Sekian, terima kasih.
Berbunga lebat pohon rambutan,
Hinggap tempua berjuntai kaki; Bila dapat memandang bulan, Jangan lupa rumput di bumi.
Yang menanti,
PENCINTA TEGAR BUAH RAMBUTAN

ReplyDelete
Berikut adalah jawapan saya pula ..
KU TAK SEMPURNA (KTS)
ALAIKUMSALAM.
2. SUKACITA SAYA INGIN MENAMBAH INGATAN BAHAWA YANG DIMAKSUDKAN AMBIL ITU BUAHNYA SAHAJA DAN TIDAKLAH TERMASUK AKAN POKOKNYA. ADAPUN AKAN TUANYA, MUNGKIN ORANG TENGOK PUN TAK ADA SELERA.
3. UNTUK MENDAPAT CAPAIAN YANG MAKSIMA, KTS DINASIHAT MEMBAWA TANGGA. KALAU BOLEH YANG ADA 7 MATA (BETUL KE MATA ?) KERANA YANG EMPUNYA POKOK TIDAK MENYEDIAKANNYA BUAT MASA INI DAN JUGA TIDAK BERHAJAT UNTUK MENYEDIAKANNYA PADA MASA AKAN DATANG.
4. AKAN DOA KTS AGAR RAMBUTAN SAYA BERBUAH SEHINGGA MENJADI TANJUNG RAMBUTAN ITU, SAYA KENALAH BERBINCANG DAHULU DENGAN JABATAN PERANCANG BANDAR. DAN TERLANJUR KTS SUDAH BERDOA, BOLEH TAK DOAKAN POKOK RAMBUTAN SAYA ITU MENGELURKAN JUGA KERETA MERCEDES, FERRARI ATAU PUN EMAS PERMATA, SEBAB ITU LAGI SAYA DAN MAKNGAHNYA SUKA.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
KUIH LEPAT SI KUIH LAPIS
JANGAN DI RENDAM DI DALAM PAYA
SUDAH DAPAT MO'TAN YANG MANIS
BACANG YANG MASAM JANGAN DI LUPA.
YANG BENAR;
PEMILIK SAH DUA POKOK MO'TAN.

.........................................................................................................
Saya tidak pasti samada dia akan membaca atau tidak entri saya ini. Kalau kebetulan dia membaca atau ada orang beritahu kat dia tentang entri ini, saya doakan dia berjaya dalam apa juga lapangan yang dia ceburi serta berbahagia dengan kehidupannya sekarang ini dan juga akan datang. Sekian.