Hidup kita ini tidak akan berhenti dari
berjumpa dengan benda-benda atau kaedah baru pada sepanjang masa.
Terpulanglah kepada kita samada hendak membuat sesuatu perkara itu
dengan cara baru atau sebaliknya. Namun begitu ada juga orang yang lebih
suka dengan cara lama atas sebab-sebab tertentu.
.
Gambar 1. Membakar lemang cara tradisional. Gambar hasil carian Google.
Contohnya membuat lemang. Ada teknologi
baru membakar lemang yang lebih mudah dan cepat, tetapi ada juga orang
lebih suka lemang yang dibakar dengan cara lama. Walaupun ia mungkin
susah dan memakan masa, tetapi ramai orang masih memilih untuk membuat
atau membeli lemang yang dibakar dengan cara yang lama atas sebab-sebab
tersendiri. Mereka mungkin rasa lebih puas memakan lemang yang dibakar
dengan cara yang lama kerana lidahnya telah berpuluh-puluh tahun memakan
lemang yang dimasak dengan cara lama.
Gambar 2: Membakar lemang menggunakan arang kayu. Gambar kitar semula dari album peribadi penulis.
Gambar 3: Membakar lemang dengan menggunakan gas. Gambar hasil carian Google.
Dalam melakukan ibadah pun begitu juga. Dalam pengajian di masjid misalnya, kita kerap bertemu dengan hukum baru yang lebih tepat atau lebih aula dari kebiasan lama kita. Akan tetapi agak sukar untuk meninggalkan kebiasaan atau amalan lama yang sudah berpuluh-puluh tahun menjadi pegangan kita.
Begitu juga misalnya kalau kita menukar password fesbuk yang telah kita gunakan bertahun-tahun lamanya untuk mengelakan serangan virus. Saya pun baru beberapa minggu berbuat begitu. Akan tetapi boleh kata setiap kali nak buka fesbuk, saya masih lagi menggunakan password yang lama. Nasib baik Zu (Mark Zuckerberg) tak kisah.