Monday, March 7, 2016

CERDIK KE TAK CERDIK ?




Pendapatan Cecah Lima Angka Sebulan:
Beli Banglo Hasil Jualan Produk HPM.

Saya pun heran. Buat apa nak beritahu semua orang berapa banyak pendapatan awak.  Apa tujuannya ? Saya rasa banyak buruk dari baiknya berbuat begitu. Antaranya:

1. Tidak elok menunjuk-nunjuk. Ugama Islam pun melarang. Orang juga meluat.  Kenapakah orang kita suka benar menunjuk-nunjuk. Kalau orang lain, mati-mati mereka tak nak beritahu keuntungan atau pendapatan mereka.

2. Pembeli akan rasa awak tu cekik darah dia. Kalau saya nak beli, mesti saya minta diskaun sekurang-kurangnya 90%. Kalau awak tak bagi, saya akan kata:

" tak kan tak boleh  kot .. awak untung banyak sampai boleh beli lima enam buah banglo dan tujuh lapan biji kereta mewah dalam masa dua tahun".

3. Jadi sasaran mudah perompak, pencuri atau pencolek. Lebih-lebih kalau cerita peribadi sering masuk surat khabar atau tv. Minta dijauhkan Allah jua.

4. Nak beri sedekah sedikit pun tak boleh, nanti orang akan kata awak kedekut. Begitu juga kalau tak mahu bagi pinjam duit. Orang akan kata "awak tahi hidung masin"

5. Banyak lagilah kalau nak cerita. Anda sambunglah pulak. Sila !






.

13 comments:

  1. Betul tu
    Diam2 sudah. Pling tkut klu jd sasaran perompak

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin depa ni ada pasang bodyguard kot .. tu yg tak risau tu.

      Delete
  2. HPM tu apa? Hasil Perompakan Masyarakat ke? hehehe... saya bergurau...

    Sebenarnya, melihat banyaknya produk kosmetik atau produk 'kesihatan' yang konon 'diasaskan' oleh para pengasas (kebanyakannya wanita, kan?) saya tertanya-tanya di manakah ladang herba mereka? di manakah kilang memproses produk mereka? kalau pun ada mungkin hanya kilang 'membungkus semula'...dan dalam setahun dua, mana yang berjaya menjadi kaya raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm kepala saya juga berlegar2 soalan yg sama .. saya juga khuatirkan kesan sampingannya.

      Delete
  3. Nak pancing orang jadi pengedar bawah depa tu.. tapi risiko pun ada bila dok hebah kekayaan...
    Tak pernah pulak nampak usahawan bangsa lain yang masuk paper pasai berjaya dlm perniagaan. Tak tau la kot2 depa x berpendapatan 5 angka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin usahawan bukan Melayu terlalu ramai yg berpendapatan lima enam angka kot.

      Delete
  4. bukan nak menunjuk tuan tapi untuk memotivasikan org lain untuk berjaya (katanya lah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga .. tapi saya risaukan implikasi keselamatan mereka.

      Delete
  5. Bagusnya daripada nenunjuk-nunjuk harta kekayaan ngan kisah kejayaan tu,sedekah senyap-senyap lagi bagus.selamat dunia akhirat kan uncle

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu .. sedekah terang2 pun boleh, jika niatnya supaya dicontohi oleh orang lain.

      Delete
  6. Apa2 pun, Marketing strategy tu yang best... hahahaa.. saba je la.. hihii

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.