Tuesday, April 12, 2016

MENGAPA PULAK KITA HARUS BERHENTI BERBLOG KALAU ORANG TAK MAHU MASUK KONTES KITA ?


 Gambar hiasan ihsan Google.

Saya pernah terlintas untuk berhenti berblog. Semuanya gara-gara kontes yang saya anjurkan tidak mendapat sambutan. Tidak seorang pun yang sudi mengambil bahagian.

Pelbagai perasaan berkecamuk dalam minda saya pada masa itu. Mungkin boleh saya simpulkan perasaan itu dalam peratusan. Malu :  70 % dan sedihkuciwaterkilan: 30 %.

Kemudian setelah saya bermonolog seorang diri  saya membuat keputusan tidak jadi berhenti berblog kerana: 

1. Kalau orang tidak sudi mengambil bahagian dalam kontes saya, jangan buat kontes lagi. Di samping itu, selamat duit saya untuk hadiah sebanyak RM100 ribu.

2. Menulis adalah minat saya sejak dulu. Sesudah bersara saya dapat lebih masa untuk menulis blog dan juga fesbuk. Buat masa ini, saya tidak ingin memadamkan minat ini walaupun pun menulis blog sudah kurang giat berbanding di fesbuk.

3. Kalau saya berhenti pun tiada siapa yang kisah dan mungkin tiada siapa pun yang perasan. Ini adalah hakikat kehidupan.

Kalau nak tahu, kontes yang saya maksudkan adalah di sini.

Kesimpulan: Saya memang sudah serik membuat kontes. Serius.




12 comments:

  1. Sejujurnya kakak tak tahu / tak terbaca lalu tak join contest tersebut.

    Menulis bila sudah sebati pasti kita akan terus menulis hatta tiada yg membacanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju .. tapi saya yakin ramai yang membacanya tapi tak tinggal komen jer.

      Delete
  2. saya jarang sertai contest. rasanya cam x pernah kot.
    tapi lebih seronok berblog berbanding fb atau ig atau twitter. di medium sana, agak tersekat idea menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga lebih seronok berblog sebenarnya kerana "padangnya" lebih luas.

      Delete
  3. Kadang kala orang buat peraduan supaya lagi ramai yang membaca dan minat nak join. Satu cara nak naikkan ranking blog. Tapi kalau dah memang minat menulis kenapa perlu kecewa jika tiada yang berminat nak join. Lagi pun kata hanya sekadar suka-suka jadi tak salah kalau tiada yang nak join. Kemungkinan harapan yang tinggi diletakan jadi bila tidak berjaya bagaikan jatuh terhempas perasaan tersebut sampaikan nak berhenti berblog. Apa pun fikir positif ja. Mungkin ada orang bila komen boleh bergurau dengan kata-kata lucu tapi bila dibuat peraduan terus kelu dan hilang idea.

    Apa pun yang penting minat menulis teruskan lah. Banyak pengalaman PAk Ngah yang boleh di baca dan di jadikan tauladan. Walau kadang kita rasa macam tak ada orang yang membaca tapi sebenarnya ada pembaca yang suka diam-diam membaca tanpa sudi mengomen. Seperti saya.... apa pun teruskan lah menulis. Suka tulisan Pak Ngah yang kadang berbeza dari cerita orang lain. Pengalaman masing-masing kan berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul kata awak itu, tapi rasa kecewa itu tetap menyusup masuk ke dalam hati. Kalau ada 2-3 orang join pun oklah juga tapi ini langsung tak ada termasuklah mereka yang mendorong Pak Ngah buat kontes tu.

      Pakngah tak berhajat nak berhenti menulis tapi nak buat kontes tu rasa dah serik.

      Delete
  4. Uncle..walaupun saya tak masuk kontes tu,saya berharap uncle tak patah semangat nak berblog.sebab tu,saya gigih nak tinggal komen dalam setiap entri agar uncle tahu saya sentiasa menjadi pembaca setia dan menghargai kegigihan uncle mencoret sesuatu untuk dikongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle hargai kegigihan awak tu .. uncle patah semangat nak buat kontes bukan berblog. jadi teruskan sokongan anda.

      Delete
  5. salam Pak Ngah...saya antara silent reader pak ngah yang suka membaca blog pak ngah ni...jgan berhenti menulis ye..maaf kan saya sbb tak masuk kontes..sesungguhnya saya tak berminat segala kontes montes ni..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baca tajuk n3 ni jelas saya tak bercadang nak berhenti berblog ..

      nantikan kemunculan n3 terbaru saya .. hehe.

      Delete
  6. salam Pak Ngah, saya lebih gemar jadi silent reader.

    tumpang lalu yer.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.