Gambar para pemancing udang dari album peribadi penulis.
Pada suatu hari saya memancing udang di kolam berbayar tak jauh dari rumah saya. Seorang kanak-kanak lelaki yang saya agak berumur lebih kurang 4-5 tahun, yang datang bersama ibu dan bapanya, berlari-lari di sekeliling kolam yang tentunya merunsingkan ibunya. Saya juga turut rasa tidak selesa.
Setelah ditegah beberapa kali, tidak juga berhenti, ibunya memberi ancaman.
"Kalau adik nakak-nakal, nanti ibu tak bawak pergi Giant".
Serta merta kanak-kanak itu berhenti dari berlari-lari. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat ibunya.
Bagi sebahagian kanak-kanak (termasuk Makngahnya) Pasaraya Giant adalah tempat yang sangat suka dilawati. Saya kurang suka, sebab besar sangat. Letih berjalan dan menolak troli
Hari ini saya masih keletihan kerana pergi beli barang kat Giant semalam. Tolak troli ke sana ke mari mencari barang. Adapun barang-barang yang nak dibeli tu tidaklah banyak mana, tetapi masalahnya mereka tidak duduk setempat. Lepas dapat semua barang yang dicari, tolak troli ke kaunter dan beratur untuk bayar. Kemudian tolak troli lagi sampai ke kereta. Lepas itu sampai rumah, punggah pulak barang-barang tu bawak masuk ke rumah. Lepas tu, isihkan pulak barang-barang tu dan simpan tempat yang selayaknya. Lepas tu keletihan.
hahaha.tergelak sorang saya baca entry ini. suami pernah dulu cakap. Jom kita pergi raksasa. Ingat apalah raksasa. rupanya giant. lama dah tak g giant sebenarnya. pergi tesco dekat ngan rumah. tu pun ada brg2nya je yg beli. banyak pergi supermarket depan rumah yang lebih murah dari pasaraya besar raksasa.
ReplyDeletesaya baru pergi Tesco beli beras wangi ada sale .. berbaloi jugalah.
DeleteAnak saya pulak suka g giant d kuching ni sebab ada tempat main.suami pulak selalu bagi alasan macam uncle..yang sebetulnya orang lelaki ni memang jarang nak pegi shopping kan uncle :)
ReplyDeletekalau dia pergi pun tak nak lama2 .. tuju barang yg nak dibeli, bayar dan balik.
Delete