Sunday, April 24, 2016

APA TINDAKAN ANDA KALAU PERGI KENDURI KAWIN TAPI TAK DAPAT CENDERAHATI ?


 Gambar hiasan ihsan Google.

Katalah kita pergi rumah orang kenduri kawin tapi tak dapat cenderahati. Semasa kita nak balik, tuan rumah tak perasan kita belum dapat cenderahati. Dia tak hulur dan tak suruh orang lain hulur kat kita. Kita yakin bahawa tak mungkin dan tidak munasabah tuan rumah tak mahu beri pada kita. Dalilnya - depa yang jemput kita makan kenduri.

Kita pun faham, sebagai tuan rumah dan ibubapa pengantin tentulah banyak perkara yang depa kena perhati dan fikirkan. Lebih-lebih lagi kalau lauk dah dekat nak habis, jam baru pukul 12.30 tengahari dan tetamu tengah berpusu-pusu datang.

Kita tengok orang lain semua dapat. Kawan yang duduk semeja dengan kita pun dapat. Kita berkenan tengok. Nak minta segan. Kalau ianya terjadi kepada anda, apa agaknya yang anda akan buat ?

1. Minta secara terus dari tuan rumah.
2. Ambil sendiri (kalau boleh).
3. Menanggung rasa duka nestapa yang berpanjangan.

p.s. Saya pernah juga beberapa kali tak dapat cenderahati tapi bila tengok orang lain dapat, saya tidak pula teringin sangat hendakkannya. Tapi kalau cenderahati itu saya berkenan, berkemungkinan besar saya akan minta curi dari tuan rumah.

 

16 comments:

  1. Saya pilih 2 tu uncle..minta2 sewaktu saya nak ambil tu,tuan rumah perasan la..jadi tak rasa segan sangat sebab kalau dah nampak kita nak ambil sendiri mesti dia bagi kat kita..tapi tu kalau yang saya berkenan la, bak kata uncle.
    Sebenarnya..saya pernah buat macam tu.. ambil sendiri.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana-mana pun boleh sebenarnya .. terpulanglah kepada diri sendiri dan keadaan semasa.

      oh .. awak pun pernah kena rupanya. Saya ingatkan saya seorang je pernah kena.

      Delete
  2. KAdangkala, jujrnya saya rasa 'tak dapat pun tak mengapa' sekiranya cenderahati itu hanya akan dibiarkan bersepah sebaik balik ke rumah...

    Tapi, kalau 'cenderahati' itu adalah telur pindang, saya akan rasa terkilan jika tak dapat. Nak minta tu, taklah kot sebab segan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat kita berbeda. Saya lebih suka kumpul cenderahati yg boleh simpan dalam lemari. Sekarang ni dah penuh satu lemari kecik. Kalau ada yg baru dapat, main sumbat jer.

      Delete
  3. Hehehe pernah juga mengalami situasi tu tapi kalau tak dapat, saya balik je. Suami je selalu cakap, eh kenapa kita tak dapat? haha. Saya cakapla pegi minta kat org yg bagi tu. hehe.

    ReplyDelete
  4. Salam singgah!

    Setakat ni nasib baik lagilah, belum pernah terkena tuan rumah tak perasan. Selalunya bila nak balik, saya yang bergegas sampai kena kejar sebab nak diberi cenderahati dari pihak yang menjemput. Naik malu pulak. Pernah juga dah dapat, diberi lagi. Tapi bila kita kata dah dapat dah pun, kata tuan rumah takpalah ambil je banyak lagi nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      uish .. untunglah.

      tapi pernah juga tuan rumah beri lebih kpd saya terutamanya kalau cenderahati tu benda yg boleh dimakan.
      kalau kenduri kat hotel rasanya belum pernah tak dpt lagi.

      Delete
  5. alhamdulillah..selalunya dapat...rasanya blm pernah lagi tak dapat...

    ReplyDelete
  6. memang bagus kalau bagi benda2 yg orang boleh guna dan suka makan .. tapi saya suka benda2 yg boleh buat sebagai kenangan .. contohnya mug yg ada gambar pengantin, kristal dsb.

    ReplyDelete
  7. Pernah juga tak dapat Pak ngah..
    Kekadang kita dapat suami tak dapat hahahha..
    Nak ambil sendiri macam malu lah pulak..
    Tapi bak kata pak ngah kalau yg berkenan dihati tu minta jugalah tapi kalau tuan rumah tu kita kenal sangatlah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kes kita ..
      tapi kalau pakngah betul2 berkenaan rasanya tak malu nak minta dgn tuan rumah.

      Delete
  8. Cenderahati jaman la tak sama macam dulu.
    Saya ingat lagi dulu kalau gi kenduri, kita duduk aje ada org datang letak telur/cenderahati.

    Skang kalau gi kenduri cenderahati tuan rumah bagi sendiri, kena pi jumpa salam dia. Tapi salam tuan rumah kalau tangan kosong, berlalu kosong juga. Kalau salam berisi dapat ler cenderahati.

    Bagi saya, cenderahati tu bukan untuk dijual. Salam berisi ke, tak berisi ker... bagi jerlah. Tetamu yang datang tu pun satu usaha juga keluar duit minyak nak datang kenduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat hotel, cenderahati memang dah siap letak atas meja.
      kadang2 tuan rumah pun tak dpt jumpa lebih2 lagi kalau ada raja yang turut hadir. Tentulah tuan rumah kena mendampingi baginda.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.