Friday, May 3, 2013

MARILAH MASUK KONTES KE- 5 ANJURAN KOMENSEN: MENCIPTA DIALOG LUCU.

Lanjutan daripada entri saya yang ini, saya mendapat cadangan dari Kakcik dan disokong oleh Farah dan Cikmot supaya saya mengadakan pertandingan mencipta dialog. Sila lihat komen-komen mereka di bawah.
 

Maka hari ini sempena dengan tercapainya kunjungan yang ke 500,000 ke blog saya, saya menjemput anda semua mengambil bahagian dalam kontes mencipta dialog  bagi menghilangkan tension menghadapi pilihanraya.


Kontes ini sangat mudah. Semua orang boleh turut serta, asalkan ada blog dan idea yang lucu. Tiada jawapan yang salah.  Tidak perlu nak bergegas-gegas kerana pemenang bukan dipilih berdasarkan siapa dulu tetapi dialog siapa yang paling lucu.

Tugasannya:

Ciptakan dialog lucu yang sesuai untuk teruna yang bersongkok seperti gambar di atas. Dialog hendaklah ditulis di bawah gambar tersebut.

Terma dan Syarat (T&S).

1. Buat satu entri tentang kontes ini. Setiap entri mesti mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog KomenSen.

2. Dialog yang tidak sesuai dibaca oleh mereka yang berumur di bawah 18 tahun akan di tolak.

3. Maklumkan kat kotak komen ini untuk saya pergi melihat dan mengesahkannya.

4. Mahu tak mahu kena follow blog ini. Hehe.

5. Tarikh tutup kontes ini pada 8hb. Mei, 2013 (atau mungkin dilanjutkan).

6. Sempena pilihanraya ini, saya bercadang untuk memilih pemenang ala-pilihanraya dengan menyerahkannya kepada pembaca semua.  Kalau keputusannya seri, saya dan isteri akan memilih dialog yang kami rasakan paling lucu.

7. Untuk itu saya akan senaraikan semua nama peserta dan dialognya dalam satu entri khas selepas kontes ini ditutup dan meminta pembaca memilih seorang peserta yang dirasakan dialog ciptaannya paling lucu.

Hadiah.

Oleh kerana kontes ini sangat mudah, hadiahnya cuma wang tunai RM100 sahaja. Ia sebagai sagu hati bagi menghargai kesediaan anda mengambil bahagian. Kata orang buat dialog nak bagi orang ketawa adalah lebih susah daripada buat dailog nak bagi orang nangis.  Hanya seorang pemenang sahaja akan di pilih. Seorang sahaja ? Ya, seorang sahaja kerana bukan menang yang menjadi tujuan tapi keseronokan mengambil bahagian lebih diutamakan - untuk suka-suka, buat gelak seperti kata Faraherda di atas.

Semoga berjaya dan terima kasih atas sokongan anda.


12 comments:

  1. hahaha..menarik2..cikda ni asal dgr dialog p.ramlee pun dah gelak.. mesti byk idea kawan2 nanti..tak sabar nak tgk..hehehhe

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    Hehe ... menarik tuuu...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana menerima cadangan saya. Malangnya, saya tak pandai berlucu. :(

    ReplyDelete
  4. Salam Pakngah.... :)

    Ummi nak trylah, insyaAllah...untuk sama-sama kita berhumuour...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      sila .. sila .. makin ramai makin meriah.

      Delete
  5. alamak... idea tak bekerja pulok hari ni...
    selamat berdialog buat semua... :)

    ReplyDelete
  6. Kena perah otak carik idealah...

    ReplyDelete
  7. Aduhai...saya memang lemah sungguh bab2 kreativiti nie...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.