Melaluinya saya boleh mendapat pelbagai maklumat atau berita politik yang berlaku di seluruh tanah air dari pelbagai perspektif dan tidak terikat dengan tulisan atau pandangan dari satu parti politik tertentu sahaja. Dengan berbuat begitu, saya berharap tidak menjadi orang yang tertutup dan bersedia mendengar dan mempertimbangakan pandangan sesiapa sahaja.
Tapi boleh pening juga kerana kalau kita baca blog Puak A misalnya, mereka akan tulis yang baik-baik sahaja tentang puaknya. Yang jelek-jelek dalam parti puaknya disembunnyikan dan berita yang buruk dalam Puak B pula digembar-gemburkan dan yang baiknya didiamkan dan begitulah sebaliknya.
Misalnya seperti di bawah. Diberitakan kempen Tuan Guru Nik Aziz di KB Mall, Kelantan tidak mendapat sambutan. Lihat gambar 1. Kelihatan hanya beberapa kerat sahaja pendengar yang mengisi ruang. Akan tetapi minggu sebelumnya beliau diberikan sambutan yang diluar jangkaan di Putrajaya. Macam tidak masuk akal pulak, kalau di tempat orang dia diberi sambutan begitu rupa tetapi di tempat sendiri disambut dengan dingin. Entahlah !
Gambar 1: Kempen Tuan Guru Nik Aziz tidak mendapat sambutan.
Gambar 2: Sambutan hebat kepada Tuan Guru Nik Aziz di Putrajaya.
Susah juga hendak menentukan cerita siapa yang benar dan tepat dan cerita siapa yang bohong dan tidak tepat. Kita sendiri tentulah tidak berdaya untuk pergi sendiri ke setiap tempat untuk mengesahkannya.
Saya harap semoga bloggers di kedua-dua belah pihak bersikap lebih profesional dalam penulisan mereka kerana bak kata orang putih "a truth will always prevail" - kebenaran pasti akan terserlah juga akhirnya.
benda macam ni sangat subjektif kalau hanya tengok pada gambar sahaja.
ReplyDeleteuntuk gambar pertama
1. mungkin ini gambar di ambil oleh pihak satu lagi.
2. dan mungkin gambar ini di ambil di awal majlis atau diakhir2 majlis. susah nak tentukan.
untuk gambar kedua.
1. mungkin gambar di ambil oleh ahli partinya sendiri.
2. timing amik gmbr betul2 masa orang ramai.
betullah tu .. tapi mereka yang tidak berfikiran kritis akan telan sahaja apa yang disajikan oleh parti mereka .. tak kiralah mereka BN ke PR !
DeleteIni semua kan propa je
ReplyDeleteini semua poyo ..... hehehe
ReplyDeleteAda masanya saya pun naik jelak dan mual dgn penyokong kedua2 pihak yang menyokong parti mereka secara keterlaluan dan mengkhinzir buta. Semua yg parti mereka buat adalah betul dan semua yang parti lawan buat tak betul belaka.
itu maknanya fikiran mereka sudah tertutup .. alanngkah ruginya !
DeleteSaya setuju dgn pendapat eira eixora tengang gambar ni.
ReplyDeleteassalamualaikum ... entahla mana yg betul . klu ikut kenyataan tun daim zainuddin , penyokong yg ramai di putrajaya tu dibawa oleh pas utk memenuhkan ruang bagi bn gegar ... senyum aja ler ... heheheee
ReplyDeleteMaafkan saya mencelah. Saya tak nampak pun bas atau kenderaan dari luar. Kebanyakannya memang jemaah situ atau pekerja dari bangunan berhampiran. Jumlah jemaah pun lebih kurang macam minggu sebelum-sebelumnya. Mungkin sebab ramai yang enggan pulang selepas selesai solat semata-mata untuk bersama tuan guru...
Deletesmbotak. mungkin maksud veesandii tu adalah yang hadir ceramah husam musa pada sebelah malamnya.
Deletekalau yang dekat masjid tu memang saya setuju dengan pendapat awak.
semua perkara boleh diputar belit.
ReplyDeletetapi kagum tu sebab ramai orang nak jmpe Nik Aziz. hehe.
ReplyDeletebaguslah daripada kagum kat Justin Bieber ..
Deletejustin bieber tu feminin...
Deletekehkeh.
Dua2 auta campur fakta. Kalau silap hadam, boleh sakit perut seminggu ni...
ReplyDelete*saya minggu lepas ada di masjid besi. lepas solat, tunggu sebentar untuk bersama tuan guru (gambar 2). memang crowded abis sampaikan lantai yang saya pijak pun rasa melekit. laungan takbir pulak bersahutan seluruh dewan solat. ini kira kenangan manis ni...
saya percaya gambar 2 sebab banyak tempat ada siarkan. itulah yang sebabkan saya tertanya-tanya kenapa jadi begitu di gambar nombor 1 .. macam munasabah. mungkin ada orang yang berada di KB Mall tu boleh berikan cerita sebenar.
Deleteharapnya begitu la, ada yang boleh beritahu cerita sebenar.. buat masa ni, saya setuju dengan komen eira eixora kat atas ni. memang menjadi tugas pekerja kempen/propaganda kedua2 belah pihak mencari kekurangan pihak lawan dan munutup kekurangan pihak sendiri. mujurlah hati kita masih terbuka untuk menilai berita atau bahan2 tanpa ada rasa `prejudge'.
DeleteDIORANG NAK PUTRAJAYA JE KOT, TAKNAK KELANTAN LAGI..
ReplyDeletememang putrajaya tu ibarat si manis 17 !
DeleteDi putrajaya tu mmg betul penuh uncle
ReplyDeleteuncle tahu .. itu yang menyebabkan uncle hairan bagaimana pulak di Kota Baharu berlaku sebaliknya. Ini sesutu yang mencurigakan.
Delete