Wednesday, May 8, 2013

KISAH DI SURAU DI WAKTU HUJAN LEBAT.

Sebenarnya saya ingin lari dari menulis tentang politik. Jemu. Tidak ada kesudahan. Akan tetapi peristiwa petang tadi amat menyentuh hati kecil saya.

Kisahnya begini. Selepas sembahyang Asar secara berjemaah di surau, hujan turun dengan sangat lebatnya. Saya pun masuk semula ke dalam surau kerana saya datang menaiki motor dan tidak membawa baju hujan. Saya lihat ada tiga orang jemaah sedang berbual sambil berdiri di tengah-tengah surau. Salah seorang darinya adalah imam yang baru mengimamkan sembahyang Asar tadi. Saya pun menyertai mereka dan mereka pun meneruskan perbualan mereka.

Antara yang diperbualkan ialah kisah kehilangan beberapa peti undi di Putrajaya dan bagaimana penipuan dibuat semasa pengiraan undi di mana petugas-petugas yang mengira undi telah dirasuah agar memihak kepada BN. Saya tidak menyampuk dan menjadi pendengar sahaja. Sebelum kami beredar kerana hujan telah mula reda,  saya sempat mendengar kesimpulan perbualan mereka.

Orang 1: "Memang dahsyat cara BN menipu dalam pilihanraya kali ini"

Orang 2:  "Menipu itu berdosa. Kalau mereka memerintah nanti tak selamat. Hidup mereka juga tidak akan tenang"

Orang 3: "Puak-puak tu reti ke dosa pahala ?"

Lutut saya jadi lemah bila mendengar kata-kata mereka. Cepat-cepat saya balik ke rumah. Saya tidak sedar bila saya sampai di rumah kerana  asyik memikirkan nasib anak cucu saya di kemudian hari.

p/s. Lihat gambar di bawah bagaimana sebahagian pelajar Malaysia di Taiwan menghina Jalur Gemilang lambang kemegahan negara kita. Dan kita pula masih bercakaran sesama sendiri.



Sumber: sini.

20 comments:

  1. Makin besar kepala mereka ini .... huhu

    ReplyDelete
  2. Menyedihkan bila ada lagi Melayu yang buta mata dan buta hati. Apalah nasib anak cucu kita nanti...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..

    pakcik..entri pakcik yg lepas2( mengenai politik mengikut pemikiran pakcik)..saya sangat suka dan bersetuju dengan pendapat pakcik itu...

    kisah pakcik pada kali ini..bukan pakcik sahaja..ianya juga betul2 menyentuh hati saya...dalam pada menghabiskan bacaan entri pakcik..hati saya bagai disiat-siat... :(



    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      terima kasih kerana sudi berkunjung dan turut menyatakan rasa hati ..

      Delete
  4. Ishhhhh
    orang 1,2 dan 3, Kesian terjebak juga lidah2 mereka utk berbual dalam surau perkara2 yang tidak ada kepastian.

    Ttg gambar tu, memang patut di...

    ReplyDelete
  5. Suami Aina pun sama katanya nasib kita mungkin sampai takat ni sahaja lama mana pun dapat hidup lagi tapi nasib anak-cucu kita dimasa hadapan macam manalah. Dalam kata2nya ada nada sedih, sedih sangat2.

    Saya hairan kenapa bila kes seperti itu terjadi didepan mata tak dilaporkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam SPR menggesa pihak2 yang tidak berpuas hati membuat laporan ke Mahkamah Tinggi dan akan dibicarakan dalam tempoh 6 bulan .. kita tunggu sajalah.

      Delete
  6. Isu berjaya gembargembur kan sedemikian rupa secara tersusun dan berterusan sehingga tak ada apa lagi yg baik nampak di lihat ..kerosakan minda yg telah berlaku melangkau segala batas yg ada ..dan nak dibaikki ada lah satu tugas yg sangat berat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mari kita ramai-ramai sokong UMNO dan PAS bergabung .. kalau kepala mereka sudah bergabung, gerabak akan ikut sama.

      Delete
  7. Replies
    1. entahlah .. semua orang boleh bercakap tapi bila minta bukti dan suruh buat laporan .. terus senyap.

      Delete
  8. Keputusan PRU yg mengecewakan. Namun alhamdulillah krn Allah masih memberi kemenangan kpd parti yang diterajui oleh orang Islam. Allah masih beri peluang agar kita umat Islam bermuhasabah. Jika kita masih juga bertelagah, bersedialah kita untuk menerima LGE menjadi PM selepas PRU14 nnt. Saya amat mengharapkan UMNO dan PAS bersatu. Jika PAS boleh terima org bukan Islam yg dh terang2 tolak Islam, kenapa mereka tidak dapat terima UMNO saudara seislam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasaan saya mula2 gembira tapi kemudian bertukar sedih .. pendeknya perasaan bercambur baur antara gembira, sedih, kecewa, terkilan, sakit hati dll.

      Delete
  9. assalamualaikum ... isu 1,2 n 3 itu bkn isu baru . Anwar dah bermain dgn isu tu dari dulu lagi . sama ada ianya satu propaganda atau betul , yg pasti dah berjaya mercuni / menawan penyokong fanatiknya . Persoalannya , ada bukti ker ? Tapi klu anwar dok kat kerusi PM , wpun perkara tu wujud , ia tak akan berjalan di fb lagi . org melayu sekarang lebih rela mendapat subsidi minyak dan makanan aka keperluan asas dari nasib anak cucu pada 10 thn akan datang . Itulah yg tun mahathir tangisi ! mungkin sbb org melayu byk tanah , so x per lah klu kena balik kg tanam jagung kan ! Kita tggu jer apa akan berlaku bila lim kit siang tunjuk taring n anwar ibrahim tetap x nak berganjak menjadi ketua pembangkang ... TENTU MENARIK ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikkumsalam.

      perekmbangan selanjutnya agak membimbangkan .. pada mulanya saya sangka susana akan kembali sejuk selepas rakyat membuat penentuan tapi nampaknya sangkaan saya meleset.

      Delete
  10. Peti hilang kalau kalah, kalau menang, tentu senyapkan.. Tentu hati bagai disiat-siat dengar saudara Muslim kita bercakap macam tu dalam surau, baru lepas solat pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang benar hati saya bagai di siat-siat dan hancur melihat orang kita sudah sampai ke tahap begitu sekali jauh terpisah hanya kerana politik ..

      Delete
  11. mohon pendapat dari artikel ini
    http://bogotabb.blogspot.com/2013/03/kedaulatan-berada-ditangan-rakyat_17.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sudah ke link tersebut .. saya tidak membacanya lagi kerana agak panjang. bagaimanpun saya sudah bookmarak dan bila kelapangan saya akan baca dan kalau saya mampu, akan saya ulas. insyaallah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.