Friday, May 17, 2013

SAYA SUKA ENTRI INI - KISAH ROSMAH MANSOR.





1. Tajuk Entri: Bertuahnya Rosmah Mansor.

2. Tarikh Disiarkan: 26 April 2013.

3. Nama Blog: Kampung Blog Politik.

4. Nama Pena: Ujang Sahaja

5. Lokasi: Malaysia.

6. Sedutan Entri:

Dosa paling awal ditapis di langit pertama ialah dosa mengumpat. Orang yang mengumpat, segala pahalanya akan diberikan kepada orang yang diumpat. Jika pahalanya tidak cukup, dosa orang yang diumpat pula dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Mungkin kerana ramai orang yang mengumpat Rosmah, Allah akan masukkan beliau bersama-sama kumpulan awal ke syurga dan mereka yang mengumpatnya pula walaupun bersih dari kesalahan lain tetapi sarat dengan dosa mengumpat menerima nasib sebaliknya.

7. Kenapa Saya Suka Entri Ini:

Entri ini cukup menakutkan saya akan bahaya mengumpat. Kadang-kadang tengah rancak berbual, tiba-tiba saya teringat entri ini, maka saya akan tekan brek sikit takut terbabas. Saya juga perlu meminta maaf dari Kak Ros, sebab ada mengumpat atau mempersendakan jambul beliau sebelum ini.

8. Kesimpulan: Lain kali jangan kita senang-senang sahaja mengumpat atau mengata orang.


Linknya ada di sini.


 

19 comments:

  1. betul tu pak ngah.. bukan dia kenal kita pun.. yg kita baik hati bagi pahala kita yg seciput ni kat dia buat apa..

    ReplyDelete
  2. Betul sgt tu, mengumpat tu memang sedap tapi dosanyapun sedap juga, salah2 dah -ve pahala, dosa org yg diumpat jadi hak kita....berhati2 lah wahai mulut....

    ReplyDelete
  3. Aina baru jugak buat entri pasal mengata2 ni tapi mungkin agak telus terus sebut apa yg dikatanya. Aina jugak buat link ke blog Pak Ngah coz tetiba rasa mcm bersangkut pulak tajuk kita pagi ini.

    Aina tak pandai nak beralas bila menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah .. pak ngah menulis beralas ke tidak agaknya !

      Delete
  4. tak yah le mengata orang sangat. lagi pulak org yang dikata makin kaya makin berjaya. kang bertambah dengki pulak lagi sakit hati. lagipun bila mengata org jiwa kita yang tertekan. orang yg dikata relax je tak menjadi nanah pun dalam diri dia. tapi betul la saya tengok sekeliling saya la. orang yang banyak sangat mengumpat ni hidup dia takde la hebat mana. bunyi je lebih macam tin kosong. tapi orang yang diumpat tu makin berjaya pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah fasal .. tak fasal-fasal kita cari fasal.

      Delete
  5. Satu yg amat benar belaka... berhati-hatilah..
    Tanpa sedar konon yg dikatakan betul tapi hakikatnya mengumpat.

    ReplyDelete
  6. KALAU SALAH NASIHAT BAIK-BAIK.. KITA UMPAT SAMPAI MATI PUN TAK BOLEH MENUKAR APA-APA.. ELOK NASIHAT BAIK-BAIK..

    LINK SAJAK --> http://fairusmamat.blogspot.com/2012/05/kembali-kepada-lilin.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali .. entah2 makin diumpat makin menjadi-jadi..

      Delete
  7. Kena ingat entri uncle ni setiap kali nampak Rosmah Mansor di TV...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kat tv je .. termasuk juga kat surat khabar, majallah dll.

      Delete
  8. wuhuhuhu....dosa kering jer dok mengumpat dia...moga diampunkan la segala dosa sang pengumpat beliau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa dosa basah kot .. sebab dosa basah lagi berat ! hehe

      Delete
  9. Nampaknya pengumpat boleh kerugian dua kali - pahalanya diambil orang, dosa orang dia yang tanggung. Rugi teruk!

    ReplyDelete
  10. tu juga lah yg saya katakan kat fb ... pru13 nih byk yg menabung dosa . setiap hari mengata . tak tau bila akan jumpa . apatah lagi nak minta maaf . setiap hari memberi pahala seolah2 setiap hari buat pahala / dapat pahala ... tu lah manusia , bila dah jadi penyokong tegar , nampak negatif pihak lwn jer ... subhanallah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah berpolitik tapi jangan taksub hinggakan orang/puak lain semua salah dan kita sahaja yang betul.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.