Tuesday, May 14, 2013

KALAULAH NEELOFA ADA DI SISI.


Nombor yang ditulis di atas trek di luar padang bola di KOMBES, Paroi.



Sejak bersara, saya selalu pergi berjalan di keliling padang di Kompleks Belia Dan Sukan (KOMBES), Paroi. 

Awalnya dulu saya mula berjalan ikut suka tanpa mengira lorong. Kalau teringat nak mula dari lorong 8, saya mula dari situ. Kadang-kadang saya mula dari lorong 5. Kadangp-kadang saya kekal di lorong itu sampai pengsan letih. Kadang-kadang saya bertukar lorong. Masalahnya selepas beberapa pusingan, saya lupa berapa round saya dah pusing. Bila Makngahnya tanya, berapa round saya jalan, saya pun tak ingat. Lalu dia cadangkan saya mula dari lorong 1 dan bila habis lorong 1 masuk ke lorong 2 dan seterusnya. Ye tak ya juga. Lepas tu saya pun cuba dari lorong 1 seperti disyorkannya. Tapi dari segi saikologi ia tak berapa bagus, sebab makin lama nombornya makin besar dan makin terasa berat nak habiskan. 

Kemudian saya mula dari nombor besar pulak, katalah nombor 8. Habis satu pusingan saya masuk ke lorong 7 dan begitulah seterusnya. Makin lama berjalan, makin kecil nombornya. Bila sampai lorong 2 misalnya, badan pun macam dah tak larat, tapi otak kata .. "alah .. satu round je lagi". Lalu saya pun habiskan.

Sebenarnya saya belum pernah lagi jalan lebih dari 8 pusingan kerana saya patuh kepada bilangan lorong yang sudah disediakan. Lagi pun saya cepat jemu bila berjalan berseorangan kerana tidak ada motivasi. Lainlah kalau ada Neelofa berjalan di sisi pasti saya akan ikut dia berjalan sampai dia berhenti.

p/s: Saya harap anda dapat menyokong page "Buat Apa Gaduh-Gaduh" yang baru saya wujudkan bersama seorang rakan. Kalau ada yang sudi untuk jadi admin, saya alu-alukan.


20 comments:

  1. Kalau Neelofa ada jangan lupa ajak saya berjalan sama. Kalau abg tak larat nak teruskan, biar kami berdua je yg sambung ..... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah la kategori veteran yang bersemangat juang yang tinggi! Tabik lah!

      Delete
    2. Saya belum layak nak masuk kategori veteranlah rasanya Azie ...... ngeeee

      Delete
    3. awak selalu potong trip !

      aziezah .. YB tu dah veteran tapi rasa macam dia tu belia lagi ..

      Delete
  2. Amboiii nak Neelofa jer!

    Tapi betullah cara berlari ikut pusing nombor tu. Secara psikologi nya, ia membantu semangat diri.

    *Saya tak berani nak apply jadi admin, maklum saya dah tak banyak masa skang ni. Nanti tak leh nak bagi komitmen plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kadang2 saikologi boleh mempengahuri fizikal .. macam orang takut dikejar anjing .. longkang besar pun dia boleh lompat.

      Delete
  3. Amboiii...amboiii Pak Ngah tak menahan nak Neelofa sahaja. Nanti nak bisik2 dgn Mak Ngah.

    Aina pun tak berani nak apply jadi admin, bukan selalu aktif kat fb pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau makngahnya tahu nanti .. saya tahulah siapa yang ngadu !

      Delete
  4. 1 sampai 8. nombor yang sama juga diguna oleh juru senam robik... tapi lapannya tu tak habis-habis. habis lapan akan disebut " 8 lagi"
    maka berulang-ulanglah 8 lagi... dan 8 lagi... dan 8 lagi....
    nasib baik lagunya sedap didengar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tak ye juga .. baru perasan.

      patutlah padang tu ada 8 lorong je !

      Delete
  5. eh, bukan makngahnya dah ada kat sebelah ke...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak iktu sebab sibuk menguruskan rumahtangga ..

      Delete
  6. ma kngah tak nyanyi ker klu neelofa ada ? mak ngah kena jadi menarik cam neelofa nih ... hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. makngahnya lagi menarik dari Neelofa .. dari pandangan mata suami dialah.

      Delete
  7. Nealofa ada di sisi ?
    Boleh ler buat tambah semangat..hehe

    ReplyDelete
  8. meh ler iyra temankan.. hikhikhik

    ReplyDelete
  9. hahahaha....

    baeklah mak ngah yang temankan

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah juga dia ikut sekali dua dulu .. tapi sekarang dah tak dapat, sibuk dengan urusan rumah tangga.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.