Wednesday, May 8, 2013

LIHATLAH GAMBAR-GAMBAR INI DAN KATAKANLAH SESUATU !






.








............................................................................................................................

Setelah anda mengamati gambar-gambar di atas, saya ingin mendapat pandangan anda semua akan satu cadangan. Berikutan keputusan PRU baru lalu, banyak suara yang mahukan UMNO dan PAS bergabung.  Saya sudah berjumpa kewujudan sebuah laman forum berbentuk page - Ini Kalilah! Gabung yang menyokong hasrat tersebut.

 


Saya amat gembira diperkenalkan kepada page tersebut dan terus 'like'. Malangnya page itu kadang-kadang bertukar menjadi medan bertengkar dan tuduh menuduh di antara  pihak-pihak yang tidak sealiran.  Dalam keadaan begini, saya rasa adalah sukar untuk mencapai kesatuan pemikiran dan hasrat bagi melihat UMNO dan Pas bergabung.

Atas sokongan dan dorongan kuat seorang rakan fesbuk,  saya  bercadang untuk mewujudkan sebuah forum dalam bentuk grup "Ayuhlah Bergabung !" kerana di dalam grup (tidak seperti dalam page) kita boleh tapis kemasukan ahli dan kita juga boleh tolak mereka yang tidak sealiran dengan aspirasi grup.

Di dalam grup ini, ahli-ahli bolehlah menyatakan rasa hati, harapan dan rayuan kepada BN dan PAS supaya duduk semeja mencari persamaan dan seterusnya penyatuan demi ugama, bangsa dan negara. Jika grup ini mendapat sambutan, tentulah pemimpin BN dan PAS tidak boleh memejamkan sahaja mata mereka kerana itu adalah hasrat rakyat sendiri.

Namun begitu jikalau sudah ada grup yang serupa, silalah beri linknya dan  saya akan batalkan hasrat saya ini untuk mengelakkan berlaku pertindihan dan saya pun tidak berniat hendak berlawan dengan sesiapa.





38 comments:

  1. Gabungjalin - sesuatu yang amat indah dan berseni, menghasilkan corak-corak yang menyenangkan! Saya sangat sokong jika gabungan PAS dan BN (UMNO) bergabung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ......corak yang saya maksudkan seperti dalam seni anyaman...

      Delete
  2. Saya amat menyokong jika PAS dan UMNO bergabung ....
    "CARI PERSAMAAN DALAM PERBEZAAN"

    ReplyDelete
  3. Saya rasa sedih.
    Nanti petang saya baca lagi dan komen ya PakNgah.

    ReplyDelete
  4. Saya doakan keamanan dan semoga semua org merancang kearah penambahbaikan.Insaa Allah.

    ReplyDelete
  5. 1. doakan keamanan dan kesejahteraan untuk Malaysia dan seluruh rakyatnya.
    2. perlu perkuatkan lagi jati diri bangsa dan rakyat Malaysia
    3. tanamkan atau pupuk semangat patriotisme kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
    4. perpaduan telah ada tetapi sangat rapuh...
    5. sedih dan bangga bercampur baur
    6. sakit hati dan kecewa pun ada
    7. mengapa disakiti hati dan perasaan rakyat Malaysia????
    8. dan lain-lain - banyak lagi tak boleh nak komen banyak2 nanti penuh kotak ni...

    ReplyDelete
  6. sedih melihat malaysia sekarang...manusia seolah lupa qada dan qadar...bukankah usaha telah di buat sepanjang berkempen...segala manifesto dah keluar...ceramag demi ceramah...bukankah itu satu bentuk usaha...dan hari mengundi adalah penentu di mana kita bertawakal...dan tulisan takdir telah menentukan parti tertentu telh mennag....bukankah itu takdir dan kehendak allah...dan manusia sekarang seakan menolaknya...dan mereka adalah kumpulan yg bijak membicarakan tentg islam dan hukumnya....oh..saya sangat sedih dan keliru.

    ReplyDelete
  7. sedih melihat malaysia sekarang...manusia seolah lupa qada dan qadar...bukankah usaha telah di buat sepanjang berkempen...segala manifesto dah keluar...ceramag demi ceramah...bukankah itu satu bentuk usaha...dan hari mengundi adalah penentu di mana kita bertawakal...dan tulisan takdir telah menentukan parti tertentu telh mennag....bukankah itu takdir dan kehendak allah...dan manusia sekarang seakan menolaknya...dan mereka adalah kumpulan yg bijak membicarakan tentg islam dan hukumnya....oh..saya sangat sedih dan keliru.

    ReplyDelete
  8. 1. Kurang setuju sebab pada saya Umno satu entiti yang mempunyai aliran perjuangan berbeza berbanding PAS. Mereka meletakkan perjuangan atas nama kaum (kononnya) sebagai keutamaan, kemudian barulah yang lain-lain. Tetapi Pas kita semua sedia maklum asal penubuhan mereka. Jadi kalau nak bergabung, Umno dan Pas perlu dimansuhkan terlebih dahulu.

    2. Di dalam Pas juga terdapat ahli yang bukan Melayu, jadi penggabungan atas nama perpaduan tidak semestinya melibat hanya umno dan Pas semata-mata. Apa akan jadi pada mereka yang bukan melayu kalau gabungan Pas-Umno jadi realiti?

    3. Saya lebih suka memilij bersatu atas nama agama berbanding kaum. Sebab sejak zaman dulu lagi kita tengok perjuangan berasaskan kaum (assabiah) ni lebih membawa keburukan dan diambil kesempatan oleh mereka yang di tangannya ada kuasa.

    *sekadar pendapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat sokong pendapat saudara.... dan sanggat ada benarnya..... mertabatkan islam itu lebih penting dari memertabatkan bangsa... sebab islam adalah berbilang bangsa bukan termaktup pada bangsa melayu sahaja....

      Delete
    2. 1- UMNO untuk melayu PAS untuk Islam . Diingatkan bahawa Melayu = Islam .
      2- Bagaimana PAS yg memperjuangkan Islam itu ada calon bkn Islam ? UMNO hanya untuk Melayu ! BN pula utk perpaduan ^_^
      3- Bersatu atas nama Islam -> Melayu + Islam = UMNO + PAS

      Kita manusia hanya berusha menyatukan . Hasilnya di tangan Allah . Jadi jgn buat andaian dan telahan ...

      Delete
    3. Terima kasih...

      Delete
  9. mudah2an usaha ini berjaya. cikda masuk fb hanya melayan selain dari politik..hehhe.so tak tau pasal link selain ini kalilah gabung.

    dah lama cikda berdoa umno+pas or pas+umno ni (sejak tahun 2003 - masa tu cikda berkhidmat di spr putrajaya) mudah2an doa kita kali ini Allah makbulkan.

    ReplyDelete
  10. PAS Dan UMNO satu bangsa, satu agama bersaudara
    Jgn sakiti sedara kita,
    Jgn dihina saudara kita,
    Berat sama dipikul
    Ringan sama dijinjing
    Gajah2 sama Gajah bergaduh
    Kita Sang kancil yg tersepit
    Hayati Islam
    Islam is my way of Life



    ReplyDelete
  11. Mendoakan kehancuran org lain apatah lg sesama islam mmg x septtnya. Sepatutnya mereka doakan umno menjadi parti yg lebih baik.

    Sy rs dh smpi masanya malaysia hny ada satu bangsa shj iaitu bangsa malaysia. Semua harus bercakap bhs malaysia tanpa mengira kaum spt di indonesia. Ini spy xda lg isu rasis spt cina pi balik cina india pi balik india.

    Isu perkauman dh mulai timbul kebelakangan ini. Sgt menakutkan. Selama ini kita hidup aman tp dlm hati masing2 masih ada rs sangsi terhadap kaum lain. Dan skarang apa yg tersimpan dlm hati dikeluarkan. Mcm api dlm sekam. Kita org melayu seolah2 takut dgn org cina sbb kaum mereka kukuh dr segi ekonomi dan pendidikan. Mereka kuat krn mrk bersatu..persatuan mereka kuat. Tp kita org melayu masih kuat dgn perasaan dengki mendengki satu sama lain (bkn semua).

    Semoga malaysia terus menjadi negara berbilang kaum dan etnik yg maju dan aman sejahtera. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya , berdosa kita mendoakan orang Islam lain kepada keburukan .

      Delete
  12. Assalamualaikum
    Ntah lah pkngah.....nak bergabung atas dasar bangsa? Bangsa arab tu pun takleh bergabung....saya prefer bergabung atas dasar agama....agama islam....dan mnjalankan undang2 islam...mengikut cara hidup islam...ikut Al Quran dan sunnah....
    Semua bangsa boleh peluk agama Islam....Islam is the way of life....Islam bukan hak total org melayu shj....

    Apa sibuk agung kan bangsa kalau Islam kita letak di tapak kaki....apa nk jawap di akhirat esok?
    Bukan semua org melayu yg mngamal kan cara hidup islam.....tak payah tgk jauh2 la....org perempuan melayu islam....nak tutup aurat dgn sempurna pun payah sgt...diri sendiri ni pun kdg2 tersasar :(

    So dua2 pihak kalau nak gabung kena pegang pada agama klau hanya pd bangsa yg dgn cara hidup caca marba memang susah.....

    Ini cuma my humble opinion...peace 8=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanggat sokong dengan pendapat ini.... hidup seorang islam adalah kembali kepada islam yang sebenar bukan atas bangsa atau suku2...

      Delete
    2. Melayu = Islam ... bersatulah ... saling menegur , saling mengingati , saling memperbaiki , saling membantu ...

      Delete
  13. Salam Abang.

    Saya sokong hasrat murni abg tu. Harap diteruskan. Mungkin ada pertindihan dgn laman yg serupa (kalau ada) tapi abg mempunyai pengikut blog yg ramai. Sebahagian kami (pengikut abg ni) lebih selesa berinteraksi di laman yg abg kelolakan nanti.

    ReplyDelete
  14. saya setuju dengan pak ngah...

    blog ni lebih menunjukkan kesatuan daripada berbalah sesama sendiri....

    saya pun menantikan ada gerakan-gerakan baik dari ahli politik yang boleh mendatangkan faedah untuk semua.

    ReplyDelete
  15. Sangat setuju kalau mereka bergabung. Kita sebangsa dan seagama, tak perlu nak menuding jari sesama sendiri. Buang yg keruh ambil yg jernih.

    ReplyDelete
  16. Bagi saya ....bergabung atas nama islam amat manis sekali. Apabila kita memperjuangkan islam secara tidak langsung bangsa melayu akan terbela dan lebih bermaruah .
    Pengabungan dua institusi politik yang punyai pengaruh yg besar dlm Malaysia ini perlu ada keikhlasan yang tinggi dan semangat juang yang amat besar. Terutama dalam diri kerana apabila bergabung setiap pihak perlu redha dan akur untuk berkorban. Pengorbanan untuk mengorban sebahagian perkara yang bertentangan dengan pihak yang satu lagi.
    Jika kita punyai sikap dan integriti demi agama islam ..... rela mengorbankan kepentingan diri demi ummah dan Islam .InsyaAllah ......kita berada di hadapan....

    Berkenaan dgn link ....seperti biasa....saya akan menjadi silent reader ....sehinggalah ada sesuatu yang menggerakkan untuk memberi pendapat. Saya sentiasa menyokong yang baik dan terbaik Pak Ngah.

    Berlainan parti politik ...bukan bererti kita musuh . Kita tetap sahabat dan saudara......insyaallah...ameennn

    ReplyDelete
  17. Saya like byk2 header yg last tu. Tapi bila baca keratan akhbar TGNA nak ludah muka org UMNO yang dtg jumpa nak bincang pasal bergabung, aduuuhhh bencana apa yang dh menimpa kita sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia muslimat sejati , dia tak kan ludah saudara seIslamnya ... berdosa tuh ... rasulullah dan sahabtnya pun sgt bertoleransi dgn musuhnya !

      Delete
    2. Apa yang kita baca di media massa tak semestinya apa yang sebenarnya si penutur itu maksudkan. Jadi, ketika membaca sebarang artikel, elok la kalau kita berlapang dada dan tak menyempitkan fikiran. Lebih2 lagi kalau media itu bukan bebas seperti yang sepatutnya. Maaf ya, ini cuma pendapat umum sahaja...

      Delete
  18. Dua dua EGO. Pas ego, UMNO ego.
    Kalau tak, dah lama boleh gabung.
    Selagi tak buang ego tu, takyah la mimpi nak gabung.
    Ni bukan kali pertama keluar saranan gabung.
    Dan bila dah terjadi 'tragedi PRU' ni, ingat satu aja lah, "Melayu Mudah Lupa".
    Kalau tanya saya, kebarangkalian PAS & UMNO nak bersatu/bergabung dlm tempoh 10 tahun ni ialah 0.05 %.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong pendapat ini. Dua-dua pihak ego.
      Pd saya, kalau mahu bergabung, UMNO mesti terima hudud. Hudud bkn tujuan menghukum semata-semata, sebaliknya untuk mencegah.
      Ramai dalam ahli UMNO yg takutkan hudud atas sebab perbuatan mereka sendiri.

      Di pihak sebelah sana pula, banyak sgt persepsi yg buat mereka fikir mereka tak patut bergabung. Masing-masing mahu parti masing-masing dibubarkan dan ahlinya join parti masing-masing.
      Masih selfish..

      Delete
  19. Setuju bergabung, berjuanglah atas panji2 agama dan bangsa

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikom,

    Tuan, izinkan saya menjadi pembaca sahaja kepada komen/ulasan pembaca dalam catatan tuan yang ini.

    T.Kasih.

    ReplyDelete
  21. Imej 1 , yes itulah gamabaran yang paling tepat . Bila PAS tak menang byk kerusi , bermakna PAS dah hilang sengatnya dlm PKR . Untuk jadi pemimpin mereka perlu pakar dalam byk perkara selain agama !

    Imej pelajar cina - mrk bersatu wpun berada diluar negara . Jika mrk semua berkumpul ... maka Melayu hilang di bumi Malaysia !

    Sekiranya PAS tak nak bergabung dgn UMNO , saya lbh suku PAS kuar dari PKR . Kalau undi MELayu pecah pada PRU14 pun , mrk hanya pergi ke BN dan PAS sahaja . Jadi masih ada org Melayu di parlimen !

    Nasib anak cucu masih akan terbela !

    ReplyDelete
  22. sy setuju pas dan bn bergabung..gambar 1 tu, dah banyak yg kata camtu..nilaikan sendiri...

    ReplyDelete
  23. Semoga Pas dan UMNO dapat bergabung demi kepentingan agama Islam. Sila tolak ke tepi kepentingan diri masing-masing. Kafir laknatullah di mana-mana pun akan cuba memecah-belahkan dan menjatuhkan umat Islam dalam pelbagai cara. Sedih bila orang Islam sendiri tidak pernah sedar atau buat-buat tak sedar.

    ReplyDelete
  24. kena betul2 tekad dlm hati "lillahi ta'ala" baru laa boleh nk gabung2 ni..

    setakat hari ni, tgk masing2 selagi boleh nk cari buruk masing2, selagi boleh nk kutuk2 masing2, selagi boleh nk jatuhkn masing2.. bile tgk2 balik, bangsa ape je yg bt sume tu?

    hmm... ntahla... ase takut pon ade ni.. ase tak selamat.. sume la...

    semoga Allah beri petunjuk..

    ReplyDelete
  25. Salam hormat Pakngah, Ummi berpantun naa.. :)

    Lama di kampung waktu mengundi,
    Kampung di utara menaiki kenderaan;
    Sama bergabung satu kemudi,
    Bergabung suara demi kesejahteraan.

    ReplyDelete
  26. setuju sangat melayu bergabung....kalau nak bergabung biarlah sesama kita . Kenapa cari orang lain.

    ReplyDelete
  27. terima kasih kepada anda semua yang telah memberi komen .. ia sedikit sebanyak talah menambahkan kedewasaan serta tingkat toleransi saya terhadapa kepelbagaian pendapat dan pandangan.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.