"Mereka (orang Cina) langsung tak kenang budi, tidak ambil kira jasa yang saya buat dulu ketika mereka datang jumpa saya hingga lewat malam minta tolong, bila saya bantu, ini yang saya terima sebagai balasan"
Ali Rustam : Utusan Malaysia -7/5/2013
Ali Rustam : Utusan Malaysia -7/5/2013
Saya rasa Ali Rustam langsung tak patut cakap macam itu. Kalau awak pegang jawatan Ketua Menteri, itulah kerja yang patut awak buat kerana awak dibayar gaji dan elaun. Duit tu datangnya daripada rakyat juga. Lainlah kalau awak tolong tu guna duit sendiri. Dan kalau awak tak mahu orang datang jumpa awak minta tolong, jangan jadi Ketua Menteri.
Lagipun bila kita bertanding sepatutnya kita sudah bersedia menerima apa sahaja keputusannya. Kalau kita masuk bertanding dan mahu menang, lawan awak pun nak menang juga. Kalau awak mahu pengundi hanya piiih awak sahaja dan tak mahu pengundi pilih lawan awak, baik buat undang-undang menetapkan semua pengundi wajib mengundi bekas Ketua Menteri.
Terus terang saya katakan, saya kecewa dengan kenyataan beliau.
Assalamualaikom,
ReplyDeleteSaya setuju.
Mengungkit tu menghapuskan pahala .... huhu
ReplyDeleteMungkin masa tu dia dipengaruhi emosi. Apa pun, saya harap sangat dia tak maksudkan macam tu.
ReplyDeleteApabila kita menuding jari kpd orang...lagi tiga jari kearah kita. Saharusnya muhasabah diri, bukan menyalahkan...
ReplyDeleteKENYATAANNYA SAYA PUN TAK BERAPA SETUJU. MUNGKIN SEBENARNYA DIA AMAT KECEWA DENGAN KEKALAHANNYA.. APA-APAPUN SAYA TETAP RESPEK BELIAU..
ReplyDeleteKecewa bukan bermakna tak respek.
DeleteBetul2 habis pahala die selama nie bantu org smua..ha mode die dapat hidayah ^_^
ReplyDeleteBetul tu ....saya setuju pendapat pakngah...
ReplyDeleteMungkin beliau tertinggal satu bab didalam kehidupan ini. Iaiatu Qada dan Qadar drp Allah, yang pastinya bila kita sanggup bertanding kita juga sanggup menerima kekalahan.
ReplyDeletePasti ker orang cina saja yang tak undi.
ReplyDeleteJanganlah mengungkit, awakkan dibayar gaji. Tak dapat pahalalah macam tu/
Semuanya pinjaman Allah swt, bila di'tarik' masih lagi lupa diri..
ReplyDeleteNauzubillah
Jangan dituding atau disalahkan apa....perkara terjadi harus ada hikmahnya.....
ReplyDeleteMasa tengah marah tengah sedih tengah kecewa kita bercakap mengikut hati bukan mengikut akal. Saya harap benda2 ni semua tidak akan berlarutan.
ReplyDeleteJika mesyuarat JKTNg. Melaka bersama Ali Rustam (selain daripada SS Melaka), musti berdebar2. Wakil mesyuarat yang ada projek lewat/bermasalah musti muka ketat aje. Kalo projek lewat sikit, terus di callnya kontraktor serta merta dalam meeting. Keputusan dibuat serta merta untuk terminate kontraktor yang terbukti buat kerja sambil lewa. Kalo tak silap, pernah dengar ada juga pengarah2 state yang ditukar serta-merta kerana ada projek lewat di bawah jabatan terbabit. Memang "lansi" cara beliau, tapi amat berkesan untuk memastikan semua projek di Melaka dijalankan mengikut perancangan.
ReplyDeleteMemang dia seorang Ketua Menteri yang efektif. Tapi saya percaya pengundi bukan tidak hargai jasa dia tapi pengundi khasnya Bukan Melayu memilih parti. Kes serupa dengan bekas MB Johor. Jadi bukan salah atau kelemahan dia, kalau pengundi kawasan dia tolak dia. Saya rasa dia tahu hakikat itu.
DeleteNamun begitu saya agak kecewa kerana dia membangkit-bangkitkan jasa beliau. Kalau dia tak cakap pun orang semua tahu macamana tahap kemajuan Melaka di bawah kepimpinannya.