Dari segi peraturan adalah salah kalau kita membeli barang atau perkhidmatan dari syarikat adik kita. Kalau kita beli juga, kita boleh dituduh di bawah kesalahan rasuah. Akan tetapi kalau kita beli barangan yang sama dengan syarikat lain tidak ada masalah walaupun harganya lebih mahal.
Inilah dilema yang biasa dihadapi oleh pegawai kerajaan khasnya di bahagian perolehan. Dilema di antara tindakan yang betul dari segi peraturan tapi tak betul dari moralnya atau tindakan yang salah dari peraturan tetapi betul dari segi moralnya.
Kadang-kadang saya kasihan tengok pegawai kerajaan yang kena tindakan undang-undang kerana membeli barang dengan harga yang lebih murah dengan kualiti yang sama atau lebih baik dari syarikat adiknya. Mungkin syarikat adiknya memberikan harga yang lebih murah memandangkan yang membeli itu adalah abangnya sendiri.
Tapi nak buat macamana. Undang-undang
dah kata salah, salahlah walaupun niat kita baik untuk
menjimatkan duit pembayar cukai. Undang-undang seumpama itu dibuat sebagai langkah awalan untuk mencegah penyalah gunaan kuasa.
Sebaliknya saya sangat tidak bersimpati kalau pegawai tersebut membeli barang dengan kualiti yang sama atau lebih rendah dari syarikat adiknya dengan harga yang lebih mahal dari harga syarikat yang lain atau lebih mahal dari harga pasaran.
Moral ceritanya: Kalau nak selamat ikutlah peraturan dan undang-undang.
Moral ceritanya: Kalau nak selamat ikutlah peraturan dan undang-undang.
Ramai jugak yg tak ikut peraturan, sekali lepas kalau dah berkali2 belum tentulah.
ReplyDeletecikda pun pening..
ReplyDeleteBetul...
ReplyDeleteIkut je la undang2...
Kang tak pasal je..
Dah rasuah tu pun namanya melanggar undang-undang. Lebih teruk diselar sebagai pengamal kronisme pula. Sedih.
ReplyDeleteORANG RUMAH SAYA ADA BUKA SYARIKAT TAPI SAYA TAK PERNAH NAK MASUK SEBUTHARGA DI JABATAN SAYA..
ReplyDeletesaya faham benda ni pak ngah...
ReplyDeletesebenarnya yang saya tak berapa faham apa maksud rasuah ikut malaysia ni...
adoiii...
ada orang kata rasuah itu ada 3 peringkat .. peringkat bawah dipanggil "rasuah", peringkat menengah dipanggil "hadiah" dan di peringkat tertinggi di panggil "anugerah".
Deleteakhirnya orang bawah menjadi mangsa...
Deleteyang berkuasa lepas tangan...
saya x tahu kewujudan peraturan yang macam ni...
ReplyDeleteklu utk kegunaan syarikat , jgn beli ...
ReplyDeletebetul .. kalau utk kegunaan sendiri, tak apa.
Delete