Sunday, May 5, 2013

KALAULAH BANYAK PARTI POLITIK ISLAM DI MALAYSIA.



 Gambar hiasan hasil carian Google.


Saya menulis entri ini kerana menurutkan rasa hati kecil saya. Saya tidak berniat untuk menyindir atau mengkritik mana-mana parti. Cuma saya hendak menyampaikan hujah saya secara rasional. Saya alu-alukan kalau ada pihak lain yang mempunyai pandangan yang berbeza asalkan ianya dalam konteks tajuk yang dibincangkan.

Semua orang tahu bahawa ugama Islam adalah untuk semua tanpa mengira negara, warna kulit, budaya dan kedudukan geografinya. Ia bukan hak milik mana-mana parti. Buat masa ini di Malaysia cuma PAS sahaja menggunakan perkataan Islam dalam partinya. Ini telah menimbulkan persepsi yang salah kerana mungkin ada yang beranggapan bahawa parti mereka  sahajalah yang memperjuangkan dan mempertahankan Islam.

Apa kata kalau ada beberapa kumpulan atau individu lain ingin menubuhkan parti yang menggunakan nama Islam. Saya rasa Parti PAS tidak berhak untuk menghalangnya kerana Islam bukan hak mutlak partinya.

Mungkin nanti ada PIS untuk Parti Islam Semenanjung, PIM untuk Parti Islam Malaysia, PUIS untuk Parti Ugama Islam Malaysia. Masing-masing parti mengatakan mereka adalah parti yang sebenar-benarnya memperjuangkan dan mempertahankan Islam sebagai cara hidup. Bukankah itu mengelirukan dan memecah belahkan ?

Islam tidak berhajatkan mana parti-parti politik untuk menyelamatkanya.

Nasib baik sekarang ini kita cuma ada satu sahaja parti Islam yang dominan di negara kita. Itu pun kita sudah berpecah belah.


12 comments:

  1. Salam Pakngah...:)

    Ummi sokong seratus peratus....thumbs up :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur kerana Ummi dapat memahami maksud saya ..

      Delete
  2. ISLAM UNTUK SEMUA.. KALAU MASUK PARTI JE BARU ISLAM, SUSAH JUGAK TU..

    ReplyDelete
  3. islam memang untuk semua..tp nak tanya sikit kerajaan sekarang betul2 mngikut cara islam ke? nak ke kite ikut sorg pemimpin yang tak ada pegangan tentang islam? INGAT.. Ayat al-quran sendiri dah memberitahu kita,Kita akan dibangkitkan dengan imam kita.. jangan terikut sangat dengan org2 bawahan Pas yang kadang2 tngk pon tau da tak betul,tapi tngk lah pemimpin PAS sendiri.. orgnye macamane,kenali lah TGNA pedulikan kata2 org yang tak berilmu dalam parti tuh.. baru kite tau ape yang diperjuangkan die.. n kerajaan kita skrg? pedulikan ape org bawahan Kerajaan kata.. kite kenali siapa n ape yang pemimpin kerajaan kite buat? betul ke mengikut care islam? bukan Kite nak jual NAMA ISLAM dalam parti.. tapi siapa lagi yang nak perjuangkan islam kalau bukan TGNA????ke korg lah perjuangkan blhh???? senang kate.. dalam negara kite ade tariqat,ade tabligh,ade jugak tempat2 belajar agama.. tapi yang ni smua untuk mengingati org dan belajar mendalami islam.. siapa yang nak perjuangkan islam dalam negara? JADI tolong TENGOK PEMIMPIN,bukan Tngk org BAWAHAN yang jadi pengikut semata2.. Wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah saya akan cuba jawab komen anda dalam satu entri khas bila saya ada kesempatan kerana jawapan saya mungkin agak panjang nanti dan juga untuk faedah lebih ramai orang.

      Delete
  4. sesuatu yang pasti islam tidak berhajat kepada parti tetapi parti sentiasa berhajat kepada islam.... bagi saya kita semua pemimpin..... dalam pilihanraya kita memilih wakil kalau kita rasa wakil yang ada tidak sesuai tukar saja..... benar pemimpin ada tanggung jawab tapi kita perlu ada akauntabiliti atau penanggungjawaban

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya langsung tidak dapat untuk tidak bersutuju dengan komen anda .. terima kasih kerana membantu memperjelaskan lagi point saya.

      Delete
  5. Agama tu tanggungjawab individu bukan parti . Tapi bila ada parti yang mengaku berjuang berlandaskan agama , maka parti itu harus bertanggungjawab bila ada ahlinya menyongsang arus agama ! ... wallahu ' alam

    ReplyDelete
  6. assalam tnhj...saya blog walking entry tnhj petang nie...dan entry yang ini paling saya tertarik sekali dan terus terang saya sangat setuju dangan tnhj...

    ReplyDelete
  7. Kembali kepada Al-Qur'an waas Sunnah menurut kefahaman salaful ummah itu saja jalan kejayaan kita. Kita pun maklum ummat ini telah berpecah kepada 73firqah. Sejarah pun menyatakan di dalam firqah2 tersebut ada hafiz Qur'an & Hadits tapi menafsirkan maksud yang haq dengan keinginan yang bathil.
    wallahu musta'an

    ReplyDelete
  8. Islam di Malaysia tidak dilaksanakan secara menyeluruh kerana masih terdapat ramai lagi pimpinan tempatan yang tidak memahami prinsip politik di dalam Islam dan lebih terpesona dengan amalan politik barat yang sudah jelas tidak bertepatan dengan amalan Islam dan tidak mementingkan aspek moral di dalam tatacara menguruskan negara..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.