Saturday, May 11, 2013

JOM KITA BINCANG TENTANG JOM ! ( ENTRI INI TIADA KENA MENGENA DENGAN POLITIK )




Saya orang Negeri Sembilan. Perkataan jom pertama kali saya dengar dari kawan-kawan semasa di tahun 1, Universiti Malaya, tahun 1974. Saya rasa ia berasal dari sebelah utara tetapi kini sudah meluas digunakan di seluruh Malaysia. Perkataan yang seerti dengannya dalam loghat Negeri Sembilan ialan "moh" .. macam ayat "moh kito ke surau !"

Ini kata DBP tentang  perkataan "Jom" ..

"Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jom ialah kata ajakan yang berasal dari Negeri Kedah. Perkataan ini boleh digunakan dan tidak pernah dikategorikan sebagai bahasa Melayu rendah".

Sejak dulu saya juga menggunakan perkataan jom bila mahu menyeru atau mengajak seseorang atau sekumpulan orang untuk membuat sesuatu.

Misalnya "jom kita pergi lepak kat kedai Ali Maju malam ni". Kalau kita mengajak untuk tidak melakukan sesuatu adakah sesuai perkataan jom itu digunakan? Misalnya "jom kita jangan tengok bola".

Kalau kita mengajak orang lain supaya tidak melakukan sesuatu atau meninggakan sesuatu, saya rasa lebih sesuai kita gunakan perkataan 'mari'  Misalnya "mari kita berhenti merokok"

Agaknya itu sebablah iklan di atas tidak meninggalkan kesan kepada para perokok. Saya buat kesimpulan itu dari pengalaman saya berkawan dengan kawan-kawan yang menghisap rokok. Langsung tak dihapekkannya seruan iklan itu.

hapek =  peduli. Istilah orang Nogori.


8 comments:

  1. Assalamu'alaikum PakNgah... ;)

    Nice info...Ummi suka, jom kita berpantun di blog Ummi.. :D

    ReplyDelete
  2. PakNgah ... guna perkataan/istilah apa pun rasanya takkan dihapekkan dek para perokok ni

    ReplyDelete
  3. Lotak gambar ngori pun tak dihapek eh pakngah
    duli apo dek dio
    pokok dek denlah ,kobar eh

    ReplyDelete
  4. tak di hapek an ni..saya dengar bila dah sama kerja ngan kawan asal dari jelebu..arwah mak dan bapak tak ponah pulak sobut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah dengar orang negeri mengucapkannya.

      Delete
  5. jom tu lebih ringkas dan senang ... bila kita sebut jom , org dah tau apa maksudnya .

    ReplyDelete
  6. Orang merokon ni Pak Ngah gunalah ayat apapun, tak jalannya.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.