Thursday, May 9, 2013

KISAH BENAR YANG MESTI DI BACA: PENGAJARAN DI SEBALIK MESIN BASUH YANG ROSAK.



Hari Isnin lepas, sehari selepas PRU, dalam perjalanan balik dari bergunting rambut saya dan anak saya,  saya singgah di sebuah kedai memperbaiki barangan elektrik. Tujuannya kerana ingin bertanya samada mereka boleh datang memperbaiki mesin basuh di rumah saya yang sudah 5-6 bulan rosak.

Saya dilayan dengan baik oleh taukeh kedai tersebut seorang Cina. Saya katakan padanya, kalau mahal sangat saya tak mahu repair kerana lebih baik saya beli baru.

"Tak pa .. nanti kita datang tengok. Encik tulis sini alamat rumah dan nombor telefon .. nanti besok kita datang tengok" jawabnya sambil memberi kertas dan sebatang pen untuk saya menuliskan maklumat yang dimintanya.

Dipendekkan cerita keesokan harinya dia pun datang bersama seorang pekerjanya berbangsa Melayu. Si Cina itu menunggu di luar pagar. Saya pun menunjukkan tempat mesin basuh saya di belakang rumah kepada pekerjanya. Kemudian saya tanya dia ..

 "kenapa taukeh awak tak masuk sama ?"

"sayalah taukeh" jawabnya ringkas. Saya terdiam sambil menahan rasa sedikit malu  serta menyimpan rasa ingin tahu. Segera saya lanjutkan pertanyaan ..

"habis .. dia tu siapa ?"

"oh .. dia kawan saya .. taukeh kedai motor sebelah .. dia tolong tengokan kedai saya masa saya keluar kejap". Dia memberi penjelasan.

Sekarang baru saya jelas kedudukannya.

Si Melayu ini beritahu mesin basuh saya kena dibawa balik ke kedainya untuk diperbaiki kerana ia memerlukan peralatan khusus untuk membuka bahagian yang rosak. Selepas itu dia memanggil kawannya yang berbangsa Cina itu masuk untuk membantunya mengusung mesin basuh saya ke van yang ada di luar.  Kemudian si Melayu itu masuk ke dalam van dan duduk di kerusi penumpang dan saya fahamlah bahawa van itu milik si Cina itu. Tetiba saya merasakan satu perasaan yang manis jauh di lubuk hati saya sambil melihat van yang dipandu oleh si Cina itu meninggalkan rumah saya dan akhirnya hilang dari pandangan saya.

Dari peristiwa ini saya mendapat kesan, bahawa rakyat bawahan (marhaen) yang mencari sesuap nasi ibarat ayam; kais pagi makan pagi, kais petang makan petang boleh hidup bersama dengan aman damai. Sifat tolong menolong dan perasaan saling mempercayai masih kukuh dan jelas kelihatan.

Yang merosakkan kita adalah sesetengah orang politik yang berfahaman sempit yang hanya mencari keuntungan jangka pendek untuk memuaskan ego sendiri tanpa memikirkan nasib masa depan bangsa dan negara ini.

Perhatian.

Saya lihat akhir-akhir ini ada orang yang suka membuat komen yang berbau politik kepada tulisan saya samada dalam blog mahupun fesbuk, walaupun tulisan saya itu kadang-kadang langsung tidak berkaitan dengan politik. Untuk entri ini saya harap janganlah ada yang mengomen begini "orang PAS lah berotak sempit" dan dibalas pula oleh pihak yang satu lagi "orang UMNO lah perkauman". 


23 comments:

  1. Saya setuju dan sokong, kita semua sebolehnya mahu hidup aman. Saya rasa tuan kena buat macam hari tu, komen yang berkemungkinan berunsur negatif, perlu tapisan sebelum dikeluarkan.

    ReplyDelete
  2. kami kat opis tu semua bangsa ada no problem...dalam list friends saya pun sama..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    politil punya pasai, punah ranah segala hal. jgnlah sbb beberapa kerat yg x berapa berjaya capai impian mereka, kita pulak termakan hasutan. haru biru!

    ReplyDelete
  4. Saya satu2 nya org melayu yg tinggal di kejiranan saya ni. X ada masaalah langsung.bertuah jadi rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  5. Hahahaa...Pak Ngah bahang PRU13 belim habis sebab tulah dpaat komen sebegitu. Saya setuju dengan pendapat Pak Ngah, org bawahan masih bantu membantu walaupun berlainan bangsa cuma gendang dipalu dan rentak berlagu canggung bila org politik memainkan isu, turut mempengaruhi emosi kita.

    ReplyDelete
  6. Salam Pakcik.

    Mmmm....alhamdulillah. Seme komen atas, sy boleh katakan yg mrk bernsb baik. Tapi, tak semua org kat msia ni bernsb baik.

    Opis sy, majoritinya adalah Malaysian yg itu. Malaysian yg bijak berniaga itu. Hakikat bekerja di sini, buat kami redha. Wujudnya kasta bangsa juga, buat kami redha. Semuanya sbb kami dah lali. Mrk lyn kite dgn baik. Mmg baik. Tapi xde ketelusan. Faedah dan keistimewaan itu nyata lebih terpesong pd malaysian yg itu. Membeza-bezakan. Membanding-bandingkan. Merendah-rendahkan. Walau dlm nada bergurau scr straight forward. Telinga kami dah biasa. Walau adakala, mengalir jugak airmata.

    Tak semua org bernsb baik. Jujur sy kata Pakcik, mmg wujud rs tak suka dalam hati sy terhdp malaysian yg itu. Namun utk membenci dan anti bangsa, apatah lagi merendah-rendahkan mrk...tak sampai hati pula.

    Moga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. barangkali perasaan itulah yang turut mereka rasakan bila mereka berkhidmat dalam perkhidmatan awam kita ..

      Delete
  7. ni da abis pru13 igtkan da abis citer politik...skali isu racist2 plak yg timbul..bosan2...

    ReplyDelete
  8. x rugi kita pelbagai bangsa tlg menolong.......

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Ngah.

    saya balik mengundi di muar and wife di rengit.on the way balik senawang-muar-rengit sengaja pasang bendera PAS kat belakang kereta (to feel the syoknya balik RAYA ehehhe...ops balik pilihanRAYA).kat atas highway,yg sporting mereka honk kereta saya + thumb up.apa lagi,anak2 pya lah suka,drang kata,"semua tu kawan PAS bpk".

    smpai muar,singgah pasar besar muar dulu sbb abah dah pesan suh beli lauk (ikan,sayur etc..) muar is the multi-racial town but mostly adalah kaum cina (rasanya kat kat town lain pun sama...) sampai dalam area parking pasar besar,ada beberapa org kaum cina yang thumb up + laung "Ini kalilah!".

    Sebab parking dalam pasar penuh,saya pusing keluar utk crk parking lain.Sblm keluar ada seorg uncle cina naik van bertembung dgn sy di simpang.sanggup dia turunkan tingkap dia manually kat bhgn penumpang sblh dia just to say "ini kalilah!" (sampai anak sy pun dah expert sebut inikalilah - ikut slang org cina)

    move to bakri...

    Bakri juga kawasan cina.saya stop skjp dekat petronas bakri sbb nak top up angin tayar.seorg driver lori yg pump tayar sblum saya,salam dgn saya sambil cakap," u sokong PAS aa.sy DAP.Ini kalilah!" sy angguk je,sbb terkejut sbb so spontan the reaction from the lorry driver.

    apa yg saya nak kata,kita dah terlalu lama dimomokkan dgn perkataan cina/india yg kononnya berhantu.mcm takutnya bdk2 kat hantu even mak/bpk budak pun takut hantu.sedangkan hantu tu apa? pernah ke nampak the real HANTU...rasanya kita msg2 ada jwpnnya.same to cina/india.apa nak takut dgn cina/india.kita spttnya lebih concern kpd mendoakan mereka supaya mendapat HIDAYAH.

    bleh ke mcm tu Pak Ngah? :)

    Wak,
    TDI.

    (hr tu mcm xprsan Pak Ngah masa Sheikh Nuruddin dtg masa kuliah zohor @ surau ibnu khaldun.ingatkan nak ice breaking dgn pak ngah.xkesampaian rupanya.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      sungguh menarik kisah benar awak ini dan juga kesimpulan tentang hantu itu ..

      nota terakhir dalam komen awak di atas, menyebabkan saya tertanya-tanya siapakah gerangan awak ini .. lain kali kalau dtg ke kuliah al-Banjari, saya ingin bertemu dgn awak .. sekejap pun tak apa.

      Delete
  10. saya memang suka entri-entri yang diketengah oleh Pak Ngah lately...

    semuanya seimbang dan tidak berat sebelah...

    kemelut yang kite hadapi hari ni ialah kite lebih bercakap emosi dari melihat ke bawah...

    sebab saya juga ada teman cina yang rapat, kenapa saya perlu korbankan semua persahabatan ni sebab satu sentimen?

    perlu ke?

    ReplyDelete
  11. saya pun terasa manisnya ...(ambil tersenyum dan terbayangkan situasinya)

    Mesin basuh dah sihat ke Pak Ngah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya saya ada dua mesin basuh .. yang hantar repair tu belum dengar khabar beritanya lagi.

      Delete
  12. sangat tersentuh dengan citer pak ngah~ mesti aman damai kalo semua rakyat bersatu hati camtu kan~

    ReplyDelete
  13. Sebak saya baca entri abg ni ..... hati saya tersentuh sebab saya antara rakyat marhaen yg mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga di bumi bertuah ini

    ReplyDelete
  14. sangat manis crita nih..moga akan kekal selamanya persahabtan berlainan bangsa..

    ReplyDelete
  15. Rujuk komen faraherda.razalan,org yg sdng/pernah bekerja dlm sykt yang didominasi oleh kaum mereka pasti akan merasainya. Memang besar jurang kasta seolah2 Malaysia ini milik kaum mereka.

    ReplyDelete
  16. Saya sering baca/dengar kisah2 tentang bagaimana harmoni nya perhubungan kaum zaman zaman 50an, 60an dulu....Cina,Melayu, India....rapat, memang rapat....Indahnya kalau saya diberi peluang merasai sebentar pengalaman itu...Di zaman ini, masih ada yg rapat, tapi jujurnya, ramai juga yg tak rapat/rapat di buat buat.

    ReplyDelete
  17. kat kampung saya, okay aje, melayu cina india minum kopi semeja

    ReplyDelete
  18. Perlu berhati-hati walau dengan orang yang nampak baik di depan kita :)
    Salam perkenalan.. drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum dan salam sejahtera... Saya nak tanya dimana nak repair mesin basuh area Desaru pm saya atau tinggalkan no telefon... Tolong urgentz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Maaf saya tidak dpt membantu kerana saya tinggal di Senawang.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.