Kenapa dengan kita ni ? Sampai nak gaduh-gaduh, sampai berpuak-puak dan berpecah belah, sampai tak bertegur sapa, sampai tak pergi kenduri bagai. Lihatlah gelagat pemimpin-pemimpin kita seperti gambar2 di bawah. Cukup mesra. Nampak bertamaddun. Sikap mereka bukan baru tapi sejak zaman Dr. Mahathir dan Pak Lah lagi.
Gambar 1: Walau mereka "bermusuh" dalam politk tetapi mereka tetap menunjukkan budi pekerti yang tinggi. Mungkin ada yang kata mereka berlakun, tetapi tahukah kita apa di dalam hati mereka.
Gambar 2: Muka berpandangan, bibir mengukir senyum sambil tangan bersalam erat.
Gambar 3: Yang muda berjalan di belakang sebagai tanda hormat kepada yang lebih tua.
Gambar 4: Pak Lah dan Pak Nik sama-sama menuruni tangga. Kalau terjatuh mereka berguling bersama !
Saya
tak fikir mereka yang suruh kita bergaduh menggunakan kekerasan. Kalau
kena tangkap dan didapati bersalah oleh mahkamah, saya tidak fikir mereka juga akan membela kita.
Tolonglah
gunakan akal. Kalau kita ada hujjah, orang lain pun ada hujjah. Kalau
kita tak setuju dengan hujjah orang lain; orang lain pun boleh tidak
setuju dengan hujjah kita. Kalau kita fikir pandangan orang lain salah,
orang pun boleh berfikir begitu kepada kita.
Kadang-kadang
datang juga idea katun dalam fikiran saya supaya pertandingan memilih
Wakil Rakyat ini dibuat melalui perlawanan sabung ayam. Ayam siapa yang memang, dialah yang terpilih. Tak perlu nak kempen-kempen. Tak perlu
nak keluar duit banyak-banyak. Tak perlu nak buat bilik gerakan. Sampai
hari yang ditentukan, buatlah lawan sabung ayam itu kat mana-mana
stadium atau padang. Siarkan secara langsung atau lintas langsung kat semua stesyen tv. Bawa
pengadil dari Filipina atau Thailand. Mesti untung syarikat tv dari
hasil iklan. Harap-harap pencinta haiwan tidaklah menyerang saya kerana
cadangan katun ini.
Gambar 5: Alangkah manisnya senyuman kedua-dua tokoh ini. Jadi kenapa kita yang jadi 'tukang pacak bendera' ni harus bermasam muka ?
Semoga nanti "biduk lalu, kiambang bertaut" hendaknya selepas PRU 13 ini.
Saya pernah menyindir tentang isu ini melalui seloka di blog saya beberapa waktu dulu...
ReplyDeletejeragang rasa senang jer sebab mereka itu sudah takde komensen sebab tu mereka jadi komang kata orang teganu kite........
ReplyDeletehehee, ayat untuk gambar no. 4 tu best dan saya pun memang suka tengok gambar2 macam ni.
ReplyDeletekiambang pasti akan bertaut bila biduk melepasi. tapi anak-anak kiambang jugak yang berserakan dan gagal menutupi semula riak-riak air yang ketinggalan...
anak2 kiambang itu akan membesar juga akhirnya ..
DeletePak Ngah... Bagai di kata orang atas steady je dengan tugasan depa tapi org bawah yang kecik-kecik nilah yang selalu buat hal, selalu timbul prasangka. Politik Malaysia sudah matang malangnya orang yang mengamalkan politik bukan semuanya matang walaupun ada yang dah beruban.
ReplyDeletebila sebut beruban tu pasti ramai yang terasa .. hehe.
Deleteyang bawah ni yang lebih lebih kan uncle? :D
ReplyDeletebagus jugak idea sabung ayam tu.hehe
ReplyDeleteSuka tgk gambar2 ni ☺☺
ReplyDeletesuka dengan entri ni...
ReplyDeleteharus bersangka yang baik-baik kan?
wah.. pakngah.. sukalah entry nih... yang bawah-bawah pulak yang lebey lebey hek..
ReplyDeleteGambar DSAI dgn pemimpin BN tak dak ka?
ReplyDeletesaya sengaja tak masukkan kerana DSAI dulu memang orang UMNO ..
Deletekalau lawan baling dadu pun ok ... mari kita tengok sapa yang kenaaa...
DeleteSAYA ADA BERBORAK-BORAK DENGAN RAKAN-RAKAN. BUAT APA KITA NAK POSTING / KONGSIKAN BENDA-BENDA YANG MENGARUT DI FACEBOOK YANG KITA SENDIRI TIDAK TAHU DAN KEMUNGKINANNYA IA ADALAH FITNAH. KALAU BEBETUL KITA TERLIBAT DALAM ARENA POLITIK, SILAKAN. INI TIDAK, MAIN CUT AND PASTE SEDANGKAN KITA TIDAK TAHU KEBENARANNYA. BUKANKAH FITNAH ITU DOSANYA SEPERTI MEMBUNUH. BUAT APALAH KITA NAK TAMBAHKAN DOSA SEDANGKAN PAHALA YANG KITA BUAT INI ENTAH DITERIMA ATAU TIDAK. POLITIK SEKARANG INI SEPERTI MENGHALALKAN FITNAH. TAK KIRALAH MANA PARTI PUN.
ReplyDeletemungkin ramai yang lupa daratan akibat mendapat kebebasan dan peluang memberikan pendapat di alam siber hingga lupa budi bahasa dan tuntutan agama.
DeleteAssalam,
ReplyDeleteKan manis gitu, bertemu 4 mata, bersalaman, berpimpin tgn walau berlainan parti politik. Teringat saya semasa berkarier dulu, setiap kali weekly/monthly meeting pegawai2 pung pang pung pang kena hamun dgn bos dlm meeting bila tak capai target. Kecut perut gak saya....tapi mrk profesional, habis kuar bilik meeting gi lunch sama2 pastu leh gelak kah.. kah.. kah... serius semula kembali bertugas di meja masing2. Bila dimarah ditegur masing2 tak berdendam or simpan dlm hati..
mungkin satu hari ini nanti semakin kita terdedah kepada dunia luar, gaya politik kita akan berubah menjadi lebih matang seperti orang Amerika yang mendahulukan kepentingan negara dari kepentingan parti apabila timbul pertembungan kepentingan.
Deletesetuju sangat dengan n3 Pak Ngah ini.
ReplyDeletesedih tengok sesama kita masam muka pasal politik. :(
Setuju dengan pandangan abg tu. Yang tukang cacak bendera ni yang over sangat sedangkan bos mereka rilek aje
ReplyDeleteSaya memang tak tau ...ada yang masam muka atau gaduh.tah bila pacak bendera pun x tau.tapi dah meriah la sampai depan rumah..macam2 warna bendera ada
ReplyDeletekalau acik tengok berita tv atau baca mana-mana akhbar telah banyak dilaporkan orang bergaduh dan cedera dan bilik gerakan dibakar serta dibom oleh mereka yang pendek akal.
Deletemacai macai aja yg over uncle...tak kiralah macai BN ka...macai PAS ka...haha
ReplyDeletebetul ... 2 x 6 je !
DeleteSaya pernah ada pengalaman bertugas di parlimen dalam tu becekak bagai nak rak tapi time rehat elok pulak duduk semeja minam sama sama boleh golak2 lagi dan solat pun sama
ReplyDeletesemua yang telah pernah bertugas di Parlimen akan mengesahkan kenyataan anda ..
DeleteKan Best Macam nie..
ReplyDeleteKat fb tu ramai yg masam muka psl politik, yg berjiran pun mcm tu jugak. Kelakar la diorang ni uncle
ReplyDelete