Friday, May 10, 2013

KENAPA PULA BENDERA MALAYSIA YANG DITERBALIKKAN ?.

 

Saya percaya anda semua sudah tahu apa cerita gambar ini.


Saya tahu mereka tidak puas hati dengan SPR dan BN. Akan tetapi bukan mereka sahaja yang tidak puas hati, orang Melayu sendiri pun ramai yang marah dengan SPR dan BN. Soalnya, kalau betul marahkan BN dan SPR kenapa mereka tidak terbalikkan bendera BN atau terbalikkan gambar Pengerusi SPR ? Kalau mereka berbuat demikian, saya langsung tidak peduli kerana itu adalah perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi. Tetapi bila Jalur Gemilang diterbalikkan, dengan isyarat tangan yang membawa makna tidak bagus serta berpakaian warna berkabung, bagi saya ia memberi isyarat yang sangat berlainan. Saya percaya anda semua boleh mentafsirkannya. Saya amat sedih dan terkilan atas perbuatan mereka itu.

Saya pernah tinggal dan bekerja di USA selama 3 tahun dan berpeluang melihat dan mengikuti perjalanan pilihanraya mereka. Walau pun mereka berbeza pendapat dari segi dasar parti yang bertanding, tetapi seingat saya, saya tidak pernah melihat atau mendengar cerita ada  rakyat mereka yang menterbalikkan bendera Amerika samada di luar negara apalagi di dalam negara mereka.

Harus di ingat, bendera adalah lambang kemegahan dan kedaulatan sesebuah negara.


Kalau anda cintakan keamanan, buat apa gaduh-gaduh Silalah like page ini.

9 comments:

  1. Hairan...tinggal di Malaysia tetapi tak ada semangat cintakan Negara. Mahu tukar Malaysia jadi Negara lain? Emm...

    ReplyDelete
  2. Lepas habis belajar elok le depa dok sana terus tak yah balik Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Salam pak ngah
    bila sya nampak jalur gemilang yg berkibar tp koyak koyak tu pun dah rasa sedih dan malu
    lg pulak yg jatuh bertaburan di jalanraya rasa nak tolong punggutkan saja
    tp apakan daya...

    ReplyDelete
  4. nama saja warganegara Malaysia.. tetapi sayangnya tiada langsung rasa cinta&terima kasih kepada negara Malaysia..sedihnya.. :(

    ReplyDelete
  5. Salam Pakcik,

    Mohon share entri pakcik ni kat FB sy. Tq.

    ReplyDelete
  6. betul tu!!!

    blh dibicarakan isu jati diri ni...
    kadang tu macam nak saja sy bagitahu mereka2 itu.. bersyukurlah... andai x suka sila migrate & tukar kerakyatan. Jangan keterlaluan bila menghina. Diumpamakan bagai meludah ke langit.

    ReplyDelete
  7. Terkenang pepatah dulu kala ; bagi betis nak peha.
    Itulah gambaran situasinya.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.