Saturday, May 4, 2013

INI KALI LAH ATAU LAIN KALI LAH ?





Besok adalah hari penentuan. Samada "ini kalilah" atau "lain kalilah". Saya akan terima apa sahaja keputusan majoriti rakyat dalam PRU ini. Kalau ditakdirkan calon yang rabun terpilih dan seterusnya dilantik jadi PM misalnya, kita nak buat macamana kerana itu adalah kehendak majoriti.  Kalau ada orang dari negara lain tanya 'tak ada orang lain ke yang nak dipilih?.  Kita jawablah "yang engkau sibuk-sibuk apesal, suka hati kamilah nak pilih siapa".

Keputusan PRU kali ini pasti akan berkesudahan dengan salah satu dari situsasi  berikut:

Situasi 1.
 

BN atau Pakatan Rakyat menang besar dengan majoriti lebih 2/3.

Situasi 2.

BN dan Pakatan Rakyat mendapat undi seri atau sama banyak. 

Situasi 3.

BN atau Pakatan Rakyat menang dengan  majoriti yang tipis (simple majority). Katalah kurang dari 10 kerusi. 

Jika keputusan seperti dalam situasi 1, tak ada yang merisaukan saya. Kalau Pakatan Rakyat pilihan rakyat, maka saya akan terimanya dengan hati terbuka dan akan bernaung di bawah pentadbirannya untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Jika keputusannya seperti dalam Situasi 2, pasti akan berlaku masalah besar. Namun memandangkan kebarangkaliannya tersangat tipis walaupun ia  tidak mustahil, maka saya tidak mahu membuang masa membincangkannya di sini.

Apa yang saya khuatiri adalah kalau keputusann PRU nanti dalam Situasi 3 di mana parti yang dapat menguasai Putrajaya mempunyai majoriti yang sedikit.  Akibatnya mungkin akan berlaku lompat melompat parti yg berkesudahan kerajaan bertukar ganti setiap kali ada yang melompat keluar atau melompat masuk. Kerajaan yang memerintah akan lebih banyak menghabiskan masa bagaimana hendak memastikan partinya terus berkuasa daripada memikirkan pembangunan sosio-ekonomi negara. Kalau tidak berlaku lompat melompat parti secara individu, mungkin sebuah parti yang hanya menang 7-8 kerusi keluar dari gabungan parti yang memerintah dan bergabung pula dengan parti pembangkang. Kalau itu berlaku, sudah tentu parti yang memerintah akan runtuh. Dan kalau itu tidak berlaku, apa jadi kalau ada yang meletak jawatan atau ada yang meninggal dunia ? Katalah setiap pilihanraya kecil yang diadakan selepas itu, calon yang menang adalah dari parti pembangkang. 

Ringkasnya semakin tipis majoriti kemenangan parti yang memerintah maka semakin tinggi risiko pujuk rayu, beli membeli, lompat melompat akan berlaku  dan kerajaan memerintah akan bertukar ganti setiap masa.  Anda tentu boleh membuat kesimpulan apa akan jadi kepada ekonomi, pelaburan dan seterusnya kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Ada orang bertanya saya, apakah senarionya kalau Pakatan Rakyat kalah teruk dengan BN memenangi  lebih 2/3 kerusi Parlimen. Saya tidak risau sangat. Kalau ada mereka yang marah dan kecewa itu biasalah. Kita pun biasa tengok pemain tenis yang terlalu yakin akan memang, menghempaskan reketnya ke atas padang. 

Saya tidak fikir akan terjadi seperti peristiwa 13 Mei di mana berlaku pertumpahan darah di antara orang Melayu dengan orang Cina. Saya berkata begitu kerana pada masa ini dalam Pakatan Rakyat ada tiga parti bergabung. Dalam DAP dan PKR khasnya PAS ramai calon Melayu dan ramai pengundi Melayu. Bahkan ramai juga orang bukan Melayu yang menyokong parti PAS. Ini jauh berbeza dengan keadaan pada tahun 1969 dulu. Kalau PR kalah, mereka cuma marah kepada BN dan bukannya kepada kaum-kaum tertentu kerana dalam Pakatan Rakyat sendiri terdiri dari pelbagai kaum. Tidak mungkin kaum Cina serang Melayu atau sebaliknya kerana yang mereka tidak puas hati adalah dengan BN. Dan dalam BN pun semua kaum ada.

Besar  kemungkinan mereka yang tidak puas hati kepada BN akan melepaskannya melalui tunjuk perasan jalanan seperti yang pernah mereka buat dulu. Yang ini boleh ditangani oleh Kerajaan kerana bukan semua ahli PR mampu dan mahu menyertai mereka. Tentulah ada gangguan sedikit sebanyak kepada keselesaan orang ramai terutamanya di Kuala Lumpur dan mungkin juga di beberapa bandar besar lain tapi ia cuma sementara ibarat kocakan air teh dalam cawan sahaja.

Jadi usahlah risau sangat kalau Pakatan Rakyat kalah. Kalau pun mereka menunjuk perasaan, selama mana mereka boleh bertahan kerana mereka juga harus bekerja untuk mencari makan. Dan kalau BN kalah pula, akan berlakulah peralihan kuasa seperti yang berlaku di 5 buah negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu. Kalau orang BN buat hal, tentulah kerajaan Pakatan Rakyat yang telah mendapat MANDAT tahu bagaimana hendak menangani mereka. Lagipun saya yakin dengan tahap neutrality semua penjawat awam kita.

Akhirnya saya berdoa agar mana-mana parti politik yang menang nanti biarlah menang dengan majoriti yang selesa melebih 2/3 agar kerajaan baru nanti stabil bagi memastikan negara kita terus maju dan aman damai selama-lamanya untuk diwarisi oleh anak cucu kita.

Jom kita keluar beramai pergi mengundi esok hari. Kalaulah calon yang kita undi nanti menjadi Perdana Menteri, Menteri Besar atau Menteri, kita bolehlah merasa seronok dan berkata (dalam hati) .. "satu daripada undi yang diterimanya adalah dari saya"

13 comments:

  1. Saya sudah bersedia esok tuan! Jom sama2 mengundi...

    ReplyDelete
  2. mana2 yang menang pun... semoga mampu membawa keamanan dan pembangunan pada negara..

    ReplyDelete
  3. Selamat mengundi Pakngah. Doanya keamanan dan kesejahteraan negara akan terus terpelihara walau siapa pun yang mendapat mandatnya kali ini.

    ReplyDelete
  4. Tadi mcm berat juga nak baca, baik pak ngah suruh baca juga kt fb td. Rupa ada perkara lain yg nak dikeutarakan.
    Jadi jom kita mengundi. Walaupun 1, ia sgt mempengaruhi.

    ReplyDelete
  5. lain kali lah....hahaha...
    selamat mengundi pakngah...

    ReplyDelete
  6. ASSALAMUALAIKUM ... cantik kiasan pak ngah . saya ada dengar 70% pengundi cina berpaling kpd bn ... klu pi situasi 2 , saya bimbang berlaku huru hara dlm 5 thn ... x larat lah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah juga kebimbangan saya dan semua orang yang berfikir panjang ..

      Delete

  7. Semoga negara terus aman walau siapa yang memerintah

    ReplyDelete
  8. Bangun pagi-pagi
    Esok pergi mengundi.

    ReplyDelete
  9. Salam TH, entri yang menarik penuh dgn ulasannya.
    Berharap akan ada perubahan yang terbaik menambah nilai utk rakyat.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah Pak Ngah Aina gigih keluar mengundi, satu undi Aina tetap berharga.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.