........................................................................................
Saya teringat satu jenaka tentang otak yang diceritakan oleh seseorang pada suatu masa yang agak lama dulu. Katanya kalau ada kedai jual otak terpakai, otak siapakah agaknya yang paling mahal ?
Dia kata otak orang Melayu. Sebab apa ? Sebab jarang guna, jawabnya. Lawak itu bukan lawak kosong tapi ia penuh sindiran dan penuh makna. Maknanya kebanyakan orang kita malas nak berfikir dan menganalisis. Apa yang nampak di depan mata atau didengar di telinga, itulah yang mereka percaya dan terus buat kesimpulan dan yang lebih teruk lagi sampai menyampai. Bila sampai menyampai, benda sejengkal jadi sedepa.
Berikut saya berikan dua contoh dakwaan yang tidak dapat terima oleh akal saya. Saya tidak tahu faktanya dan saya yakin yang mendakwa juga tidak tahu fakta yang tepat. Saya cuma nak bincang dari segi logik secara komensen (common sense).
Contoh 1: Najib belanja RM58 billion untuk kempen PRU 13.
Mana Ustaz ini dapat angka ini saya pun tak tahulah.
Masuk akalkah Najib gunakan RM58 billion untuk kempen PRU 13 ? Bagi saya dakwaan ini langsung tak masuk akal. Semasa saya bekerja dahulu, saya pernah dipertanggungjawabkan untuk membelanjakan peruntukan sebanyak RM10 billion yang diberi kepada Kementerian tempat saya bertugas. Peruntukan tersebut adalah siling yang perlu dibelanjakan dalam tempoh 5 tahun bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di bawah Kementerian di seluruh Malaysia.
Memang perit untuk menghabiskannya walaupun dengan bantuan JKR dan juga beratus-ratus konsultan. Itu baru RM10 billion, apalagi kalau sebanyak RM58 bilion dan dibelanjakan pula dalam tempoh bekempen yang singkat. Sayangnya ada orang kita terus percaya dan sampai menyampaikan cerita ini. Bila kita tanya dari mana dan macamana engkau dapat angka sebanyak itu, dia akan jawab "entahlah .. aku dengar orang cakap je".
Memang perit untuk menghabiskannya walaupun dengan bantuan JKR dan juga beratus-ratus konsultan. Itu baru RM10 billion, apalagi kalau sebanyak RM58 bilion dan dibelanjakan pula dalam tempoh bekempen yang singkat. Sayangnya ada orang kita terus percaya dan sampai menyampaikan cerita ini. Bila kita tanya dari mana dan macamana engkau dapat angka sebanyak itu, dia akan jawab "entahlah .. aku dengar orang cakap je".
Mereka tidak pulak bertanya, kalau BN dikatakan membelanjakan sebanyak RM58 billion untuk kempen pilihanraya, berapa banyak pula yang dibelanjakan oleh Pakatan Rakyat ? RM10 billion atau RM5 billion? Dan dari manakah sumber wang sebanyak itu ?
Terlalu banyak blog politik yang membuat rumusan tentang satu perkara berdasarkan prasangka bukan berdasarkan fakta atau fikiran yang rasional dan kritis. Saya percaya ada sebahagian blogger yang hanya bertujuan meningkatkan kunjungan ke blognya dengan menerbitkan berita sensasi agar menghasilkan pendapatan yang lumayan dari iklan yang diperagakan.
Contoh 2: 60 ribu warga Sabah masuk mengundi di Selangor dan Johor.
Contoh 2: 60 ribu warga Sabah masuk mengundi di Selangor dan Johor.
60 ribu warga Sabah masuk mengundi di Selangor dan Johor, dakwa penulis blog ini.
Ini satu lagi dakwaan yang tak masuk akal. Orang balik Haji pun sudah sesak airport. Ketibaan mereka berjarak kira-kira sebulan. Cubalah bayangkan kalau 60 ribu orang masuk ke Malaysia dalam tempoh kira-kira seminggu. Setelah saya congak-congak, ia memerlukan sekurang-kurangnya 300 penerbangan sewa khas, untuk membawa mereka datang dan menghantar mereka pulang.
Kemudian mereka perlu diangkut dengan bas untuk dihantar ke destiniasi. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 buah bas untuk tujuan tersebut. Kalau benar, tentulah jalan raya di Selangor dan Johor akan dipenuhi dengan bas-bas yang digunakan untuk mengangkut 60 ribu orang itu. Mereka juga perlu diberi tempat penginapan. Saya fikir tentulah tidak cukup semua bilik hotel yang ada di Selangor dan Johor untuk menampung mereka.
Lagi sekali akal saya tidak dapat menerima dakwaan ini. Kalau gunakan komensen (common sense) pun sudah jelas dakwaan ini adalah temberang. Sayangnya ada juga orang yang percaya. Akibat terlalu percaya, ramailah misalnya pekerja Bangla dan Nepal yang nak balik ke asrama mereka selepas tamat bekerja di kilang kena belasah.
Lagi sekali akal saya tidak dapat menerima dakwaan ini. Kalau gunakan komensen (common sense) pun sudah jelas dakwaan ini adalah temberang. Sayangnya ada juga orang yang percaya. Akibat terlalu percaya, ramailah misalnya pekerja Bangla dan Nepal yang nak balik ke asrama mereka selepas tamat bekerja di kilang kena belasah.
Tuan besar mereka yang menggembar-gemburkan pembohongan ini, tidur nyenyak dirumah atau hotelnya sedangkan pengikut mereka silap-silap kena tidur dalam lokap atau penjara.
Saya terlalu ingin percaya tuduhan dari Pakatan Rakyat adalah benar tapi saya perlukan bukti. (Entri ini ada mengajarkan cara-cara mengumpul bukti). Kalau tak ada bukti yang lengkap, sekurang-kurangnya tuduhan itu biarlah masuk akal dan boleh diterima oleh komensen. Bukan semua orang boleh diperbodohkan pada setiap masa. You can fool some people sometimes. But you can't fool all the people all the time. Kalau anda mahu percaya, terserah tetapi saya belum lagi.
Seterusnya lihatlah gambar-gambar pemimpin-pemimpin kita untuk renungan mereka yang tak ada kerja lain, melainkan nak membelasah puak lawan.
mmg....tokok yg jadipemimpin tu elok jer beramah mesra dgn yg berlainan parti,,,,pengikut jer yg lebih sudu dari kuah
ReplyDeletetu lah pasal ..
Deletesaya terbaca ada yang menemuramah bangla yang nak balik ke negara asalnya selepas selesai pru13 di klia. soalan diajukan dalam bahasa melayu, dan bangla itu dikatakan menjawab dalam bahasa melayu juga. logikkah bangla import boleh berbahasa melayu dalam sehari dua? haruskah saya percaya ini?
ReplyDeleteDah hantar trainer buka kelas bahasa kat sana kot...hahaaaa...
Deletehanya orang yang rasional dan berfikiran kritis macam awak, akan ternampak perkara itu.
DeleteTiba2 saya teringat sembang kosong saya dan suami.
ReplyDeleteDalam sibuk berkempen pilihanraya seseorang membisikkan pada Pak Tuan. Najib terima duit dari Hong Kong untuk perbelanjaan piliharaya sebanyak 7 trilion.
Pak Tuan tanya dia 'Awak tahu tak 7 trillion tu banyak mana?'
Orang tu geleng2 kepala.
Kalau Hong Kong bagi 7 trilion kat Malaysia Najib hanya perlu goyang kaki selama 5 tahun ini, rakyat akan di bayar elaun sebanyak Rm3000 setahun. Biarlah kelapa sawit kering, biarlah getah tidak tertoreh. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya. Apa yang pasti Hong Kong pula akan muflis!
Pak turut yang hanya mengiyakan sahaja. Kalau di kata langit itu berwarna merah bukan biru oleh pemimpin mereka pun mereka iyakan jugak gamaknya.
Panjang pulak komen Aina Pak Ngah.
Aina baca balik bukan Rm3000 setahun tapi sebulan.
Deletebagus komen ini .. ia berupakan info tambahan. dakwaan ini lagi dahsyat tak masuk akalnya .. kalau ditanya balik, apakah faedahnya Hong Kong buat macam itu .. tidakkah duit sebanyak itu datang dari perbendaharaan dia .. dan bolehkah dengan senang-senang ia dikeluarkan begitu sahaja.
DeleteAgaklah... Yang ketua-ketua nie relax jer happy-happy...
ReplyDeletePengikut yang gedebak-gedebuk bergaduh.
TERBAEK!!
Itulah yang saya sedih sangat .. sebab mereka telah diperkudakan .. bukan salah mereka juga kerana mereka kebanyakkannya naif dan senang dipengaruhi dengan slogan yang muluk-muluk. Saya tahu sebab saya pernah muda.
Deletemenge'post' dan berkongsi secara membuta tuli...tak gunakan akal fikir, tak buat kaji selidik..bila ditanya, tak pasti pulak kesahihan fakta. sadis.
ReplyDeletesaya pun tak faham dan kadang-kadang rasa bimbang dengan penyakit yang sedang melanda masyarakat kita ..
DeleteAssalamualaikum Pakngah..
ReplyDeleteSemuga sihat sejahtera.
Lamanya tak lawat KomenSen, macam tak jumpa jalan plak.
Masa saya kecik-kecik dulu, kalau saya tak dengar cakap
arwah mak, dia kata otak saya letak kat kepala lutut, saya cuba juga
siasat tapi tak jumpa pula otak saya kat kepala lutut,
susah-susah sangat nak siasat-siasat saya pun terus percaya ajalah...
Alaikumsalam. Cikgu saya dulu cakap jangan jadi macam otak udang .. memang saya dah jumpa otak udang tu, macamana rupa dan rasanya .. hehe.
Deleteterima kasih kerana masih lagi sudi berkunjung.
Kita punya pemikiran sama. Saya perlukan logik. kawan serumah saya selalu sangat/mungkin taksub dengan berita2 yang ditulis, tapi pada saya, kalau dari sumber yang betul, saya akan terima.
ReplyDeleteNi tak, banyak jugal keratan akhbar dan website yang diphotoshopkan. Bila check dekat official website, no such thing. Tak ada pun berita yg macam tu. banyak sangat yg photoshop.
semoga semakin bertambah ramai orang seperti awak, yang sudi menggunakan akal yang diberikan oleh Allah untuk jalan kebaikan.
Deletenak habis 2 billion setahun pun tercungap-cungap...
ReplyDeletebetul .. kita bukan boleh belanja begitu sahaja .. ada peraturan dan presedurnya yang perlu kita patuhi .. bukan main tabur begitu je.
Deletepasal tu den maleh nak baca komen yg tak masuk akal tu.. memang patut la di jual mahal.. ada otak tapi tak guna main ikut je.. sampai keluar statement den naik menyampah baca komen puak2 ni.. dalam FB..main copy paste je..
ReplyDeletesorry la pakngah lopeh ghoram lak kek sini hehe
saya pun dah mula naik menyampah .. kalau tak baca, tak tahu pulak apa yang berlaku kat 'under ground' ..
DeleteSetuju, memang banyak berita yang tidak logik, tetapi orang percaya juga, sudahlah percaya, dikongsi dan disebar lagi. Gambar-gambar juga begitu, kadang-kadang tu nampak sangat 'superimpose', tetapi tetap juga percaya bulat-bulat. Sekarang ni yang paling saya simpati ialah pegawai2 SPR. Macam-macam tuduhan yang diberi, mereka bukan orang politik, mereka hanya menjalankan tugas. Apapun, diakui sukar untuk mengubah minda orang ni. Jom para ibu bapa, kita didik anak-anak kita dari kecil supaya berfikir dengan kritis, dan ambilkira komensen
ReplyDeletetentang pegawai2 SPR itu memang saya sedih sebab Pengerusinya adalah boss lama saya yg sangat baik.
Deletemereka yang kata macam2 tu terutamanya DAP patut cermin diri sendiri dulu .. pemilihan CEC dia pun kelam kabut !
Pakcik adalah ahli pemikir yang terbaik! All make sense.
ReplyDeletetak perlu fikir sangat .. cuma guna komensen sahaja.
Delete