English-medium seen as right move: The Star - 20 Mei 2013.
Bila saja ada pihak yang mencadangkan supaya Bahasa Inggeris diperkasakan, maka akan bergemalah sokongan dari pelbagai arah.
Mengembalikan sekolah aliran Inggeris merupakan satu pilihan yang bijak, kata banyak kumpulan.
"Kalau kita mahu anak-anak kita menjadi warganegara global, tidak ada pilihan lain" sambut Wlliam Ghani Bina selaku Presiden Kesatuan Guru-Guru Sarawak ke atas saranan Datuk Seri Wong Chun Wai, Pengarah Eksekutif The Star dalam kolumnya - "On the Beat" agar kerajaan membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran seperti suatu masa dulu.
Disahut pula oleh Datin Noor Azimah Abdul Rahim, pengerusi Parent Action Group for Education (PAGE) dengan mendakwa bahasa Ingeris adalah bahasa ilmu pengetahuan.
"Disebabkan pelajar-pelajar kita tidak diajar dalam bahasa Inggeris, apa yang kita lihat adalah kehilangan peluang untuk memperolehi ilmu pengetahuan" katanya.
Kemudian lahirlah komen yang sambut menyambut dalam Twitter. Salah seorang darinya menulis ..
"Betul, ianya satu-satunya bahasa yang boleh menyatukan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia tanpa dilihat sebagai rasis"
"Betul, ianya satu-satunya bahasa yang boleh menyatukan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia tanpa dilihat sebagai rasis"
Sebelum pilihanraya dulu heboh sana sini gerakan untuk memperkasakan Bahasa Melayu dengan pelbagai program yang meyakinkan. Selepas piilihanraya lain cerita. Kita sudah menang !
Apa kata kalau saya mencadangkan supaya hanya diwujudkan sekolah satu aliran sahaja. Maknanya semua sekolah samada sekolah Melayu, Arab, Cina atau Tamil menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai bahasa pengantar (medium) kecuali dalam matapelajaran bahasa. Tindakan ini dilihat akan lebih memudahkan pengurusan, menjimatkan bajet dan lebih menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Akhirnya suatu masa nanti semua rakyat Malaysia akan cerdik atau kelihatan cerdik kerana terdidik dalam bahasa Inggeris dan boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik setanding dengan orang London !
Ulasan saya: Saya harus akui bahawa orang Thailand, orang Jepun dan orang Korea yang satu masa dulu sangat buruk bahasa Inggerisnya berbanding orang Malaysia, kini sudah mengatasi orang Malaysia dalam kefasihan berbahasa Inggeris samada dalam bentuk tulisan atau percakapan. Tapi cuba semak dahulu, adakah mereka lebih dahulu pandai menulis dan bertutur dengan baik dalam bahasa ibunda mereka sebelum mereka menguasai bahasa Inggeris ... atau sebaliknya !
Pak Ngah nanti ramailah pulak yang akan menyalak bukit dengan kata lain membelakangkan Bahasa Melayu. Dulu pun semua ini sampai pernah jadi agenda politik orang yg tak matang. Salah sorangnya semua org kenal, bila anak dia masuk tv Aina tak pernah dengar sepatah pun dia cakap Melayu.
ReplyDeletePembetulan org tu bukanlah orang politik!
Deleteentri saya ini harus dibaca dalam nada sinis ..
DeleteSaya pernah ke Thailand, 10 tahun dulu. Penguasaan Bahasa Inggeris mereka amat teruk!
ReplyDeleteSekiranya sekolah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara, makanya, para pelajar yang berada di pendalaman akan bertambah mundur dek kerana kekurangan prasarana yang seharusnya ada untuk membantu mereka menguasai bahasa tersebut.
Lagipun, pada pengamatan saya, budak sekarang sudah tidak menguasai bahasa ibunda mereka sendiri. Peribahasa yang mudah seperti "Sudah jatuh ditimpa tangga" pun tidak diketahui maksudnya.
Mengapa perlu mengejar satu perkara secara tergesa-gesa sedangkan perkara yang lagi satu yang seharusnya dikekalkan bertabur berciciran...?
Mereka yang bersetuju untuk mewujudkan aliran Inggeris ini tidak melihat masalah secara menyeluruh, hanya pada kaca mata mereka sahaja.
Hanya pandangan peribadi...
setuju dengan pandangan awak .. cuma entri ini saya sampaikan secara sinis atau sindiran.
Deletehehehe... saya tau ini hanya satu bentuk sindiran. cuma saya benar-benar tidak faham mengapa ada segelintir pihak yang terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris melebihi daripada apa yang sepatutnya?
DeleteLihatlah pada dasar PPSMI yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Adakah ia melonjakkan penguasaan bahasa Inggeris murid-murid luar bandar...?
Salam bahagia al-lavendari
ReplyDeleteApa kata? Alahai, lidah sudah amat kelu untuk berkata-kata!
Kalaulah segala tenaga dan kebijaksanaan kita semua ditumpukan benar-benar ke arah memperkasa dan mendaulatkan Bahasa Kebangsaan (yang kebetulan dipersetujui merupakan Bahasa Melayu) serta pendidikan yang mengunakan bahasa itu, setelah lebih lima dekad negara merdeka, tentulah lidah pun sudah tidak perlu lagi mengulang-ulangi lagu Bahasa Jiwa Bangsa.
Salam kembali.
DeleteNampaknya nasib BM akan terus dipolitikkan (dipermainkan) seenaknya untuk faedah orang/pihak tertentu.
sekolah rendah elok banyak guna bahasa melayu je. masuk sekolah menengah baru banyakkan bahasa inggeris. bukan semua orang bernasib baik dapat ibubapa yg tau bahasa inggeris. boleh ajar anak dari kecik guna bahasa tu. sekolah dulu takat darjah 5 je. kalau nak ajar jawi boleh la. tapi jgn la anggap orang yg makpak tak belajar tinggi anak pun tak cerdik. ramai je dapat belajar oversea tapi ibubapa dulu tak sekolah.
ReplyDeletenak buat macam mana. nak mintak keje semua nak suruh speaking london. padahal syarikat tu kadang2 99% guna bahasa melayu. english tu asal boleh faham sudah. tapi nak juga interview dalam english. dlm kerja pointer gempak tapi takleh speaking akan dipandang sepi. sapa yg boleh speaking berabuks walau pointer tak seberapa akan lebih diutamakan. entah la org kita ni pandang sapa pandai speaking akan dikata bijak. tapi kalau nak pergi jauh dlm bidang korporat/nak jawatan tinggi dlm syarikat kena la mampu speaking kan. boleh la deal dgn orang luar =)
tapi kalau ikut kata kawan saya yg belajar negara yg guna english, memang kemahiran bertutur bahasa mereka sangat penting. bijak macam mana pun kalau tak boleh buat huraian terperinci memang markah presentation sedih la. dia kata pelajar malaysia ni pandai. boleh bagi 10 point yg bagus. tapi huraian tak berapa detail. omputih pulak point dia bagi 2 je. tapi dia punya explain dah boleh buat encyclopaedia =) so markah presentation omputih lagi tinggi. nasib la markah exam gempak. boleh cover markah presentation yg tak seberapa tu.
memang jiwa kita belum merdeka sepenuhnya ..
Deletei feel stupid when i speak in malay gitu kekdahnya :) sinis sekali entry ni yer pak ngah :)
ReplyDeletePerkara ni tak pernah tamat dibincangkan. Apa yg pasti org yg mahir bahasa english juga yg untung terutama dalam bidang pekerjaan. Tak kiralah di jabatan kerajaan apalagi swata.
ReplyDeleteSalam Pak Ngah.
ReplyDeletebagi saya kita kena mahir dalam bahasa Inggeris untuk dapatkan ilmu dan kita sama-sama kena terjemah dalam bahasa Melayu untuk lebih menghayati.
kita jugak kena semai untuk melatih untuk belajar teknologi dalam bahasa Inggeris tetapi input untuk inovasi teknologi dalam bahasa Melayu.
lebih cool rasanya dalam 30 40 tahun akan datang, inovasi teknologi bertambah dengan menggunakan bahasa ibunda.
tapi tak pastilah pendapat ni realistik atau tidak...
hehe.
:)
kalau susah sangat .. terlalu banyak sorong tariknya .. elok juga difikirkan cadangan agar semua sekolah aliran Inggeris.
Deleteassalamualaikum ... saya lebih suka jika sekolah rendah di malaysia ni hanya ada satu jer , sekolah kebangsaan . Di mana semua bangsa berada di dalamnya . maka dapatlah kita mengeratkan perpaduan dan menjauhi perkauman ! melayu belajar bercakap bahasa tamil dan cina dari rakan2 mereka ... we are 1 malaysia !
ReplyDeleteisu ini telah dibincang banyak kali .. tapi pi mai pi mai, dok tang tu juga.
Deletebahasa inggeris saya berterabur...tp sy suka kutip balik !.
ReplyDelete