Thursday, May 16, 2013

ADA PENGERUSI SURAU LEBIH PANDAI DARI MENTERI BESAR.



  Gambar hiasan hasil carian Google.

Sedikit masa dulu, berlangsung pemilihan pengerusi surau yang baru di taman perumahan saya dan ia dibuat secara terbuka. Setiap jemaah diminta mengangkat tangan untuk calon yang disukainya. Calon-calon pun tidak disuruh keluar dan mereka dapat melihat dengan jelas siapa yang sokong dia dan siapa yang tidak.

Selepas selesai pemilihan, tidak pula pengerusi surau halang orang yang tak sokong dia dari bersembahyang kat surau. Dia juga tidak halang orang yang tak undi dia dari menikmati jamuan yang diadakan sebab dia tahu bukan duit dia yang buat surau dan membayar harga makanan itu semua. Kalau di jemput, dia tetap juga pergi ke kenduri di rumah orang yang tidak undi dia hari tu.

Saya rasa elok Menteri Besar dari satu negeri tu datang berjumpa pengerusi surau kami untuk belajar adab berdemokrasi.



14 comments:

  1. Replies
    1. sudikah awak tolong sampaikan salinan ini kepada dia ?

      Delete
  2. hahahha saya tahu sapa! saya tahu!(sambil angkat tangan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa saya pun tahu siapa yang awak tahu .. hehe

      Delete
  3. Hebat Pengerusi surau tempat abang tu. Seorang yg berjiwa besar. Badan dia besar juga ke bang? .... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. badan dia memang besar dari awak .. dan dia muda dari abang.

      Delete
  4. Salam tuan..maafkan saya lama tak men dropkan komen di sini..Pakngah sehat?..Pakngah tolong sampaikan salam saya pada keluarga sana yea..

    Ehem ehem, rasa rasanya saya tau siapa yg terkena tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      terima kasih kerana sudi singgah. Pakngah harap awak sihat dan tenang menjalani kehidupan sekarang ini.

      bujal dah beri hint kat atas tu siapa dia .. hehe.

      Delete
  5. saya datang untuk tumpang baca jer, nak komen pun taktau nak cakap apa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. serupalah .. saya pun selalu pergi tumpang tengok makanan kat blog awak .. nak komen pun tak tahu nak tulis apa. hehe.

      Delete
  6. Bagi tahu juga kat org itu... org yang tidak menyokong itu pun sama2 membayar cukai dan lain2 cukai yang telah ditetapkan... minta dia pilih siapa geng dia sahaja wajib perlu membayar cukai amacama?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.