Monday, May 6, 2013

JAWAPAN KEPADA MOHD ASYRAFF.

Di bawah saya perturunkan sepenuhnya komen yang agak panjang dari Sdr Mohd Asyraff yang boleh menerangkan dengan sendiri maksudnya. Ia sebagai reaksinya kepada entri saya yang ini. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana sudi singgah dan memberi pendapat dengan ikhlas.
.............................................................................

islam memang untuk semua..tp nak tanya sikit kerajaan sekarang betul2 mngikut cara islam ke? nak ke kite ikut sorg pemimpin yang tak ada pegangan tentang islam? INGAT.. Ayat al-quran sendiri dah memberitahu kita,Kita akan dibangkitkan dengan imam kita.. jangan terikut sangat dengan org2 bawahan Pas yang kadang2 tngk pon tau da tak betul,tapi tngk lah pemimpin PAS sendiri.. orgnye macamane,kenali lah TGNA pedulikan kata2 org yang tak berilmu dalam parti tuh.. baru kite tau ape yang diperjuangkan die.. n kerajaan kita skrg? pedulikan ape org bawahan Kerajaan kata.. kite kenali siapa n ape yang pemimpin kerajaan kite buat? betul ke mengikut care islam? bukan Kite nak jual NAMA ISLAM dalam parti.. tapi siapa lagi yang nak perjuangkan islam kalau bukan TGNA????ke korg lah perjuangkan blhh???? senang kate.. dalam negara kite ade tariqat,ade tabligh,ade jugak tempat2 belajar agama.. tapi yang ni smua untuk mengingati org dan belajar mendalami islam.. siapa yang nak perjuangkan islam dalam negara? JADI tolong TENGOK PEMIMPIN,bukan Tngk org BAWAHAN yang jadi pengikut semata2.. Wallahu'alam
ReplyDelete

Replies 

al- lavendariMay 5, 2013 at 9:08 AM

    Insya-Allah saya akan cuba jawab komen anda dalam satu entri khas bila saya ada kesempatan kerana jawapan saya mungkin agak panjang nanti dan juga untuk faedah lebih ramai orang.
    Delete

...........................................................................................................................

Berikut adalah ulasan dan penjelasan saya pula seperti yang dijanjikan dalam   entri tersebut.
  
Saudara Mohd Asyraff ! Sebelum kita mahu beribadat, bermuamalat atau bersahsiah kita perlu ada ilmu. Ilmu yang pertama wajib ada kepada kita semua adalah ilmu tauhid kerana ia merupakan asas. Kalau pegangan tauhid kita tidak kukuh apalagi kosong, maka kita akan mudah terpesong atau tersesat. Saya petik sebahagian dari  entri saya sebelum ini yang saya rasa sangat berkaitan seperti di bawah:

" Selanjutnya saya petik tulisan yang sangat menarik dari buku "Minhajul Abidin - Wasiat Imam Ghazali" akan kepentingan menuntut ilmu, seperti berikut:

" ... Terdapat sebuah cerita yang mengisahkan tentang dua orang lelaki, yang seorang adalah orang yang berilmu yang tidak pernah beribadat dan seorang lagi adalah orang tidak berilmu tetapi menjalankan ibadat. Kemudian, keduanya diuji oleh seseorang tentang berapa kadar kejahatan bagi kedua orang tersebut. Maka, si penguji itu pun mendatangi keduanya dengan mengenakan pakaian yang megah.


Dia berkata kepada orang yang rajin beribadat: "Wahai hambaKu, aku telah mengampuni seluruh dosamu. Maka sekarang engkau tidak perlu beribadat lagi". Ahli ibadat menjawab: "Ooooh, itulah yang aku harapkan darimu ya Tuhanku". Ahli ibadat menganggap si penguji sebagai Tuhan, sebab dia tidak mengetahui sifat-sifat sebenar Tuhannya.

Selanjutnya, sang penguji mendatangi orang yang berilmu, yang ketika itu dia sedang minum arak. Penguji berkata: "Wahai manusia, Tuhanmu akan mengampuni dosamu!". Dengan geram dia menjawab: "Kurang ajar ! (sambil mencabut pedangnya), engkau fikir aku tidak kenal siapa Tuhan".

Demikiannlah, orang yang berilmu tidak akan mudah tertipu dan sebaliknya orang yang tidak berilmu begitu mudah tertipu dan terpedaya ...

Entri penuhnya di sini.


Sekarang saya nak tanya 3 soalah  kepada saudara Mohd Asyraff:

1. Kalaulah suatu hari nanti TGNA meninggal dunia (sebagaimana juga kita semua), apakah Islam juga akan turut mati bersama beliau sekiranya tiada pengganti yang mempunyai wibawa, ilmu, kewarakan dan budi pekerti  seperti beliau ?

2. Kalaulah parti PAS dibubarkan atas sebab-sebab luaran atau dalaman, adakah Islam tidak selamat kerana tiada siapa lagi yang akan memperjuangkannya ?

3. Kalaulah parti PAS kalah dalam semua kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkannya dalam PRU yang lalu, apakah Islam juga turut kalah?

Bagi saya kalaulah TGNA meninggal dunia, Islam akan terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia kerana Islam tidak bergantung kepada seseorang individu.

Sekiranya Parti PAS kalah di Kedah atau  Husam Musa kalah di Putrajaya; itu bukan bermakna orang Islam menolak Islam tapi yang ditolaknya ialah parti yang bernama PAS dan orang yang bernama Husam Musa. 

Sekiranya parti PAS terbubar atau tewas di semua kerusi dalam pilihanraya yang lalu, itu tidak bermakna Islam terbubar atau Islam kalah. Yang terbubar atau kalah adalah Parti PAS dan ia tidak ada kena mengena dengan Islam.  Itulah sebabnya saya tidak setuju nama Islam dihubungkaitkan dengan mana-mana parti politik kerana ia akan merosakan imej atau kesyumulan Islam itu sendiri.

Saya juga sebagai orang layak dipanggilnya ayah, ingin menyampaikan sedikit pesanan kepada Saudara Asyraff (dan juga untuk diri saya sendiri) supaya jangan bersifat riak dan takabbur kerana sikap itulah yang ditapis terlebih awal dari sifat ikhlas oleh Malaikat yang bertugas di langit sebelum amalan kita dipersembahkan kepada Allah swt. Saya berkata demikian (maafkan saya jika telahan saya itu silap) ialah kerana saya tercium ada sedikit unsur riak dan takabbur itu dalam ayat  saudara yang ini (saya petik):

 ke korg lah perjuangkan blhh???? 
 
Semoga kita semua di beri taufik dah hidayahNya agar kita sentiasa berada di jalan yang lurus ... "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat". (Surah al-Fatihah, ayat 7 ). Allahuaklam.

13 comments:

  1. assalamualaikum ... org berilmu melontarkan pandangan dan pendapat mengikut akal fikiran dan ilmu . Org tak berilmu pula membiarkan perasaan dan nafsu mengawal pemikirannya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sebablah menuntut ilmu itu wajib bagi semua orang ..

      Delete
  2. sy kurang arif hal politik, juga masih dangkal ilmu agama, cuma sebagai insan yang memerhati dan mengalami, sy rasakan ketidakadilan berlaku di dalam semua parti politik....

    mungkin pemimpinnya bagus, pelaksananya kurang bagus, yang pelaksana bagus, sayangnya pemimpin tidak sehebat mana...

    yang penting, keamanan dan kemajuan yang kita mahukan... apa parti pun, bila bersolat, niatnya tetap sama......, kalimah syahadah pun sama..

    dan yang makan gaji macam saya, siapapun pemerintah, tetap bekerja...... macam hari ni, HR lebih berkuasa menentukan hari ini adalah hari kerja seperti biasa... kalau ada cuti yang diwartakan, bakal diganti pada hari lain..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong. tiada parti politik yang perfect.

      kalau sokong parti A. janganlah rasa semuanya baik. sebab mungkin ada cacat celanya juga.

      begitu juga kalau sokong parti B.

      after all kita sama saja.
      cuma kita diberi kebebasan untuk memilih. jadi pilih sajalah.

      Delete
    2. setuju. yang sempurna hanyalah Allah sahaja. Demokrasi memberi rakyat pilihan. Kalau sepakat atau mahu yang begitu atau begini jadi YB atau PM, kita haruslah terima kerana kita telah memilih demokrasi dalam menentukan pemimpin kita.

      Delete
  3. “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”. inilah pegangan kita. Iman dan amalan sesorang hanya DIA yang mengetahui. Timbangan diSANA penentunya. Bukan oleh parti tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. dosa pahala yang kita terima adalah atas perbuatan kita. orang lain tak boleh tolong.

      Delete
  4. Assalamualaikum pakngah
    lama sya cuma menjadi pembaca di sini
    pertama tahniah diatas apa yang pakngah tuliskan dan sampaikan disini
    bagi sya tak ubah,ibarat seperti pesan seorang ayah kepada anaknya
    meninggalkan pesan melarang dan memberitahu akibatnya perbuatan nya
    pakngah natijahnya pru 13 semalam, sya sebagai penyelia yang bertugas dari jam 4.30 pagi 5.5.2013 cuma selesai jam 2.00 ++ pagi tadi 6.5.2013
    Sya tahu ,sya nampak dan rasai kesan dan apa yang di katakan tsunami kebangkitan kaum cina
    terutama generasi muda mereka, sedarlah wahai kaum ku bersatulah demi sebuah negara Malaysia yang dicintai,janganlah menjadi Melayu yang layu,leka bermusuhan yang membawa kehancuran,kemusnahan dan sebuah kerugian bersatu kita teguh bercerai akan robohlah segalanya
    pakngah sya tulis komen ini
    airmata sya laju mengalir di pipi ,kerana melihat sendiri apa yang berlaku di depan mata, demi keselamatan dan keamanan negara yang tercinta juga ,sya terpaksa berpisah dengan anak anak ,suami dan keluarga dari jumaat lepas hingga hari ini dan tetap berada dibarisan hadapan walaupun sya sedang alami alahan awal kandungan yang masuk ke 3 bulan,sehari mata di pejam hanya beberapa jam walaupun ramai yang mengasihani diri dan keadaan sya, namun kerana sebuah negara yang menjadi tanah tumpahnya darah sya serta terletaknya masa hadapan keturunan sya dan kaum Melayu,maka ketepikan segala kepentingan & keadaan diri,
    perjuangan mengekalkan dan memastikan keamanan tetap dalam semangat sya
    TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA DAN TAK AKAN MELAYU MEREMPAT DI NEGARA SENDIRI
    ini janji sya yang pasti demi kedaulatan dan keamanan negara sya dan kita semua yang satu MALAYSIA TANAH AIRKU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya hargai komen ini kerana ia datangnya dari orang dari barisan hadapan .. orang lain mungkin hanya mendengar sahaja tetapi tidak merasakan apa yang awak rasakan.

      terima kasih kerana berkongsi. pakngah juga berkongsi sentimen yang sama.

      Delete
  5. Salam Pakngah.,

    Izinkan saya melontar sedikit pandangan. Saya adalah pengundi di Putrajaya. Kehadiran Husam Musa amat dinanti oleh sesetengah penduduk di sini. Provokasi dan iltizam parti tersebut amat agresif untuk menang di putrajaya. Apa yang menyebabkan mereka tidak menang walaupun menonjol seolah-olah sebagai parti yang memperjuangkan islam. Salah satu manifesto Husam Musa (HM) adalah menyelesaikan masalah air keruh di Putrajaya (walaupun bukan semua presint mengalami masalah ini). Saya terpanggil untuk mengajak penyokong HM berfikir. Dialognya seperti berikut:

    Saya : Apakah?? Benarkah?? Bolehkah?? kerana apa, minta maaf cakap, selama parti tersebut memerintah di negeri timur sana, masalah air kotor dan berkeledak masih belum diselesaikan. Sebab apa?

    Penyokong HM - Sebab itu adalah salah kerajaan pusat yang menyekat pemberian RM100 juta geran dan juga royalti minyak kepada negeri tersebut.

    Saya - Dan, apakah tindakan pemimpin negeri tersebut untuk menyelesaikan masalah dan AMANAH yang telah diberikan oleh rakyat mereka?

    Penyokong HM - Ini semua kerajaan pusat yang salah. Sengaja menganiaya rakyat!! Kalau diberi geran tersebut, bolehlah selesai masalah air tu..

    Saya - Pada pandangan saya, sekiranya tiada PEMBERIAN geran sekalipun, tidakkah kepimpinan negeri tersebut berusaha cara lain untuk menyelesaikan masalah rakyat? Rakyat yang majoriti beragama islam yang menyokong perjuangan mereka selama ini. Tiada cara lainkah? Atau pemimpin2 ini hanya pandai bercakap dari buat kerja? Banyak kaedah lain, salah satu, buatlah pinjaman dengan negeri PR yang dikatakan kaya dengan kutipan hasil seperti Selangor dan Pulau Pinang. Tidak boleh bekerjasama kah negeri2 di bawah PR walaupun katanya memegang manifesto negara berkebajikan? Kalau kerajaan pusat sendiri boleh membuat pinjaman untuk pembangunan negara, kenapa mereka yang dikatakan memperjuangkan negara kebajikan tidak boleh? Sebagai ISLAM, janji mesti ditepati. AMANAH dan JANJI yang diberi harus dipikul bukan ditolak ketepi dengan pelbagai alasan. Bagai mana sekiranya mereka menang di Putrajaya, masalah air tidak boleh selesai dan akan MENUNDING JARI kepada kerajaan pusat juga kah kerana tidak boleh selesai?

    Ini hanya sedikit kupasan dari perbincangan ilmiah dengan penyokong tersebut. Belum lagi dengan pelbagai 'gula2' yang dijanjikan kepada penduduk Putrajaya yang pada pandangan saya bangak 'mementingkan diri sendiri dan keluarga' tanpa memikirkan nasib dan hala tuju generasi yang akan datang di Putrajaya 5 tahun ke 100 tahun akan datang. Sentiasa beringat, kita di dunia ini tidak lama mana pun, apa yang penting, kesinambungan generasi akan datang untuk meneruskan hidup dan mentadbir Malaysia ini supaya semua rakyat hidup dalam keamanan dan keharmonian. Insyaallah.

    Cakap dan menabur janji memang senang, tapi untuk melaksanakan dan memastikan ia berjaya, hanya pemimpin yang benar2 ikhlas berjuang sahaja mampu untuk merealisasikannya tanpa sebarang ALASAN! Lain kalilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baca dua tiga kali komen awak, takut silap pemahaman. pekerjaan yang paling mudah ialah 'menyalahkan orang' dan pekerjaan yang paling seronok ialah 'mencari kesalahan orang'.

      saya teringat pepatah Melayu lama .. 'kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi'.

      Delete
  6. Aina cukup takut dengan orang yang tidak berilmu tetapi ingin menegakkan kebenaran, zaman sekarang ramai orang seperti ini. Menggunakan emosi bila bercakap.

    Islam melibatkan akidah yang kita pegang, tanpa parti akidah tetap perlu kita pertahankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat .. kalau tak ada parti yang bernama Islam, adakah Islam tidak selamat ?

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.