Friday, December 28, 2012

TUNTUTLAH ILMU SEBELUM BERIBADAT.



Beribadat tanpa ilmu adalah sia-sia manakala berilmu tetapi tidak beribadat adalah rugi. Dengan itu menuntut ilmu dan beribadat adalah sama-sama penting bak kata Imam al-Hassanul Basri:

"Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadat. Dan beribadatlah tanpa melalaikan tuntutan mencari ilmu"

Namun begitu yang manakah yang patut didahulukan. Tentulah menuntut ilmu perlu didahulukan sebelum beribadat agar segala ibadat kita sempurna syarat dan rukunnya moga-moga diterima oleh Allah SWT. Insya-Allah.

Selanjutnya saya petik tulisan yang sangat menarik dari buku "Minhajul Abidin - Wasiat Imam Ghazali" akan kepentingan menuntut ilmu, seperti berikut:

" ... Terdapat sebuah cerita yang mengisahkan tentang dua orang lelaki, yang seroang adalah orang yang berilmu yang tidak pernah beribadat dan seorang lagi adalah orang tidak berilmu tetapi menjalankan ibadat. Kemudian, keduanya diuji oleh seseorang tentang berapa kadar kejahatan bagi kedua orang tersebut. Maka, si penguji itu pun mendatangi keduanya dengan mengenakan pakaian yang megah.

Dia berkata kepada orang yang rajin beribadat: "Wahai hambaKu, aku telah mengampuni seluruh dosamu. Maka sekarang engkau tidak perlu beribadat lagi". Ahli ibadat menjawab: "Ooooh, itulah yang aku harapkan darimu ya Tuhanku". Ahli ibadat menganggap si penguji sebagai Tuhan, sebab dia tidak mengetahui sifat-sifat sebenar Tuhannya.

Selanjutnya, sang penguji mendatangi orang yang berilmu, yang ketika itu dia sedang minum arak. Penguji berkata: "Wahai manusia, Tuhanmu akan mengampuni dosamu!". Dengan geram dia menjawab: "Kurang ajar ! (sambil mencabut pedangnya), engkau fikir aku tidak kenal siapa Tuhan".

Demikiannlah, orang yang berilmu tidak akan mudah tertipu dan sebaliknya orang yang tidak berilmu begitu mudah tertipu dan terpedaya ...

Kesimpulannya, ilmu memang merupakan inti (asas) yang perlu didahulukan dan kemudian diikuti dengan ibadat. Ini kerana, ibadat tanpa ilmu akan dihinggapi banyak penyakit yang merosakkan. Mengetahui dahulu zat yang harus disembah, baru kemudian menyembahNya.  Tanpa mengetahuiNya akan menimbulkan suul khatimah (mati tanpa beriman kepda Allah) dan hasilnya ibadat itu menjadi sia-sia belaka ... " 


Minhajul Abidin - Wasiat Imam Ghazali, Terbitan Victory Agencie, 2004. Muka surat 21-22.


Sekian. Moga-moga entri ringkas ini ada manfaatnya kepada kita semua.

8 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian.....ilmu baru di hari jumaat... :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Terima kasih pakngah dengan entri ni

    ReplyDelete
  3. Sangat indah perkongsian pagi ini.
    Dengan ilmulah mata hati kita tidak buta.

    ReplyDelete
  4. cerita ttg dua org lelaki dan sipenguji itu bagaikan tiada berkesudahan, kan..
    sampai hari ini masih boleh terjumpa sikap yg begitu...ada yg masuk ke mesjid kerana mengikut2 dan ramai juga yg masih seronok dengan kemungkaran sedangkan diri mereka berilmu...

    tp apa nak dikata, kerana apa yg akan terjadi pada penghujung hayat setiap dari kita, dan bagaimana penutup cerita riwayat kita, hanya Dia saja yg tahu...

    terimakasih atas perkongsian ini, moga dpt dimanafaatkan bersama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka komen ini .. sangat benar sekali. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa cintakan ilmu dan tekun beribadat hingga ke akhir hayat.

      Delete
  5. Terima kasih pakcik krn berkongsi kisah...

    ReplyDelete
  6. KITA MEMANG KENA SELALU MENUNTUT ILMU.. KADANGKALA IBADAT YANG KITA BUAT, KITA SANGKAKAN BETUL, NAMUN SEBALIKNYA. WALLAHUAKLAM..

    ReplyDelete
  7. Ilmu..iman..amal...
    Ni ustaz saya ajar dulu..:)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.