Saturday, December 22, 2012

BERCUTI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN.



Adapun tujuan kita pergi bercuti adalah untuk melepaskan ketegangan fikiran dan merehatkan badan dari tugas harian ( orang putih kata "to unwind").

Akan tetapi setiap kali saya nak bercuti atau sedang bercuti atau balik dari bercuti, fikiran saya bertambah tegang dan badan saya bertambah penat. 

Saya beritahu kenapa ?

1. Duit habis beli tiket, hotel, membeli-belah, hilang, kena curi, kena tipu  dan orang pesan beli barang.

2. Rumah tinggal  - risau takut ada orang curi atau dihempap pokok semasa ribut atau atap bocor semasa hujan.

3. Ikan/kucing/burung/gajah peliharaan tinggal. Harapkan jiran atau saudara tolong beri makan. Entah dia beri makan atau tidak, entah cukup atau tidak. 

4. Kesian kat pokok bunga dan pokok terung tak ada siapa nak siram. Kalau harapkan jiran atau saudara, masalah seperti no. 3 di atas akan berulang.

5. Leceh kena buat atau perbaharui paspot. Kena cari parking, kena ambil nombor, kena beratur, kena bayar, kena sembur.

6. Bangun pagi nak kejar flight. Ini satu yang saya cukup terseksa. Kadang-kadang flight jam 5.30 pagi. Kena bangun 2 pagi, tidur pula jam 1 pagi lepas packing kain baju.

7. Kalau kena 'air pocket' atau ribut semasa di udara, bila turun kapalterbang, pening 4-5 hari. Pergi bercutinya pula cuma 3-4 hari je. 

8. Nak cari makanan halal dan menepati selera kerap juga menjadi satu masalah besar. Kadang-kadang terpaksa berjalan berbatu-batu baru jumpa. Bila balik hotel dah lapar balik.

9. Kaki melecet dan seluruh badan letih dan longlai. Ini khusus bagi Warga Emas yang malas bersenam.  Nak pulih kembali kena tiga empat minggu jugak.

Itu dalam kes sayalah - orang lain saya tak tahu. Adakah anda serupa ? 

Harap-harap tidaklah begitu, nanti tak ada pulak orang nak pergi melancong. Tetapi kalau serupa, bolehlah kongsikan di sini. Saya boleh senaraikan banyak lagi sebab-sebanya tapi cukuplah setakat 9 sebab dari saya.

 .....................................................................................................

Nota kaki: Entri di atas diilhamkan dari soal-jawab saya dan Ida Mahmud seperti di bawah:




28 comments:

  1. Dilemma bila pergi bercuti.. Apa pun kalau paras keseronokkan lebih tinggi dari kerisauan & kepenatan, percutian tersebut dikira berbaloi! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. keseronokan itu walaumacamana pun ketinggian parasnya, akan terhapus juga oleh perkara-perkara yang saya sebutkan itu ..

      Delete
  2. Harap...perkara positif saja pakngah,almaklum kami selalu tiada di rumah...duit kenalah usaha mencarinya kalau nak holiday,yang lain kita usahakan sebaik mungkin sebelum holiday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bercerita berdasarkan pengalaman .. memang pun saya positif, kalau tidak satu tempat pun yang tak akan pergi. tapi sebab2 yg saya nyatakan itu tidak boleh dipejamkan sahaja.

      Delete
  3. saya suka bercuti dengan memerap dlm rumah. hanya keluar buang sampah je. sebelum bercuti tu, pastikan bekalan makanan adalah mencukupi. nah... tergolek-terlentang-bergumpal kami anak beranak hihihi!!
    tapi, bila ada lebihbajet tu, bawak jugak anak2 bercuti diluar. lepas tu alami sebahagian perkara2 di atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sudah terjebak dengan kesukaan bercuti dalam rumah ... hehe

      Delete
  4. nak ada duit tapi tension atau takde duit tapi happy?
    saya tengah tension habis duit dan happy dpt berjalan sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokcik cerita keadaan diri pokcik sekarang .. kalau masa muda-muda dulu, orang tak beri pun pakcik nak pergi.

      Delete
  5. kalau betul perancangan, In Sha Allah tak stress. Tapi kdg-kdg yg dirancang tak jadi sebab Allah SWT punya rancangannya yg tersendiri. Time tu baru stress kot .. tapi tak pe .. i'm sure Pak Ngah kalau stress pun sekejap je .. tak lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rancang macamana pun, sedikit sebanyak perkara yang disebutkan berlaku juga ..

      tapi betul kata awak, pakngah stress pun sekejap sahaja .. bila hilang letihnya, mulalah bercadang nak ke sana sini.

      Delete
  6. Kalau saya pulak lebih tertekan kalau tengah bercuti dapat panggilan masalah di tempat kerja. Lepas balik bercuti kita pulak kena selesaikan masalah tu sebab orang yg bertanggungjawab sedang beruti....haih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. point itu memang sangat betul .. tetapi ia tidak lagi berkenaan dengan pakcik kerana pakcik telah bersara.

      Delete
  7. kalau bercuti kena fikir
    apa yg di perolehi masa bercuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah senarai perkara yang bakal kita perolehi ..

      Delete
  8. Saya rasa hari minggu saya kalo boleh nak duk umah je..nak gi kenduri kahwin pun malas...jem sana sini...boring la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. bila kena jem, di dalam hati bersungut .. "buat apalah aku pergi ke sini" - lebih2 lagi kalau dah lama tak kena jem !

      Delete
  9. hahahaha..poie PD aja uncle...dokek pun dokek..takyah tido hotel, boleh balik hari aja...ekekeke

    point dari saya: - bila kita tiba di epot, nak hire car rental, debit card kita tak boleh dibaca oleh semua car rental company! Saya dah kena tahun 2011 di Perth!! Mmg panik masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu satu point lagi yg mempanikan kita tak tentu pasal.

      pakcik selalu pergi memancing kat PD.

      Delete
  10. Ha.. Ha.. Betul tu tuan.

    IM pun bercuti hari ni. Dan sikit stress sebab hotel ini tidak mesra ibu_suri. Ingat nak hotel murah tambah pula tuan punya hotel ni orang Islam kita punya tapi....

    harga yang sama oleh hotel milik bangsa asing jauh lebih baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersabar sahajalah .. nak buat macamana lagi !

      Delete
  11. untuk kurangkan risau, tak payah laa kite membela kucing atau tanam pokok, dan gi bercuti senyap2 je. Balik karang baru citer kt orang. Hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu nasihat yang baik .. awak nak kucing2 dan pokok2 uncle tak ?

      Delete
  12. uishhh..kalau gini lah keadaannya memang akan menimbulkan ketegangan selepas bercuti..betul sebab sy tenguk staf2 kat opis ni pun bila balik dari bercuti makan2 angin, masuk opis lambat..dah tu siap ckp penat dan pening..aikkkk sy naik hairan sepatutnya balik bercuti lebih ceria p sebaliknya..rupanya sebab2 yg dinyatakan di atas!

    ReplyDelete
  13. Saya tak tahu bagaimana nak pastikan entri al-lavendari ini tidak sampai ke pengetahuan YB Dr Ng Yen Yen. Takut dia pula tegang fikiran + resah gelisah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eloklah kalau sampai ke pengetahuan dia supaya dia lebih peka lagi dengan masalah2 seperti yang saya sebutkan itu .. dia tak akan tegang fikiran sebab dia menteri.

      Delete
  14. Sebahagian yg Tuan Haji tulis tu saya alami juga. Tapi dari segi mental, saya rasa lapang dan ringan fikiran bila balik bercuti.

    Bercuti salah satu hobi saya. Sekarang bila dah pencen bila saya tanya teman hidup saya "bila kita nak bercuti" selamba jer dia jawab cuti apa, "nak cuti aper, kitakan dah pencen, hari2 kita cuti. " Konon2 tak faham maksud saya..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali ubah pertanyaan itu .. misalnya:

      "bila kita nak pergi Paris ?" atau "bila kita nak bercuti kat Alaska ?"

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.