Ini adalah sambungan kepada entri ini yang telah lama tersimpan di dalam deraf
Hari ketiga kami di Saigon, kami memutuskan untuk membuat "City Tour" dengan agen pelancongan yang membawa kami ke Delta Mekong sehari sebelumnya. Bayaranya untuk sehari cuma USD12 seorang termasuk pengangkutan dan makanan. Sangat murah dan berbaloi.
Gambar 1: Di luar Reunification Palace (klik kalau nak tahu lebih lanjut) yang kini dijadikan muzium. Tempat pertama yang di lawati.
.....................................................................................
Selingan.
Selingan 1: "Evacuation of CIA station personnel by Air America on April 29, 1975". Saya petik dari sini.
Selingan 2: "A North Vietnamese tank crashes through the gates of the Presidential Palace in Saigon on April 30, 1975. The taking of the palace marked the fall of the U.S.-backed south and the end to a decade of fighting".
Saya petik dari sini.
.............................................................................................................
Gambar 2: Gambar ini saya nak cerita lebih sikit. Saya berdiri di beranda istana membelakangi bandaraya Saigon yang dipenuhi pokok-pokok subur menghijau. Yang menarik hati saya dan mungkin boleh dicontohi, setiap pokok ini ada nombor masing-masing. Kalau ada yang tumbang atau condong, senanglah orang nak buat laporan kepada Dewan Bandarayanya dengan hanya menyebut nombor pokok berkenaan.
Gambar 3: Pentas tempat Presiden menerima menghadap duta-duta asing menyerahkan surat tauliah masing-masing.
Gambar 4: Sebahagian cenderamata di peragakan di satu dinding. Saya cari-cari juga kalau-kalau ada hadiah dari saya di situ.
Gambar 6: Helikopter untuk kegunaan semasa berlaku kecemasan.
Gambar 7: Di luar bangunan pejabat pos dengan senibina Peranchis.
Gambar 8: Di dalam bangunan pejabat pos yang dijaga rapi dan bersih. Terasa macam berada kat Paris pulak.
Gambar 9: Di belakang sana kelihatan bangunan seakan-akan menara Telekom di Jalan Pantai Baru atau Burj al Arab di Dubai.
Gambar 10: Di tangga ke tingkat atas pasar yang sendat dan sibuk.
Gambar 11: Di hadapan Muzium Tinggalan Perang.
Gambar 12: Di luar muzium tempat meletakan helikopter, kereta kebal dan lain-lain senjata nak bunuh orang.
Gambar 13: Sebahagian senjata yang digunakan semasa peperangan dengan Amerika dahulu.
Ada satu lagi deraf entri lawatan saya ke Saigon yang masih belum disiarkan. Lepas tu habislah kot ?
menara tu memang sebijik nampak macam menara telekom........
ReplyDeletemungkin arkitek yang sama kot !
DeleteNAMPAK MENARIK JUGA MUZIUM TU..
ReplyDeletesemua muzium menarik hati saya ..
DeleteDapat berjalan-jalan melihat negara orang memang seronok. :D
ReplyDeleteseronok tu memang seronok .. tapi bila dah tua2 ni sangat meletihkan.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletebestnya jalan2... x penah sampai sini, gambar2 ni buat saya t eruja nak pegi
alaikumsalam.
Deleteapa kata geng KKA buat trip ke sana ?
pak ngah melawat sorang-sorang ke?
ReplyDeletesaya pergi bersama dua orang kawan yang lain ..
DeleteSaya pun dah acap ke sini tapi yg saya selalu keluar masuk hanya lah pusat membeli belah..heheheehee..
ReplyDeletekalau dari KB lagilah dekat .. mungkin KL lagi jauh kot !
Deletesemua tu SA dah pi dah Pak Ngah..tp palace tu masa pergi dia x bagi masuk..amik gambar kat luar je
ReplyDeleteboleh pergi lagi kalau ndak .. bukannya jauh sangat.
Deleteselamat pagi..
ReplyDeletekawan saya pegi jugak.. satu kapalterbang dengan dia eyhh..
luas pemandangan.... seronok..
orang tua macam saya cepat letih dan tak seronok sebab banyak kena berjalan ..
DeleteAssalamualaikum pak Ngah
ReplyDeletesemasa melawat muzium perang tu...ada mat saleh tu mengeling kepalanya melihat gambar2 kekejaman US
alaikumsalam.
Deleteorang amerika ini sebagai individu memang baik tapi sebagai sebuah bangsa .. faham-faham sahajalah.
Salam Pak Ngah.
ReplyDeleteSeronoknya .
Agaknya dah berapa banyak negara yg Pngah lawati?
salam kembali.
Deletetaklah banyak sangat .. saya rasa dalam 20 buah sahaja.
terimakasih atas perkongsian pengalaman berharga ini. Saya tertarik dengan pokok bernombor dan juga suasana dalaman pejabat posnya yang luas dan bersih.
ReplyDeletememang bandaraya mereka lebih bersih berbanding tempat kita !
DeleteSeronoknya Pak Ngahh...!
ReplyDeletedulu masa kerja lagi seronok .. kerajaan bayar. hehe
Deletebetol2... pokok2 kat sana semua ada nombor.. rindu pulak nak ke sana lagi.. tempat anak2 membesar.. sedekad kami di sana..
ReplyDeletelama juga awak duduk di sana ya .. pasti anak2 pandai cakap Vietnam.
DeletePakcik, derma sikit draft entri pakcik pd sy. Sy tak de idea ni. Huuu~
ReplyDeleteawak yg tak termasuk dalam asnaf yang layak menerima derma .. hehe
Deletesakan posing2 tu :) saya suka baca keterangan setiap gambar :)
ReplyDeletesamalah kita .. saya pun suka baca .. hehe
DeleteLawak pakngah ni...senjata nak bunuh orang...ermm
ReplyDeleteye lah .. dalam perang kalau kita tidak membunuh kita terbunuh.
DeleteBersih dan cantiknya pejabat pos. Agak-agak kalau pejabat pos kita ditukar macam dalam gambar tu...layanan staf pejabat pos lebih mesra tak? hehe.
ReplyDeletebesar kemungkinannya tidak !
DeleteSalam Pakngah,
ReplyDeletepasal pokok bernombor tu, kat sini pun sama.. saya tertanya2 jugak tujuan dorang labelkan pokok tu. Now I know :D:D