Saturday, December 15, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 67 : MENGHADIRI MUKTAMAR MISG DI HOUSTON, TEXAS.

Dari 26 hingga 30 Disember, 1983 saya dan beberapa pegawai lain dari Kedutaan Malaysia, di USA telah diarahkan bertugas membuat liputan dan laporan perjalanan "Muktamar Senawi Ke Lapan, Malaysian Islamic Study Group of U.S  And Canada" di Houston, Texas. 

Pada masa itu, MISG lebih bersimpati dengan perjuangan Parti Pas dan agak kritikal dengan kerajaan BN. Saya tidak tahu apakah pendirian mereka pada masa ini.

Namun begitu, saya amat kagum dengan kemampuan penganjur yang terdiri dari pelajar-pelajar muda kita  'mengambil alih' pengurusan keseluruhan sebuah hotel 5 bintang (Hyatt Hotel, kalau tak silap saya) dan menempatkan semua delegasi pelajar yang menggotai pertubuhan ini dari seluruh USA termasuk Kanada. Mereka juga mengambil alih urusan keseluruhan dapur untuk menyediakan makanan bagi lebih 1,500 orang pelajar.

Nak jadikan cerita saya telah beselisih faham dengan seorang ketua sebuah jabatan yang datang dari Malaysia berpunca dari cara saya menguruskan seorang Timbalan Menteri, sehingga dia membayangkan untuk menghantar saya balik ke Malaysia.  Timbalan Menteri itu sebenarnya datang ke muktamar ini bukan diundang oleh MISG,  tetapi dia datang kerana kebetulan telah berada di USA pada masa itu kerana bercuti. 

Selepas habis muktamar, kami kembali ke tempat masing-masing dan saya pun balik ke Washington D.C.  Rupanya ketua jabatan yang saya ceritkan ini pun turut datang ke Washington D.C. Malangnya beliau telah tersalah tempah hotel Holiday Inn.  Sepatutnya hotel Holiday Inn  di tengah bandar tetapi dia ambil hotel kat airport. Nak buat apa !

Setelah beliau gagal menghubungi semua pegawai lain yang ditemui semasa di Houston sebelumnya, untuk mengambil dia dari hotel tersebut kerana masing-masing bermain golf, mahu tidak mahu kerana terdesak, dia telah menghubungi saya. Nombor telefon saya diperolehinya  dari salah seorang pegawai yang telah dihubunginya. Kebetulan pula saya berada di rumah pada masa itu kerana saya bukan seorang pemain golf dan untuk pergi memancing pula tengah musim sejuk.

Saya agak terperanjat juga bila dihubungi beliau selepas insiden berselisih faham itu.

Dipendekkan cerita saya dengan lapang hati telah pergi mengambilnya dan memindahkan hotelnya dan seterusnya membawa dia ke rumah untuk makan apa yang ada dan juga menghantarnya ke kompleks beli belah dan ke tempat-tempat lain yang dikehendakinya. 

Akhirnya kami telah menjadi sahabat karib dan berterusan sehinggalah saya balik ke Malaysia.


Gambar 1: Tiba di lapangan terbang Houston, Texas.


Gambar 2: Di meja hadapan nombor 2 dari kanan adalah Dato' Khalil Yaakob masa itu Timbalan Menteri Pendidikan,  sekarang menjadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Yang berkopiah putih itu penceramah dari Parti Pas yang datang dari Malaysia tetapi saya sudah lupa namanya.


Gambar 3: Dato' Khalil sedang menyampaikan ucapannya.


Gambar 4: Beratur untuk mengambil makanan. Saya cukup kagum dengan disiplin dan kesabaran peserta walaupun terpaksa beratur panjang dan makanan pula hanya untuk mengalas perut sahaja. Tidak bermewah-mewah.


Gambar 5: Keseorangan di bilik hotel memerhatikan hutan batu.


Gambar 6. Di masa senggang, kami mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar bandaraya Houston.


Gambar 7. Di hadapan sebuah arca yang menarik perhatian kami.


Gambar 8: Walaupun bandaraya Houston sudah jauh ke selatan tapi masa ini angin yang bertiup sangat sejuk .. kata orang sampai ke tulang hitam.

p/s: Walaupun saya tidak minat berpolitik, namun saya tetap mengikuti pekembangan politik. Sehubungan dengan itu, saya cadangkan anda meletakkan blog ini sebagai bloglist anda kerana ia menghimpunkan banyak sekali blog politik yang terdapat di Malaysia bagi membolehkan anda mengikuti "cakap-cakap" politik di luar sana. 

33 comments:

  1. dah 3 tahun di US belum berkesempatan lagi pergi muktamar MISG..huhu..

    ReplyDelete
  2. muktamar tahun ni diadakan waktu cuti krismas (12 hari lg di Dallas). Tiada kena mengena dgn politik lagi kerana gabungan 900 peserta dari Malaysia dan Indonesia dan kebanyakan ahlijawatankuasa dipegang oleh warga indonesia.
    Keja masak-memasak sudah bermula...

    ReplyDelete
  3. Panjang tak laporan abg mengenai perhimpunan ni?

    Boleh dikatakan setiap tahun saya menghadiri perhimpunan MISG semasa saya di US dulu termasuk yg diadakan di Houston pada tahun 1982. Perjalanan dari tempat saya belajar ke Houston mengambil masa 15 jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 1982 abang tak pergi tapi abang pergi yang tahun 1983. Maknanya 2 tahun berturut dia orang buat kat Houston ye !

      Delete
    2. Mungkin 1983 kot yg kat Houston. Abang betul tu. Saya tak simpan diari dan kat memori pun dah nak lenyap.

      Tahun sebelum tu MISG buat di Chicago kalau tak silap.

      Delete
    3. abang pun bukan ingat sangat .. cuma berdasarkan tarikh yang ada pada banner itu.

      Delete
  4. Politik dulu dengan yang sekarang ini, sama tak?

    ReplyDelete
  5. macho tu gambar pak ngah...

    ReplyDelete
  6. Wah, daripada ada perselisihan faham boleh jadi sahabat karib apabila pak ngah x berkira nak menolongnya di Washington D.C

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 ada orang berkahwin atau berbesan berpunca dari perselisihan faham !

      Delete
  7. Jap, uncle salah tulis kah tahun 2003 tu? Sebab tgk gambar2 tu, rasa rasanya tu bukan tahun 2003...hihihihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak kerana memperbetulkan uncle. Sebenarnya tahun 1983. Mungkin kerana uncle rasa peristiwa itu macam baru berlaku, tu sebab uncle tertulis 2003.

      * sebenarnya kecuaian uncle sendiri ! hehe

      Delete
  8. salam..
    lama saya tak singgah sini.
    Mak Ngah kat rumah sihat? ^___^


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. makngahnya sihat sahaja kecuali batok sekali sekala .. yang masih tak mahu nak elok-elok !

      Delete
  9. tuh la orang cakap...awal awal jangan menyampah sangat. heheh~

    ReplyDelete
  10. Assalammualikom wbt . Syukran berkongsi cerita. Dapat juga ana yang diperantawan ini membelik dan megimbau kembali cerita lama dan kisah politik Malaysia....Syabas

    JazakaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam. terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. bila nak balik ke Malaysia ?

      Delete
  11. pokcik... ni link misg tahun ni.

    http://www.muktamar12.imsa.us/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana beri link dan pokcik telah melawatnya.

      Delete
  12. hehehhee..uncle dah betulkan tahun nya :)

    ReplyDelete
  13. Pakngah hebat pesanan di akhir tu...

    ReplyDelete
  14. hampir 30 th. PakNgah masih ingat rentetan peristiwa ini.. hebat ingatan PakNgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya banyak juga detailnya yang saya sudah lupa ..

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.