Tuesday, December 18, 2012

SONYUM SOKOJAP 53 : "BOOM GATE"




Dalam satu mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan langkah-langkah untuk mencegah kejadian pecah rumah yang sedang berleluasa di sebuah taman perumahan, berbagai cadangan telah dikemukakan dan dibahaskan oleh ahli-ahli mesyuarat.

Ada yang mencadangkan pemasangan CCTV. Ada yang mencadangkan pemasangan 'boom gate'. Ada yang mencadangkan perlantikan pengawal keselamatan swasta dan ada juga yang mencadangkan supaya penduduk sendiri membuat rondaan.

Tetiba seorang peserta yang sejak mula hanya berdiam diri mengangkat tangan dan terus memberikan pendapatnya.

"Dari tadi saya telah mendengar berbagai pendapat dari tuan-tuan bagaimana hendak mengelakkan atau menghalang berlakunya kejadian pecah rumah di taman kita. Barangkali tuan-tuan lupa bahawa kejadian pecah rumah itu dilakukan oleh penjenayah. Jadi kenapa tidak kita kenalpasti sahaja penjenayah itu dan melaporkan kepada polis agar mereka boleh ditangkap dengan segera. Terima kasih"


Nota Kaki:

Kadang-kadang kita sangka seseorang itu tak cerdik kalau dia tak berkata-berkata. Tetapi bila dia sudah berkata-kata,  benarlah sangkaan kita.

 

42 comments:

  1. Replies
    1. tak cerdik tak apa asalkan suka campur dgn orang ..

      Delete
  2. hahahaha..tak tahu nak kata apa bila dengar komen dia...

    habis tu, apa komen balas kawan2 uncle yg lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita semua komen dalam hati je sebab tak nak menjatuhkan maruah dia .. dia hadir mesyuarat pun dah bagus !

      Delete
  3. masa diam tu, mungkin fikiran dia menerawang kot. tu yang lari topik sikit. ada beza antara membanteras dengan mencegah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banteras tu adalah lebih kepada tugas polis tapi cegah tu adalah langkah2 yang boleh diambil oleh penduduk seperti pasang jeriji, lampu, penggera dsb.

      Delete
  4. Mesti ramai ternganga dan garu kepala bila mendengar komen yang satu ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun .. tapi sebenarnya kita dah biasa dengar komen2 yang macam tu dari dia .. tak boleh pakai ! hehe

      Delete
  5. Mungkin dia ada ilmu yg membolehkan dia mengenal pasti penjenayah.

    (Maaf komen kurang cerdik daripada org yg tak pandai)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia nak cakap kenapa tak tumpukan kepada risikan ..

      Delete
  6. Replies
    1. mungkin tak terjangkau oleh orang lain sebab terlalu keterhadapan .. hehe

      Delete
  7. Replies
    1. kalau bomoh boleh selesaikan, dah lama dah masalah jenayah dapat diatasi.

      Delete
  8. Mungkin idea dia tak sampai kot dengan ayat tu. Salah susun ayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun percaya begitu .. dia tak pandai susun ayat !

      Delete
  9. kih kih kih....dia kompius agaknya.... :)

    ReplyDelete
  10. Hehehe... Saya rasa orang tu macam saya pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yang pastinya orang itu bukan Kakcik sebab saya kenal sangat dengan dia .. hehe

      Delete
  11. jalankan 2-2 sekali. selain dari prepare apa yg patut utk mencegah dan tangkap org yg mencuri.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni sudah hampir tiada lagi kejadian pecah rumah di taman ini sejak anggota RELA membuat rondaan 24 jam sehari.

      Delete
  12. oouh?

    macam mana nak cam penjenayah tu, kurang cerdik la saye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah fasal .. kalau dah cam, senanglah nak cekup !

      Delete
  13. haha. betul lah sangkaan kita :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apalah .. biarkan dia mengeluarkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.

      Delete
  14. Mencegah itu lebih baik dari terjadi yang tidak diingini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selamanya begitulah .. mencegah lebih baik.

      Delete
  15. ok tu pokcik... dia tukang ilangkan tensen mesorat... haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul .. hilang tensen lama tapi datang tensen baru .. hehe

      Delete
  16. haha ok la..mesti org lain berkerut2 dahi hahaha

    ReplyDelete
  17. Salam.
    Teriamakasih Pak Ngah..
    Di Taman saya mula2 memang ada benda2 ni semua.
    Tapi lama2 apa pun tak de.Macam2 kerenah.Bayar mahal pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      kat sini pun itulah masalah pelaksanaanya .. macam2 kerenah dan ramai yang lebih suka jadi "penumpang" ..

      Delete
  18. dia lupa kot yang kita pon tak boleh nak agak bila penjenayah tuh muncul.. hahaha.. well, kat taman saya kitorg upah pengawal swasta.. siap diorg kena ronda n punch timing ronda di kawasan2 panas.. bila malam pintu masuk ditutup dan dikawal ketat.. bila siang hanya guard ronda2 sahaja naik moto.. pintu tetap dibuka.. monthly payment rm20 setiap rumah.. so, kalo x byr kita x paksa.. cuma bila jadi apa2 kat umah dia jgn salahkan org x amek kesah la.. siap ada kad kawalan keselamatan tampal kt dinding luar umah utk guard tau sape yg jd ahli.. kalo nak tinggalkan umah, kena isi borang inform guard. so, guard akan pusing ronda kat area umah tuh kerap sket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu maklumat yang sangat berguna .. buat masa ini kat kawasan perumahan uncle ada RELA jaga 24 jam dan kita tak perlu bayar apa-apa. setakat ini nampaknya sangat berkesan sampaikan uncle pun tak kesah nak tutup pintu pagar.

      Delete
  19. May I know how much your boom gate cost? is it gather funds from Community or sponsor by your ADUN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita guna duit persatuan penduduk untuk membeli dan memanangnya .. harganya saya sudah lupa. tapi tak sampai RM3 ribu..

      Delete
  20. So, after installed
    Boom Gate
    , every months has to pay maintenance fees?? Because we wanted to proposed to our community residence too, but I needs the costing..... thanks in advance if you can help.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. our boom gate is maintenance free. so no need to collect any payment from residents.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.