Saturday, December 1, 2012

AES = ADAKAH ENGKAU SETUJU ?



AES telah dan akan dipasang di lokasi-lokasi tertentu di lebuhraya atau jalanraya secara tetap. Masalahnya bila semua orang sudah tahu di mana tercongoknya kamera itu nanti, pastilah orang akan memperlahankan kenderaannya mengikut had laju bila menghampirinya, kecuali dia keturunan Sultan Berunai atau orang yang fikirannya songsang. Kemudiannya sebaik sahaja melepasi kamera itu, kaki pecut akan terus memecut. Akhirnya akan lahirlah pemandu yang mematuhi undang-undang had laju di lokasi-lokasi yang ada kamera AES sahaja

Saya percaya akan ada nanti syarikat penerbitan tertentu yang akan menjual peta yang menunjukkan di mana kamera-kamera AES itu ditempatkan sebagai panduan untuk mengelak disaman kerana memandu melebihi had laju. Kalau ada nanti, saya pasti membelinya 2-3 buah.

Dalam jangka panjangnya, saya khuatir usaha ini tidak akan mencapai tujuan murninya untuk mengurangkan kemalangan jalanraya dan akan kelihatanlah 'gajah-gajah putih' di lokasi-lokasi tertentu di sepanjang lebuhraya atau jalanraya kita.

Adakah anda bersetuju dengan pandangan saya yang hanya berdasarkan KomenSen ini ?

22 comments:

  1. Saya setuju. Ia tidak akan memberikan kesan jangka panjang dalam mendidik masyarakat memandu secara berhemah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn pndpt uncle, xsetuju AES dipasang.

      mungkin mereka (YB) perlu fikirkan kaedah lain yang lebih sesuai...

      Delete
  2. Kasihan pada bos tempat saya bekerja. Sudah tinggal lebih sepuluh tahun di Malaysia pertama kali dapat saman AES minggu lepas kerana speeding 102km/hr di Kajang dan dia memandu pada pukul 2pagi.

    Bagi pendapat dia, apa rasionalnya mengeluarkan saman pada pukul 2pagi yang kosong jalannya tanpa ada kereta sebiji pun? Dan dia memandu tak lebih 110km/hr pun dan masih dibawah hadlaju kebangsaan dan tambahan ia adalah highway.

    Itulah Malaysia, law is law. Tapi esok esok dia ubah pula yang lain. :(

    P.S Sayaa tunggu nasib saya pulak lepas ni. Haihhhhhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak setuju tempat tu had lajunya 90 km/h .. bukankah ia sebahagian lebuh raya. saya pun pernah kena baru2 ini !

      Delete
    2. Plus highway dari Tol Sungai Besi hingga ke Bangi memang 90km/jam je. Kebanyakan tempat yang ada susur masuk dan keluar pun 90km/jam rasanya. Saya belum kena tapi kereta husband dah kena SKVE ada satu tempat tu 80km/jam.

      Delete
    3. ini satu isu yang ramai orang tak puas hati dan menjadi kontroversi ..

      Delete
  3. pakngah, sy rasa kat android dah ada application dlm play store tentang AES ni. ada 2 yg saya terjumpa haritu. download percuma. tp mcm ada dgr utk negeri selangor, AES akan dihapuskan. xtaulah betul atau tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh sudah ada ke ? Pakngah nak beli dalam bentuk buku kalau ada, sebab pakngah tak ada smart phone.

      Delete
  4. Replies
    1. terima kasih .. nampaknya lebih suara bersetuju !

      Delete
  5. sekarang ni pun dah ada aplikasi tuk smartphone yg memberi alert apabila melalui menghampiri lokasi yg ada AES. Maps tuk aplikasi GPS juga telah dikemaskini dengan lokasi AES.

    Walaupun lokasi AES telah diberitahu, tapi masih ramai juga yg kena saman AES.

    Saya setuju jika AES hanya beroperasi dalam waktu puncak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kena tu samada dia belum terbiasa dengan lokasi itu atau keturunan
      Sultan Berunai .. hehe

      Delete
  6. Bagi IM tindakan kerajaan sekarang ini untuk mengurangkan kemalangan lebih kepada ke arah menghukum, bukan sangat menambah baik sistem perhubungan.

    ReplyDelete
  7. Saya setuju dengan pendapat tuan haji.... hantar gi parlimen lah pendapat nie tuan haji.... AES ...pengabih duit rakyat... dan pemakan duit rakyat... letak AES kat kawasan tidak melebihi 40km sejam itu namanya nak mengenakan org je tuan haji...tapi ada juga yg dah kena angap saman AES sebagai wang ihsan kepada kerajaan... is... baik sungguh manusia macam nie ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah berapa kali kena ambil gambar, sekarang ini tengah tunggu surat saman je !

      Delete
  8. sy pun stuju dgn Komensen PakNgah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak setuju kena beri pendapat lain .. hehe

      Delete
  9. kalau dah ada software utk AES detector, apa cer kan! aku pun kalau drive terus terang, PLUS highway, area kajang tuh kan ada satu AES...situ aku drive la 90, lepas aje AES aku pecut, tapi pecutan aku still lagi bawah 110 la kan! keta den keta lama, mana lah leh pecut lelebey, 100 pun dah gegar tau!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.