Ini adalah sambungan dari entri ini. Selepas bermalam (tak ingat berapa lama) di Toronto, kita bergerak menuju ke Ottawa pulak. Tempat tujuan adalah rumah kawan yang bekerja di Kedutaan Malaysia.
Jangan terlepas baca cerita menarik di bawah Gambar 17.
Jangan terlepas baca cerita menarik di bawah Gambar 17.
Gambar 11. Kawan yang saya maksudkan adalah yang di tengah-tengah semasa kami berkursus kadet PTD di INTAN pada tahun 1977/78 dahulu.
Gambar 12: Gambar ini dipercayai di ambil di rumah kawan yang kita tumpang tidur tu. Muka saya hanya nampak sebelah - di kanan sekali. Nasiblah. Kamera dulu mana boleh chek macam kamera sekarang. Dah siap cuci baru tahu muka tinggal sebelah.
Gambar 13: Melihat pertukaran pasukan pengawal dekat bangunan parlimennya.
Gambar 14: Giliran Mangahnya pula diambil gambar.
Gambar 15: Masih lagi dekat bangunan Parlimennya. Kalau tidak silap ingatan saya masa tu bangunannya tak berpagar .. memang betul-parlimen untuk rakyat.
Gambar 17: Gambar ini menceritakan satu kisah menarik. Kita dari Washington D.C menuju Kanada, main terjah sahaja. Bila malam kita berhenti kat mana-mana pekan kita jumpa dan tidur di mana-mana motel yang bersesuaian. Sampai di bandar ini, hari sudah agak lewat malam. Malangnya satu hotel pun tak ada yang kosong. Setelah letih berpusing-pusing akhirnya kita ambil keputusan tidur dalam kereta di perkarangan McD. Besoknya baru kita tahu ada pesta Jom Heboh kat sini. Patutlah pun !
Yang pakai baju t berbelang-belan tu Makngahnya tumpang tidur dalam kereta wagon kawan.
Gambar 18: Selepas dia orang semua tidur,saya pun tidur bersendirin berselimutkan baju Makngahnya. Saya pun tak tahu nak kata itu baju panas atau baju sejuk. Masa ini saya memandu kereta Mercedes bersetereng sebelah kanan. Kalau memandu berseorangan, ada masalah sikit bila nak bayar tol atau nak ambil tiket tempat letak kereta.
Gambar 19: Berhenti makan di R & R. Makanan kita bawa sendiri kerana tak berjumpa kedai Mamak.
Gambar 20. Salah satu cenderamata kenang-kenangan yang saya beli di Ottawa, yang masih belum cacat dan masih elok tersimpan sampai sekarang.
Oh Abg pun pernah kena tidur dalam kereta semasa melancong tanpa plan ni ya. Kami dulu pernah juga tidur dalam kereta semasa ke Washington DC sebab tempat perkhemahan yg kami nak pergi berkhemah dan tidur ditutup. Nak sewa hotel mahal sangat. Maklumlah kami student. .... huhu
ReplyDeleteRasanya itulah sekali kena .. tapi masa itu kita masih bersikap 'happy go lucky' .. tak fikir panjang .. main redah je.
Deleteada duit pun tak guna masa ini .. hehe
Wah tak sangka pagi ini saya yg pertama komen .... hehehe
ReplyDeletetahniah tapi setakat tahniah je lah .. hehe
DeletePak Ngah lain kali jalan bawak khemah tapi rasanya kalau kat Malaysia ni tak perlu kot kecuali rasa nak berkhemah tepi sungai or dalam hutan.
ReplyDeleterasanya tak pi dah ke sana .. kat Malaysia boleh tidur kat masjid, balai raya dll.
DeletePeh...dr Msia ke Kanada...lebih dr 24 jam kan Pakcik?
ReplyDeletetengoklah .. kalau naik kapal laut, lebih lama kot ! hehe
DeleteCantik ole-ole dari Ottawa itu. Mungkin boleh dibuat catatan memasukkan antaranya tarikh & tempat dibeli di bawahnya supaya anak-cucu-cicit yang mewarisinya nanti tahu asal-usulnya. Mungkin ini telahpun dilakukan. Pastilah banyak ole-ole lain al-lavendari dari macam-macam tempat, zaman berzaman. Nilainya pasti melambung hebat dalam zaman cicit kita nanti, kerana masa itu Malaysia dah jadi negara sangat maju.
ReplyDeleteTerima kasih atas cadangan itu. Insya-Allah saya akan buat setakat yang ingat tarikhnya. Kalau tak ingat tarikhnya, saya letak tahunnya. Kalau tak ingat tahunnya saya tulis tahun sekitarnya .. e.g awal 80an ..
Deletemasih kuat ingatan PakNgah... bekas ole2 tu pun dah boleh masuk kategori antik tu
ReplyDeletekalau begitu tuan yang membeli bekas ole2 tu sudah boleh masuk kategori super antik !
Deletetengok ole-ole macam bekas bunga telur la...
ReplyDeletememang ada macam bekas bunga telus, bezanya ia besar dan rasanya boleh masuk lebih dari 10 biji telur.
Deleteitu bukan sebelah dah tuh uncle. nak mirror pun tak boleh sebab tak nampak hidung pun. heheh.
ReplyDeleteteringat saya masa tengok gambar sejarah kemerdekaan kat staduim alam shah. Hero merdekanya, Tunku Abdul Rahman, cuma nampak sipi-sipi dalam gambar.
pun masuk muzium juga gambarnya. kelas tak? heheh~
pandai sungguh awak menyedap dan menggembirakan hati uncle ! terima kasih.
Deletesemua ole-ole yang uncle ada nampaknya dijaga dengan rapi biarpun dah lama umurnya...
ReplyDeletememang tersimpan baik .. tak tahulah anak2 yg mewarisinya nanti boleh menghargainya atau tidak.
DeletePENGALAMAN YANG MUNGKIN TIDAK DAPAT DILUPAKAN..
ReplyDeleteminta-minta begitulah kerana ingatan kita juga boleh ditarik oleh Allah swt.
DeleteMemang best bila bermusafir dengan kawan-kawan dan saudara. baru boleh kenal hati budi mereka dan kita.
ReplyDeletememang betul .. kawan saya itu sudah macam darah daging dan kekal bersahabat hingga hari ini .. cuma kami jarang dapat berjumpa kerana duduk berjauhan ..
Delete