Secara umumnya komen-komen yang saya terima semakin hari semakin berkurangan walaupun jumlah pengunjung sentiasa meningkat. Saya tahu puncanya - malas blogwalking.
Saya berterima kasih kepada semua yang sudi memberi komen yang rata-rata menyenangkan dan menggembirakan hati saya. Namun begitu, ada satu komen dalam entri saya yang bertajuk "Cukup-Cukuplah Tu PTD" telah benar-benar berjaya menyesakkan nafas saya.
Bukannya saya tidak pernah mendapat komen menghentam sebelum ini, tapi komen dari Encik 2a5d6fac-3d91-11e1-97e2-000bcdcb5194 dalam entri tersebut telah menusuk qalbu dan menggoncang kewarasan saya buat seketika kerana dia menyentuh taraf saya sebagai pesara. Kalau dia nak komen, komen sahajalah. Apa kena mengena pulak dengan kedudukan saya sebagai orang pencen. Hina sangatkah orang pencen ini di mata dia ? Sudah tidak ada harga lagikah orang pencen ini ?
Saya telah pun menjawab komennya dalam entri ini dan sehingga hari ini si pengomen sudah tidak lagi berani menunjukkan mukanya.
........................................................................................................
Sub-Entry: Malam Ini Malam Tahun Baru .
akan ada perhimpunan
akan ada rempit-rempitan
akan ada sorak-sorakan
akan ada nyanyi-nyanyian
akan ada tari-tarian
akan ada minum-minuman
akan ada himpit-himpitan
akan ada himpit-himpitan
akan ada keriangan
akan ada pergaulan
akan ada percampuran
akan ada yang tidak karuan.
akan ada yang tidak karuan.
akan ada sorak-sorai menghitung hari berganti
akan ada pertunjukan bunga-bunga api
namun acara masih belum berhenti
akan diteruskan sampai ke dinihari
mungkin terlajak sampai ke terbit matahari.
namun acara masih belum berhenti
akan diteruskan sampai ke dinihari
mungkin terlajak sampai ke terbit matahari.
kita lihatlah hasilnya selepas 9 bulan nanti.
hasil apakah yang akan mari?
itu lu kena pikirlah sendiri.
hasil apakah yang akan mari?
itu lu kena pikirlah sendiri.
(Entri kitar semula)
Saat ini saya sedang bersenang2 bergolek dengan iPad di tangan dan siaran di tv menunjukkan seseorang mempromosikan konsert yang akan diadakan malam nanti. Beliau mengajak semua yang hadir untuk menari bersama malam nanti.... :(
ReplyDeleteselamat beristirehat ..
DeleteDugaan hidup
ReplyDeletesaya perlukan masa utk ke sini sekali lagi utk baca entry cukup2lah ptd tu.. nanti free sy dtg semula..sempat baca komen encik blablabla tu saja..tq pak ngah linkkan lagi 2 entry tu..
ReplyDeletebila mahu datang semula ? boleh kita mengeteh !
DeleteSelamat tahun baru uncle!
ReplyDeletesama-sama selamat !
Deleteperkara biasa bagi blogger yang cuba `bersuara' menerima komen bersifat menikam (dah beberapa kali kena). ada yang tajam, ada yang tumpul. yang penting, tak jadikan komen tu sebagai pemadam semangat...
ReplyDeletesaya tak kisah orang berbeza berpendapat tapi biarlah perbahasan itu dalam konteksnya ..
Deletesedang berfikir ni tuan.
ReplyDeletemoga tuan diberikan kekuatan untuk terus berblog.
Aina lebih rela tido diulit mimpi di tahun baru dari menari2 dan terkinja2 di jalanan tetapi saya juga pernah muda...
ReplyDeleteAina sudah baca entri Pak Ngah yang terdahulu. Tiada kepentingan kepada Aina kerana kami bekerja swasta tetapi Pak Tuan setuju sangat di kaji semula walaupun dia juga telah memegang taraf pesara.
telah pun selesai kaji semula sebenarnya, dan balik kepada skim asal dengan sedikit ubahsuai.
DeleteOh abg masih terkenang komen mamat tu ya? Mestilah kan sebab sungguh sentap. Kalau dia nak hentam pun bolehlah dgn cara lebih berhikmah sebab diapun org terpelajar.
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru kpd abg sekeluarga. Semoga 2013 ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya.
mungkin abang tidak akan lupa sampai bila-bila selagi otak ini masih sihat.
DeletePASAL CUKUP-CUKUPLAH TU PTD MASIH SEGAR DALAM INGATAN SAYA..
ReplyDeletekalau awak masih segar dalam ingatan apa lagilah saya ..
Deleteentry PTD yang panas ya pakngah.
ReplyDeletesaya jarang komen...bukan saja kat blog pakngah..tapi blog kawan2 lain jugak. rasa bersalah...tapi apa nak buat..biasanya bila saya buat entry, baru saya blogwalking slowly...betul-betul slow..
selamat tahun baru 2013 pakngah sekeluarga..
serupalah .. pakngah sudah sangat malas sebenarnya berblog ini .. tapi buatlah juga bila ada mood.
Deleteselamat tahun baru..
ReplyDeletesama-sama selamat, terima kasih.
Deleteitu memang entry uncle yang paling femes. jugak komen paling femes tercatat di dalamnya. tapi sayang. kite tak kenal siapa dia. heheh~
ReplyDeletetak apalah .. yang penting dia kenal siapa dia ! hehe
DeleteAdat berblogging, sukar utk kita puaskan hati semua orang...
ReplyDeletekadang2 tu, blog yang tak cerita pasal orang lain pun, tetap jugak kena hentam sebab ada manusia yg suka mencari2 kesalahan orang lain.. (",)
saya terima kenyataanya kerana kita yang memilih utk berblog .. tapi sebagai manusia biasa kadang2 terasa juga, tambah2 kalau ia menyentuh soal peribadi.
DeleteSaya nak tambah....
ReplyDeleteAkan ada yang terguling-guling memikirkan apakah tugas mendatang..
Akan ada yang tak lena tidur menunggu hari siang...
Akan ada yang menghitung bilakah dapat berehat panjang...
Kerana dah bosan menjadi bola.
Maaf kerana pandai2 menambah....
SELAMAT TAHUN BARU.
akan ada yang termenung tak tahu apa nak buat esok hari
Deletedulu ada kerja pandai-pandai berhenti
tapi itu semua adalah takdir Ilahi
terimalah dengan redha tanpa sebarang rasa terkilan di hati.
Selamat tahun tahu juga dari saya. Maaf lambat buka kotak komen.
Selamat Tahun Baru.
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru juga dari saya.
DeleteSELAMAT TAHUN BARU.
ReplyDeleteTahun baru dah selamat. Terima kasih atas ucapan anda.
Deleteselamat tahun baru pakcik.. Lama tak blogwalking ker blog pakcik...
ReplyDelete