Tuesday, January 1, 2013

TERKENANG SEMASA DULU 68 : PETRA, JORDAN.

Beberapa tahun dulu saya ada cerita sepintas lalu mengenai lawatan saya ke 4 buah negara Timur Tengah di sini. Kali ini saya hendak fokuskan kepada satu tempat bersejarah yang sangat menarik  iaitu Petra di Negara Jordan.  Kini Petra telah tersenarai sebagai salah satu keajaiban dunia. Saya rasa sangat bertuah kerana diberi kesempatan melawat tempat ini.



Gambar 1: Kami tidak bermalam di sini cuma singgah makan tengah hari sahaja yang telah diaturkan oleh agen pelancongan kami.




Gambar 2: Awatnya saya serabai sangat .. selendang tu pinjam dair Makngahnya, tu sebab jadi lagu tu  .. sejuknya sampai ke tulang.


Gambar 3: Makngahnya sempat bermesra dengan kuda yang akan ditungganginya.


Gambar 4:  Menunggang kuda bukan kerana tak larat berjalan, tapi nak rasa. Kuda yang saya tunggangi dipimpin oleh penjaganya - takut kuda itu bertindak di luar kawalan agaknya !


Gambar 5: Makngahnya steady je tanpa kudanya perlu di pimpin.

 


Gambar 6: Di belakang sana kelihatan bangunan Al Khazneh mengintai kami.


Gambar 7:  Al Khazneh (Khazanah) atau The Treasury di Petra. Mengikut Wikipedia  ia dipercayai dibina sekitar 100SM hingga 200M dan masih utuh hingga sekarang.
................................................................................................................................................

Selingan: Bukit Setiawangsa runtuh.


 Berita yang tengah hangat sekarang. Tembok yang menahan Bukit Setiawangsa runtuh walaupun usianya belum pun sampai 100 tahun  lagi !

...........................................................................................................................



Gambar 8: Gambar kami dari sudut yang lain.


\
Gambar 9: Di belakang kami (tak berapa kelihatan) adalah tapak membuat Jom Heboh pementasan terbuka.


Gambar 10: Makan nasi Arab kat Petra.


Gambar 11: Di beranda restoran tempat kami makan tengah hari. Kelihatan di belakang sana gunung-ganang yang gondol.

Gambar 12: Bergambar di depan gambar Raja Abdullah yang memerintah sekarang di samping almarhum ayahandanya.


Gambar 13: Sebuah mug yang dibeli sebagai tanda dan kenangan kami sudah sampai di Petra.


Pada masa lawagtan kami, cuaca amat sejuk menghampiri paras beku. Nasib baik kami cepat keluar. Esoknya kami dengar berita salji turun dengan lebatnya hingga ada pelancong yang terpaksa dikeluarkan menggunakan helikopter.


12 comments:

  1. Betapa kukuhnya binaan di zaman silam :)

    ReplyDelete
  2. ARKITEK, JURUTERA SEKARANG BELAJAU TINGGI-TINGGI TAPI APA YANG DIBUAT SEKEJAPAN ROSAK.. LIHAT SAJA LERENG BUKIT (RUNTUH), JALAN RAYA (KOPAK SANA SINI). LIHAT SAHAJALAH BANGUNAN2 LAMA, MASIH UTUH. MACAM DI MELAKA NI, STADTHUYS (RUMAH MERAH) LEBIH 300 TAHUN, MASIH BERDIRI UTUH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya bukan masalah ilmu atau teknologi tapi masalah integriti !

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Sangatttttttttttttt lama berangan nak sampai sini...masih juga blm sampai. Jeles dengan pakngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      kalau ada azam, insya-Allah satu hari akan sampai juga.

      Delete
  4. Tak pernah naik kuda. teringin sesangat.

    Tapi, dengan usia separuh abad ini, relevan lagi ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. khabarnya Tun Mahathir hingga kini masih lagi menunggang kuda !

      Delete
  5. semua gambar sangat menarik...tuan haji sgt bertuah kerana dh dpt keliling dunia melawat hampir semua negara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur di atas kesempatan yang dberikan oleh Allah SWT kepada saya.

      Delete
  6. Alhamdulillah suka baca entry uncle yang penuh pengalaman dan keseronokan. Moga uncle, isteri dan keluarga sentiasa sihat, sejahtera dan diberkati Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menengok negeri orang menambah pengalaman dan keinsafan akan kebesaranNya.

      Delete
  7. bertuahnya pakngah dapat jalan keliling dunia..cantik betul suasana kat sana kan..

    gambar selingan memang membuka mata kan hehehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.