Thursday, January 17, 2013

TERKENANG SEMASA DULU 71: BERJOGET LAMBAK DI AFRIKA SELATAN.

Dalam entri sebelum ini, ada saya ceritakan pertemuan dengan isteri pegawai pelancongan yang bekerja di sini di sebelah paginya di Sun City. Beliau pun mengajak makan makan malam di rumahnya. Orang mengantuk disorongkan bantal  dunlopilo. Tidak sangka pula sambutannya begitu meriah walaupun masa untuk mereka membuat persiapan adalah begitu singkat sekali.



Gambar 11: Dipintu masuk rumah Pegawai Pelancongan kita.
Siap dengan bunga manggar lagi.


Gambar 12:  Di belakang rumahnya yang luas itu mereka adakan jamuan dan persembahan tradisional kesenian Melayu.


Gambar 13: Penari-penari sedang menari tarian tradisional Melayu.

Sebenarnya kedatangan kita di sini tidak ada dalam jadual asal. Di rumah pegawai pelancongan ini saya berjumpa seorang peniaga batu hiasan yang berasal dari Kelantan. Kita panggil dia Wan sahaja. Dia memasuki Afrika Selatan sebelum Dasar Apartheid dibubarkan.  Masa itu rakyat Malaysia tidak dibenarkan memasuki negara tersebut. Macamana dia dapat masuk, biarlah rahsia. Dia berkahwin dengan Mek Salleh warga Afrika Selatan. Dia ada kilang memproses batu permata di sini. Pekerja-pekerja tentulah orang di sini.

Pada hari itu kerana kesuntukan masa, beliau telah diminta untuk membawa produk keluaran kilang dia datang ke rumah pegawai pelancongan ini untuk kami lihat dan kalau berkenan membelinya. Bila kita kata 'mahal', salah seorang pekerjanya warga tempatan wanita berkulit hitam, menjawab 'tak mahallah tuan'. Saya terkejut juga kerana dia boleh berbahasa Melayu. Ini bukan dekat Taiping tapi di Afrika Selatan.



Gambar 14: Inilah sebahagian persembahan oleh kanak-kanak Malaysia di Afrika Selatan. Ada juga saya perasan muka yang tak berapa nak macam muka orang Melayu.
 

Gambar 15: Di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Afrika Selatan.


Gambar 16: Di pintu masuk ke pasar menjual cendermata.


Gambar 17: Bersama Dato' Zainal Dahalan, Timbalan Menteri. Sekarang menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.



Gambar 18: Inilah bunga batu yang saya beli di sini dari Wan buat hiasan dan kenang-kenangan.


Nota kaki: Memang ada joget lambak dan saya ada gambar-gambarnya. Walaubagaimanapun setelah menimbang buruk baiknya, saya membuat keputusan tidak mahu tunjukkan gambarnya  di sini kerana dikhuatiri akan mengundang kontroversi.


26 comments:

  1. Dulu bila saya fikirkan pasal Afrika mesti saya terbayang gajah, singa dan lain-lain binatang. Saya bayangkan teruknya hidup macam tu.

    Tapi bayangan tu hilang bila saya bertemu dengan seseorang yang menceritakan hal sebenarnya Afrika. Seronok Tuan Haji berpeluang melawat negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lihat Johanesburg dan Pretoria tu tak jauh bezanya dengan negara-negara di Eropah .. baik dari segi cuacanya mahupun bangunan dan kemajuannya.

      Delete
  2. Aslkm,

    alaaaa...baru je nak tengok gambar uncle joget lambak..he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      uncle memang tak menari dan tak pandai menari .. kalau nyanyi tu bolehlah sikit2.

      Delete
  3. Aina ingtakan Pak Ngah nak beli batu cincin tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. batu dari bunga tu pun boleh buat cincin .. beratus2 lagi.

      Delete
  4. Teringin benar nak tengok Table Mountain + pantai di Afrika Selatan tu. Life-mate dah sampai, saya belum. Untunglah al-lavendari pernah berpeluang ke sana dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat2, teringin juga saya nak pergi lagi.

      Delete
  5. mek salleh bermaksud warna kulit yang kontra ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang lelakinya kita panggil mat saleh, maka yang perempuannya kita panggil mek saleh.

      Delete
  6. Best Pakcik, banyak pengalaman ke negara orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah .. rezeki tuhan semuanya. tapi orang jadi pramugari/a lagi banyak pergi ke negara orang.

      Delete
  7. boleh potong kambing kalau Tuan Haji tak joget sama hehee...

    kat gambar no12 tu, ada tulis persembangan - apakah maksudnya memang ada ruang untuk sembang2?...saja jer tanya...

    gambar no18 tu...rumput tu...ekekeke pandai eh nak tipu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumpah saya tak menari .. saya cuma ambil gambar, makan2, sembang2 dengan Wan dan beli bunga batu.

      yg no. 12 salah taip tu .. tajam mata awak. patut pun gambar profail awak letak mata .. hehe.

      kenapa dgn no. 18. saya tak faham macamana pulak tipu .. sebenarnya saya nak berkreatif .. kerana bunga tu tak berdaun maka saya letak atas rumput belakang rumah dan ambil gambar.

      Delete
    2. takder la...memula tu saya ingatkan pokok tu memang ditanam atas tanah dan betul2 keluarkan bunga batu....pelik gak...pastu bila perati betul2 (mata saya tajam ok hehe) bunga tu mmg bunga batu utk perhiasan yg tak boleh ditanam punya...

      tu yg saya rasa tertipu...

      pokok tu tanam atas batu pun gerenti boleh tumbuh punya...hehehe
      kalau Tuan nak berkreatif, gunakan jer daun sawi ker...daun bayam ker, tak pun daun kesom...ekeke....

      Delete
  8. Tunggu gak ...gambar joget lambak ...
    Nak tgk... apa yg berlambak lambak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mula2 saya dah masukkan gambar tu .. tapi kemudiannya saya batalkan kerana tak mahu timbul fitnah nanti.

      Delete
  9. Agaknya gerak tari mereka tu kelihatan melampau macam gaya Pak Maun? Yaaa memang malu jugak tu kalu nak expose gambar camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul itulah sebabnya .. tapi macamana rupa Pak Maun menari ?

      Delete
  10. Org Kelantan ni ramai yg pandai berniaga. Sampai ke Afrika Selatan pun boleh hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa mereka tak ramai-ramai pergi serbu berniaga kat Pulau Pinang ?

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.