Wednesday, January 23, 2013
FESYEN ORANG SAKIT.
Bila seseorang itu ditimpa penyakit, katalah sakit tekak (seperti yang sedang saya alami sekarang) masing-masing akan menghadapinya dengan salah satu fesyen berikut:
Pertama. Makan ubat dan berpantang.
Mereka akan pergi jumpa doktor. Doktor beri ubat dan berpesan jangan ambil makanan berminyak. Golongan ini akan mengikut nasihat doktor dengan mengambil ubat seperti diarahkan dan menahan diri dari mengambil makanan yang berminyak. Insya-Allah dia akan segera sembuh.
Kedua: Berpantang tapi tak makan ubat.
Spesis ini samada takut makan ubat, malas makan ubat atau tak ada duit nak beli ubat atau kesemuanya, tapi kebiasaannya akan sembuh juga tapi lambat sikit.
Ketiga: Makan ubat tapi tak berpantang.
Spesis ini pula, bangsa yang tak makan saman atau degil. Dia kata "apa gunanya makan ubat kalau tak boleh makan goreng pisang".
Golongan ini lebih kurang serupa dengan orang yang taat mengerjakan sembahyang tapi dalam masa yang sama suka juga mengumpat.
Keempat: Tak makan ubat dan tak berpantang.
Spesis ini pun ramai juga. Dia yakin anti-body dia kuat melawan penyakit. Dia kata: "alahhh .. sakit tekak je". Biasanya kalau pun dia pulih, akan memakan masa yang agak lama berbanding golongan nombor 1 dan 2.
Namun begitu, mengikut pegangan Ahlisunnah waljamaah, ubat itu hanyalah sebab dan yang menjadi musababnya hanyalah Allah s.w.t sahaja.
Labels:
entri saja saja,
renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ha, yang keempat tu memang betul punya degil...
ReplyDeletehahahaha..
Deletesetuju dgn smbotak!
saya golongan yang kedua tu kot. sebab takut nak makan ubat. lagi pula kalau makan ubat banyak2 saya akan pening. tk thu kenapa
ReplyDeletekalau pening, makan panadol. hehe
Deletehehehe. ubat tu usaha sebenarnya. sebab penyakit kita pun bukan saja saja datang melainkan ada penyebabnya..heheh~
ReplyDeletebenar, ada juga yang tak makan ubat dan tak berpantang tapi sihat semula dan sebaliknya.
Deletemasa saya di kampung, memang ramai no.4 tu......suruhlah macamana pun kemain degil lagi nak makan ubat mahupun berpantang....
ReplyDeletekat bandar pun ramai .. dah terbatuk-batuk, hisap tak juga mahu berhenti.
DeleteIM selalu dengar orang orang yang sakit macam ibu_suri berkata: anggaplah makan ubat tu macam makan gula-gula...
ReplyDeletesusah juga nak buat anggapan macam tu, kalau ubat itu pahit bagai hempedu.
DeleteAssallam AL..saya tak tau masuk kategori mana..sebab kalau sakit tekak memang saya tak nak makan ubat hospital..tapi sanggup mimum air limau yang masam tu..
ReplyDeletenanti saya nak cuba minum air limau lepas ni ..
DeleteWoooo spesis nombor 3 tuu. hehehe
ReplyDeleteCepat sembuh ya Pakngah. Jangan malas makan ubat tau. Pantang jangan tak pantang!
pakngah cuba juga berpantang setakat yang boleh ..
DeleteKalau demam makan ubat, kalau batuk tak makan, sebab tak suka ubat batuk..
ReplyDeleteTuan mesti yang no 1 kan.. InsyaAllah cepat baik..
saya bercita-cita hendak menjadi orang no. 1 tu .. hehe
DeleteAssalamualaikum Pak Ngah
ReplyDeletesemoga cepat sembuh.
pB sendiri , batuk dah dua minggu nie.
kalau dah dua minggu tu .. sudah serius. segeralah ikhtiar dengan berjumpa tabib.
Deletebiasa nya punca sakit tekak sebab guna peti suara melebihi had...hehe...uncle ada berkaroke ke..hehe....Saya spesis yang kedua.pegi klinik sebab nak amik mc je...lepas tu ubat kemana...pantang pun kadang-kadang langgar juge....Semoga cepat sembuh..
ReplyDeleteberkaraoke tu tak adalah .. tapi menjerit kat seseorang tu adalah.
DeletePak Ngah memang sesuai dengan Poliklinik tu yer? Semoga cepat sembuh yer.
ReplyDeleteitulah yang terhampir dengan rumah dan caj pun murah berbanding tempat lain.
Deletehahahaha.
ReplyDeletepak ngah nye yang mana??
saye pantang dan makan ubat. sebab saya nak cepat sembuh; sakit lama-lama kerja terbengkalai.
pak ngah semoga cepat sembuh :)
Deleteselalunya pakngah no. 1 tapi kadang-kadang menjadi juga spesis no. 3 .. hehe
DeleteSAYA MAKAN UBAT.. TAPI TAK SAMPAI HABIS SEBAB DAH BAIK.. :)
ReplyDeleteantibiotik kena habiskan .. untuk mengelakkan penyakit datang balik.
DeleteSaya yang keempat. Pergi klinik, ambil ubat. Makan sebijik dua je, lepas tu ubat ntah 'hilang' ke mana.
ReplyDeletePantang pula... HARAM....
Huhuhu...
kalau begitu awak masuk spesi baru .. spesis n. 5. hehe
Delete