Hari Isnin lalu saya update facebook saya dengan menyatakan syukur kepada pemerintah yang telah menaikan kadar pencen saya. Saya mendapat teguran dari Hamidah Kidam yang tidak bersetuju dengan saya kerana dia mengatakan bahawa "syukur hanya kepada Tuhan". Saya tak tahu nak jawab sebenarnya lalu saya buat carian di Google dan seterusnya saya 'cut and paste' dari satu artikel yang saya kira boleh menjawab komen beliau itu.
Seterusnya ikutilah komen-mengomen kami seperti di bawah.
Seterusnya ikutilah komen-mengomen kami seperti di bawah.
Saya mengaku pengetahuan ugama saya sangat cetek. Apa yang dipelajari atau diketahui hanyalah untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk mengajar orang lain. Kalau apa yang saya kata dan petik itu salah, saya sedia diperbetulkan.
Saya rasa saya harus sokong kedua-dua pendapat itu. Syukur itu rasa terimakasih kita. Kepada orang yang memberi, juga kepada DIA yang menjadikan pemberian itu terjadi.
ReplyDeleteBetul, gitu?
tepat sekali .. memang kepada DIA harus kita sandarkan rasa syukur walaupun tanpa menyebutkannya dengan kata-kata .. orang putih kata 'goes without saying'
DeleteKakak rasa tidak salah bersyukur yg berupa tanda terima kasih... syukran itu juga adalah terima kasih. Org beri kita ucap terima kasih. Org arab mestilah kata syukran - tapi bila kita rasa dihargai bahasa lembut syukur yg bermakna terima kasih pada yg memberi (manusia) dan Allah juga. Wallahualam..
ReplyDeletesangat setuju dengan pandangan Kakzakie .. orang Hindi kata syukria .. maknanya tetap sama iaitu terima kasih.
Deletependapat saya, status tuan di facebook tu tak salah berdasarkan apa yang tuan terangkan. jelas, perkataan syukur tu bermaksud berterima kasih.
ReplyDeletecuma yang menjadi kesalahannya apabila kita berterima kasih secara berlebihan kepada manusia sehingga terlupa bahawa ada yang lebih besar dan agung daripada manusia itu sendiri atau pun seolah pemerintah itulah yang telah mencurahkan rezeki dari langit...
sy rasa setuju dgn pendapat ni...
Deleterasanya saya tidaklah berterima kasih secara berlebihan .. dan saya tidak akan lupa untuk berterima kasih kepada orang yang telah berbudi kepada saya.
Deletebetul, perlu berterima kasih pada yang berbudi. cuma dalam setiap tingkah laku dan perkataan, pasti akan ada yang tersalah faham. biasa la tu, tuan...
Deletemgkin kena tukar dari perkataan syukur kepada terima kasih je kot ;)
ReplyDeletedia paham mcm tu apa nak buat..bagi saya asal niat kita betul dh la
sbg org Islam of kos la dlm apa2 pun kita bersyukur padanya
saya lagilah cetek sgt bab agama ;)
banyak lagi kena belajar
kalau begitu susahlah .. kita kena tukar semua Bahasa Arab yang telah di Melayukan.
DeleteSya membaca entry Pak Ngah ..
ReplyDeletePemahaman saya .. berdasar ayah di entry ....
Syukur itu ... mengikut hukum pemahaman saya . Kesyukuran Kepada Allah ..
Terima Kasih .... terima kasih kerana pemerintah yang memberinya.....
.
Kadang2 kaedah pemajmukan ayat tunggal ini ... membuatkan pemahaman individu berbeza...
Nama pun manusia .... Kalau semua sama ..... terbaliklah dunia heheheheh
Betul tak ... Pak Ngah ...
betul .. dalam bahasa linguistiknya dipanggil "semantic differences" .. itu lumrah.
Deletepembetulan ..bukan ayah ... ayat ....
ReplyDeletesaya pun amat cetek dlm agama, saya setuju ngan kakzakie...samalah jugak dgn perkataan "haram"...
ReplyDeletedulu saya (sampai la ni pun) suka cakap "nasib baik", contohnya "nasib baik aku tak keluar awal, kalau tak mungkin pokok yg tumbang tu dah hempap aku tadi". yg ni pun kena tegur... katanya salah tu sebab seolah2 saya suka sangat bergantung kpd nasib walhal jauh di sudut hati saya tidaklah begitu, saya ttp yakin sesuatu yg terjdi telah tertulis dlm loh mahfudz...cuma dh jadi kelaziman dlm berkata2...tanpa niat menidakkan kekuasaanNya. Itulah sifat lemah seorg hamba..
kebetulannya entri tuan ni sgt berkait rapat dgn cerita yg ingin saya kongsi pagi ni tapi saya taktahu dimana dan bagaimana nak mulakannya...
cuma kdg2 tu saya bosan jugak bila ada segelintir insan yg gemar (dgn niat baik) mencari dan mengupas kesilapan org dgn begitu mudah...hanya dgn melihat apa yg tersurat sedangkan hanya Allah yg tahu segala yg tersirat.
apapun Tuan memang seorang yg senang menerima teguran, sanggup minta maaf dan diperbetulkan wlp kdg2 tuan ditegur dgn cara yg kurang berhemah spt kes aurat pada gambar lama Mak Ngah dulu (maaf buka cerita lama)...kdg saya rasa sedih bila membacanya (sedih terhadap tuan hila ditegur secara begitu) kerana bab menegur pun ada etikanya sendiri, contohnya bagaimana cucunda Nabi saw Hassan dan Hussein as yg menegur seorang lelaki tua yg silap dlm mengambil wudhu', wlp mereka berdua masih kanak2 dan yg hendak ditegur adalah org yg jauh lebih tua, tp mereka gunakan cara paling halus tapi berkesan tanpa mengeluarkan kata2 yg tak sepatutnya, kita seharusnya belajar dari situ biar setinggi mana pun ilmu yg ada...syukur la Tan diberi hati yg tenang dalam menghadapinya dan segalanya berakhir dgn kebaikan, insyaAllah..
maaf Tuan, berjangkit pulak Chik Att pada saya, pembetulan Tuan, bukan Tan, nasib baik tak tertulis Tan Sri hihihi...
Deletesebenarnya bagi saya ada perkara2 asas yang saya expect orang sudah faham .. misalnya bab akidah. saya mengharapkan tidak ada orang mempersoalkan dan meragukannya hanya dengan membaca apa yang tertulis. tapi saya tidak pula menyalahkan mereka kerana memberi pandangan berdasarkan apa yang tertulis .. bahkan saya mengalu-alukan komen asalkan ia tak lari dari isu yang sedang dibincangkan.
Deletesaya percaya teguran Hamidah Kidam itu berniat baik untuk megelakkan akidah saya tergelincir. kalau teguran itu berasas saya sedia menerimanya .. contoh telah pun awak berikan tentang aurat itu. semua entri yang mendedahkan aurat makngahnya telah saya tarik dan satu persatu saya publish setelah saya buat editan.
terima kasih atas pandangan anda yang menyejukkan hati saya.
Saya setuju dgn penerangan abg tu.
ReplyDeleteMarilah kita menjadi manusia yg berterima kasih dan bersyukur.
saya selalu percaya awak boleh memahami di sebalik yang tertulis.
Deleteyang saya faham melalui ayat pak ngah macam ni...
ReplyDeletesyukur : sah-sah gambarkan sedang besyukur kepada tuhan
terima kasih : baru ditujukan pada pemerintah....
tu ape yang saya faham la..
memang tepat sekali dan itulah apa yang ada disebalik hati kecil pakngah ..
Deletemasa saya baca status pakcik di FB tu..saya pun memahaminya seperti pendapat saudari Rapunzeel...perkara yg mudah,tak perlu kita menyusahkannya...
Deletesaya syukur juga dapat bantuan anak sekolah seratus ringgit tuuu ... tapi yang tak bestnya ialah ucapan wakil rakyat pemerintah semasa acara penyampaian wang berkenaan.
ReplyDeletewang bantuan tuu ... bagai datang dari parti yang diwakilinya.,, lebih sudu dari kuah.
syukur, syukur sangat bersyukur.
saya memang sakit hati kalau ada orang kerajaan samada ahli politik atau pegawai kerajaan yang menganggap seolah-olah wang yang diberikan adalah hak dia ..
DeleteKalau saya baca...Syukur (tarik nafas)... terima kasih pada pemerintah...maksudnya tanda kita bersyukur dan mengucapkan terima kasih pada pemerintah...am i right uncle??
ReplyDelete** kita bersyukur kepada NYA dan masa yang sama berterima kasih kepada org yang bagi tu...(takut ada yg salah faham lagi)
Deletefasal kita bersyukur kepada Allah atas segala nikmatnya itu adalah perkara basic .. saya faham itu dan tidak sangka pula ada orang boleh silah faham.
DeleteAssalam.
ReplyDeleteDalam hadith yang sdra al-lavendari petik itu kelihatan tidak digunakan istilah yang berbeza untuk menyatakan "penghargaan" kepada Allah dan manusia. Yang digunakan ialah istilah "syukr" untuk kedua-dua "sasaran penghargaan" itu.
Pak Temuk tertanya-tanya, mungkinkah dalam budaya Arab, "penghargaan" atau rasa "terima kasih", atau apa-apa juga yang menyerupainya, semua sememangnya disitilahkan sebagai "syukr"? Satu persoalan lagi, sdra-sdra kita di Indonesia yang biasa menyebut "terima kasih kepada Allah", adakah kita mahu anggap itu sebagai sebutan yang tak sepatutnya?
"Logik"nya, apa lagi kerana kita memang tidak mengubah istilahnya, iaitu "syukr" seperti yang terdapat dalam hadith yang dipetik itu (cuma kita eja mengikut cara Melayu), maka istilah itu juga sepatutnya boleh digunakan untuk menyatakan penghargaan kita kepada Allah dan juga manusia, dalam bahasa kita. Dengan kesedaran, tentunya dan pastinya, Allah itu tetap Yang Maha Agung.
Tapi. tapi.... Pak Temuk yang memang amat cetek pengetahuan agamanya, juga tak celik-bahasa Arabnya, amat sedar, di sini kita tidak boleh berhujah berdasarkan "logik". Kerana itulah kita perlu mengunjungi yang lebih arif mengenai perkara berkenaan. Maaf dan terima kasih.
Alaikumsalam.
DeleteMemang dalam uruf kita syukur itu hanya kepada Allah dan terima kasih kepada manusia padahal maknanya adalah sama sahaja.
Tuan,
ReplyDeleteMungkin Pn.Hamidah Kidam memahami tuan ingin menyelitkan niat berpolitik dalam ucapan terima kasih kepada pemerintah. Pendirian tuan mengulas ulasan Sdr Abu Muaz menunjukkan bahawa tuan tidak bermaksud seperti yang disangka.
Ini kes menang-menang tuan.Cantiknya, tuan 'beralas' ,berhati-hati dan sedikit takut dalam membincangkan perkara berkaitan agama/akidah.
memang saya tidak berniat hendak berpolitk .. itu sebab saya guna perkataan pemerintah dan bukan Barisan Nasional atau UMNO.
Deletepada pendapat saya tak ada yg salah dalam ucapan tu.. jelas maksud nya..
ReplyDeletepemahaman orang tak sama .. tapi saya gembira Zino memahaminya.
DeleteKadang kadang ada manusia ni.. terlalu taksubkan 'sesuatu'...hingga menyempitkan pemikiran dan pandangan orang.. Apa yang ditulis oleh abang lavender memang betul...tapi disalah ertikan...
ReplyDeleteterima kasih .. namun saya percaya Hamidah Kidam bermaksud murni .. dia tidak mahu sahabatnya terlupa kepada siapa sepatutnya kita bersyukur.
DeleteSalam tuan,
ReplyDeleteBerdasarkan sedikit pengetahuan yang ada, jika tidak silap saya, ada satu hadith yang lebih kurang bermaksud, barangsiapa tidak bersyukur (berterima kasih) kepada manusia, maka dia tidak bersyukur (berterima kasih) kepada Allah.
wallahua'lam.
salam kembali.
Deletebetul .. itulah hadith yang saya quote dalam jawapan saya seperti di atas.
klau syukur tentulah pd Allah.. emmm sy pun x bape pndai, bca dah thu mksudnya melainkan ada ketidakpuasanhati pd pemerintah ittew hehe
ReplyDeletebagi yg sentiasa tidak puas hati kepada sesiapa, apa pun tak boleh ..!
Delete