Wednesday, January 16, 2013
KITA SELALUNYA MERASIONALKAN APA YANG KITA TAK DAPAT
Situasi 1: Katalah kita tak mahu kahwin dengan anak tunggal, kita akan kata:
"kawin dengan anak tunggal lecehlah sebab dia mesti manja punya"
tapi bila kita dah suka, kita akan kata:
"anak tunggallah bagus, tentu dia pandai dalam serba-serbi sebab semua urusan rumah tangga dia kena bantu atau kena buat"
atau
"anak tunggallah bagus sebab semua harta terlonggok kat dia sorang"
Situasi 2: Katalah kita kata tak mahu kawin dengan janda atau duda yang dah ada anak, tapi bila sudah bertemu jodoh dengan janda atau duda yang dah ada anak, kita akan kata:
"kawin janda atau duda ada anaklah bagus, kawin-kawin je anak dah boleh disuruh pergi kedai"
Situasi 3: Katalah kita kata tak nak kawin dengan orang jauh, kita kata:
"susahlah bila nak balik kampung, banyak belanja, letih bla bla .. "
tapi bila dah bercinta dengan orang jauh, kita akan kata:
kawin dengan orang jauh ni selamat sikit, mak mertua kurang kacau"
Situasai 4: Katalah kita kata tak nak kawin dengan perempuan yang lebih tua dari kita .. tapi bila sudah berkenan, bagi lelaki akan kata:
"umur perempuan kan lebih panjang dari lelaki .. bila kita mati taklah lama sangat balu kita menjanda"
atau bagi yang perempuan pula akan kata:
"orang lelaki yang lebih tua kan lebih penyabar dan ekonominya kan lebih teguh"
Situasai 5: Katalalah pinangan kita ditolak oleh orang kaya, kita akan kata:
"bahaya juga kawin dengan anak orang kaya ni .. silap-silap kita jadi tukang jaga pintu pagar rumah dia je nanti".
Begitulah kita akan sentiasa mendamaikan hati kita sendiri dengan justifikasi yang kita cipta sendiri. Tetapi apa yang sebenarnya yang telah terjadi adalah takdir Allah belaka yang perlu kita terima dengan redha. Kita hanya boleh merancang dan berharap.
Apa pula kaitan gambar gunung dengan entri ini ? Siapa boleh agak ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau letak gambar bukit, mungkin saya boleh taip 'anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh'. Sebab letak gambar gunung, nanti saya fikir ( tak tahu sampai bila) kaitannya dengan catatan Pakngah itu... :)
ReplyDeleteAtau ada kaitannya dengan 'takkan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia'? Tapi apa rasionalnya nak mengejar gunung? Dah tak ada kerja ke? :)
Deletesebenarnya ia berkaitan dengan Situasi 5 .. pinangan ditolak oleh orang kaya di mana "hajat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai"
DeleteBetulla tu uncle, selagi ada perkara yang boleh kita rasionalkan kita akan cuba walau kadang macam hipokrit, hihi
ReplyDeleteada benarnya juga macam hipokrit .. tapi kita kena sedapkan hati sendiri.
DeleteBest entri uncle ni...
ReplyDeleteKita akan cuba carik 1001 alasan utk rasional kan apa yg kita mahu/tak mahu kan...
Saya pun tak tau uncle apa rasional nya uncle letak gambar gunung tu...Tapi saya pasti, uncle pasti ada jawapan rasional utk nya...hihihihih
rasional gunung tu spt jawapan uncle kepada komen kakcik di atas.
Deletenak ke taknak je sebenarnya....
ReplyDeletesaya adalah orang yang suka merasionalkan benda yang saya dapat mahupun yang saya tak dapat. :D
ReplyDeletesamolah kito ..!
DeleteHahahah terbaiK!
ReplyDeleteNak sedapkan hatilah tu kan bang? Macam tulah kita biasanya .... huhu
ReplyDeleteGambar gunung tu melambangkan harapan yg menggunung ke?
betul kata awak .. dengan kata lainnya " nak sedapkan hati" .. sila lihat jawapan abg kepada kakcik di atas berkaitan gambar gunung tu.
Deletememujuk hati sendiri pakngah.. perlu tu supaya tidak menyalah sesiapa.. hehe
ReplyDeletepujuk diri .. kalau tidak nanti berperang pula dalam hati sendiri.
Deleteharapan tinggi menggunung....
ReplyDeleteWalaupun saya rasa apa yang Pakngah bagi contoh rasional itu memang lojik tapi macam dah tak relevan lagi di zaman sekarang. Rata-rata generasi sekarang berfikiran terbuka juga advance.
ReplyDeleteMemang gunung tu sangat tinggi, tak tercapai dek tangan, tak terpeluk dek lengan.
contohnya boleh buat sendiri .. pointnya kita tak mahu ada konflik dalam diri dan sentiasa nak sedapkan hati sendiri.
Deletesetiap apa jua keadaan, pasti ada alasannya hihihihihi
ReplyDeleteuntuk menyedapkan hati sendiri kenalah buat begitu ..
Delete